• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Pelajar IPTA sertai kursus kesiap-siagaan bencana

on Friday, 18 December 2015 11:54.

bencanapix

bencanapix2
Kota Samarahan, 18 Disember 2015 : Seramai 130 orang peserta terdiri dari  pelajar Universiti Malaysia Sarawak dan Universiti Teknologi Mara Kota Samarahan (UiTM) telah meyertai kursus asas sukarelawan pasca bencana yang diadakan selama dua hari di UNIMAS, baru-baru ini.
Kursus berkenaan merupakan anjuran Kelab Sukarelawan Mahasiswa Universiti Malaysia Sarawak (SMU) dengan kerjasama Yayasan Salam Malaysia bahagian Sarawak dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Kota Samarahan.
Pengarah Program, Encik Ejal Linting berkata kursus tersebut membantu memberi pendedahan kepada peserta tentang tindakan yang perlu dilakukan sebelum, semasa dan selepas bencana berlaku.
“Program sebegini perlu kerap diadakan sebagai usaha untuk mengubah minda masyarakat Malaysia yang masih kurang sedar tentang kejadian bencana alam yang berlaku di dalam negara khasnya melibatkan aspek keselamatan,” jelasnya lagi. 
Encik Ejal Linting berkata, kursus ini boleh menjadi landasan kepada semua untuk belajar tentang cara pengurusan bencana dengan lebih baik pada masa akan datang.
Turut hadir dalam kursus ini ialah ikon belia sukarelawan Sarawak, Hamzah Saufi yang turut berkongsi setiap pengalaman beliau sepanjang bergelar sukarelawan di luar negara dan dalam negara.
Beliau yang kini bergiat aktif mewakili badan Yayasan Salam Malaysia menekankan bahawa seorang sukarelawan perlu bijak  mengendali dan menangani masalah dan  situasi apabila berapa dalam sesuatu masalah atau bencana amat penting dalam diri seorang sukarelawan.
Turut hadir berkongsi pengalaman ialah Mohd Nur Hanif yang mewakili Yayasan Sukarelawan Siswa yang pernah melakukan aktiviti sukarelawan di dalam dan luar negara iaitu Misi Sukarelawan Siswa ke Vientiane, Laos. 
Beliau menjelaskan sukarelawan merupakan satu amalan mulia dan banyak pengorbanan perlu dilakukan bagi melaksanakan tanggungjawab dalam melakukan aktiviti sukarelawan khasnya di luar negara.
Dalam kursus tersebut, peserta diberi taklimat mengenai gerak kerja keselamatan semasa berlakunya bencana oleh JPAM Sarawak yang diketuai Timbalan Pengarah Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Bahagian Sarawak, Leftenan Kernal  (PA) Awang Askandar Ampuan Yaacub.
Pelbagai perkongsian telah diberikan termasuklah memperkenalkan JPAM dengan lebih terperinci dan peranan agensi bencana JPAM.
Artikel oleh : Alwin Lawrence
 

Penyertaan Cabaran Duathlon UNIMAS dapat sambutan luar jangkaan

on Wednesday, 16 December 2015 08:53.

 

AMY 8508

AMY 7814

KOTA SAMARAHAN, 15 Disember 2015 :  UNIMAS Duathlon Challenge 2015

mendapat sambuan di luar jangkaan apabila lebih dari 300 orang peserta merebut peluang menyertai cabaran berkembar tersebut yang telah diadakan pada hari Ahad lepas.

Pertandingan tersebut merupakan anjuran bersama Pusat Sukan UNIMAS dan Kelab Berbasikal UNIMAS yang bermula sejak dari jam 7.30 pagi sehingga 1.00 petang.

Acara dipertandingkan iaitu larian 5km - berbasikal 30km –larian 5km diadakan dalam lima kategori iaitu lelaki terbuka, wanita terbuka, lelaki 40 tahun & ke atas , wanita 35 tahun dan ke atas serta kategori relay (berganti-ganti) terbuka (dua orang setiap pasukan).

Juara bagi kategori lelaki terbuka telah dimenangi oleh Mohd Feldarus bin Abd Rahman dari Sukan Lasak 1 Divisen, kedua, Mohd Aiman Mohd Halim (1 Divisen) dan ketiga, Wan Haikal Wan Zainal dari pasukan Sonamu.

Bagi juara kategori lelaki terbuka dan ke atas dimenangi oleh Ezamshah bin Abdul Rahman dari Pasukan KPS We Care, tempat kedua, Haji Supian Nor dari Pasukan Corbusier dan ketiga, Hamdan Udin dari Pasukan Sibu.

Kategori Wanita Terbuka pula dimenangi oleh Nura Ngali dari Kelab Berbasikal UNIMAS, kedua, Rosnina Minggu dari Politeknik Kuching (PKS) dan ketiga, Emiline Ong Yeh Chiew dari Kuching.

Manakala tempat pertama dan kedua bagi kategori wanita terbuka dan ke atas dimenangi oleh Wendy Ng dan Franscesca Lim, kedua-duanya dari Kuching dan tempat ketiga, Jessie Yeo dari Pasukan Giant Kuching.

Juara bagi kategori relay terbuka dimenangi oleh Saravanan Kumar dan Noel Lim Boon Hee dari Pasukan Yellow Ninjas, kedua, Mohd Alimin Mohamad dan Gary Tay dari Pasukan Rostam 1 dan ketiga, Aswari Mustafa dan Harrison Then dari Pasukan Rostam 2.

Turut disediakan hadiah untuk kategori tiga pemenang utama lelaki keseluruhan yang disandang oleh Mohd Feldarus Abd Rahman dari Divisen Sukan Lasak 1, kedua, Mohd Aiman Mohd Alim dari Pasukan Divisen 1 dan Ezamshah Abdul Rahman dari Pasukan KPS We Care.

Kategori tiga pemenang utama wanita keseluruhan pula disandang oleh Wendy Ng dari Kuching, kedua, Nura Ngali dari Kelab Berbasikal UNIMAS dan ketiga, Rosnina Minggu dari Politeknik Kuching (PKS).

Acara pelepasan peserta telah dilakukan oleh Timbalan Pendaftar, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Encik Henry Tening Sengeng.

Sementara itu, objektif utama pertandingan tersebut diadakan adalah untuk menggalakkan penyertaan aktif dalam kalangan pelajar, staf  dan masyarakat luar untuk berkecimpung di dalam sukan lasak, menyemai serta menggalakkan semangat kesukanan yang tinggi dan semangat berpasukan dalam kalangan peserta.


Ia juga sebagai satu usaha untuk mengeratkan sirraturrahim di antara peserta dan pasukan-pasukan yang bertanding dan mewujudkan suasana ceria dan selesa di dalam kampus di samping mempromosikan UNIMAS kepada masyarakat luar

 

Festival of Light : Pentaskan keakraban etnik di Malaysia

on Thursday, 10 December 2015 11:37.

fo3l

 

KOTA SAMARAHAN,  10 Disember 2015 : Persatuan Kebudayaan India UNIMAS dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar 2015/2016 UNIMAS akan menganjurkan ‘Festival of Light’ pada 12 Disember depan bertempat di Dewan Tunku Abdul Rahman Putra (DeTAR PUTRA) UNIMAS.
Pengarah Jawatankuasa Pelaksana, Raguvaran a/l Kalachelvan berkata objektif program adalah untuk mendedahkan tradisi dan adat budaya masyarakat India di Malaysia kepada masyarakat dan warga UNIMAS.
Selain itu, program itu dilihat dapat memupuk kerjasama dalam melahirkan graduan yang berfikiran kreatif dan kritis pada masa hadapan.
“ Sepanjang program tersebut akan dipenuhi dengan pelbagai persembahan menarik dari pelajar UNIMAS sendiri seperti sketsa, tarian, nyanyian dan lain-lain. Kita turut menjemput dua penyanyi remaja yang terkenal iaitu Fatin Majidi dan Chomel,” katanya semasa dihubungi hari ini.
Menurut Raguvaran, pihak penganjur mensasarkan jualan tiket sebanyak 1000 untuk program tersebut di mana pada masa ini, jualan tiket telahpun menepati setengah dari sasaran berkenaan.
Beliau berkata, tiket dijual pada harga RM10 dan mereka yang menghadiri program ini berpeluang memenangi hadiah menarik dalam cabutan bertuah dan menerima cenderamata dari pihak penganjur.
Untuk sebarang pertanyaan lanjut atau pembelian tiket program tersebut, boleh menghubungi terus Raguvaran di talian 017-2322178 dan Vinothkumar (018-5755571).
 
 
 

 

Giving them a fighting chance

on Wednesday, 09 December 2015 15:26.

penyu8

Archive News

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Last Modified on Thursday 28 January 2016.

Jom Masuk UMinistry of FinanceJPAMalaysian GovernmentMSCMyIDEAS1Malaysiakrstemyhealth
Sitemap
| Disclaimer | Policy | Manual | Portal Guidelines | Feedback |
FAQ
Best Viewed using Mozilla Firefox Version 3+,  Google Chrome or Internet Explorer Version 9+
This website does not support mobile version.
FOR TECHNICAL inquiries / comment AbOUT this website, contact :- webmaster(at)unimas.my

Visitors Counter : 3131434

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

alexa