• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Bahan kitaran bawa tuah kepada lima sahabat

on Thursday, 01 October 2015 13:05.

kimia menang1

menang kimia2

KOTA SAMARAHAN, 1 Oktober 2015 : Projek bertajuk ‘ The Cas Cell’ membawa tuah kepada lima pelajar dari SMK Sungai Maong selepas dinobatkan juara bagi pertandingan projek sains bersempena dengan Karnival Kimia Malaysia (K2M) 2015, Zon Sarawak yang berlangsung kelmarin di Dewan Bankuet, DeTAR PUTRA UNIMAS.
Kelima-lima sahabat itu, Chai Ke Xin, Dennis Chang, Natalie Wong, Amelia Yeo dan Kendrick Tee telah  pelajar dari tingkatan empat SMK Sungai Maong  berjaya membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM1000 dan sijil penyertaan.
Projek ‘ The Cas Cell’ merupakan projek perintis kumpulan berkenaan untuk menyelidik keupayaan bahan-bahan kitaran yang boleh digunakan semula untuk pengecasan elektrik.
Kumpulan tersebut berjaya menghasilkan elektrik berkuasa rendah  menggunakan bahan kitaran seperti aluminium (tin minuman), karbon dan larutan garam.
Manakala tempat kedua pula disandang oleh SMK Jalan Arang dengan membawa hadiah wang tunai sebanyak RM800 dan sijil penyertaan manakala tempat ketiga disandang oleh Sekolah Menengah Sains Kuching Utara dengan hadiah wang tunai sebanyak RM500 dan sijil penyertaan.
Hadiah para pemenang telah disampaikan oleh Dekan Fakulti Sains dan Teknologi Sumber (FSTS) UNIMAS, Profesor Madya Dr Othman Bojo.
Dalam ucapan ringkas, Profesor Madya Dr Othman berharap agar lebih banyak lagi karnival seumpama tersebut dianjurkan untuk memberi peluang kepada pelajar sekolah menonjolkan kemahiran dan bakat mereka dalam bidang kimia.
Beliau berkata, UNIMAS akan sentiasa memberi kerjasama erat kepada Institut Kimia Malaysia untuk tujuan tersebut dari masa ke semasa.
Katanya, pendidikan awal dalam bidang seperti kimia adalah penting diserapkan dalam kalangan pelajar sekolah kerana ia boleh memupuk minat mereka untuk terus mengasah bakat dan kemahiran tersebut apabila dewasa kelak.
Artikel oleh: Sarena binti Haidir
Foto oleh   : Norsamsiah Kassim

Archive News

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Last Modified on Thursday 28 January 2016.

Jom Masuk UMinistry of FinanceJPAMalaysian GovernmentMSCMyIDEAS1Malaysiakrstemyhealth
Sitemap
| Disclaimer | Policy | Manual | Portal Guidelines | Feedback |
FAQ
Best Viewed using Mozilla Firefox Version 3+,  Google Chrome or Internet Explorer Version 9+
This website does not support mobile version.
FOR TECHNICAL inquiries / comment AbOUT this website, contact :- webmaster(at)unimas.my

Visitors Counter : 3134970

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

alexa