• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Lindungi Penyu : 39 ekor dilepaskan di Pantai Pandan

on Friday, 04 December 2015 10:47.

penyu1

penyu2

penyu3

Kota Samarahan, 4 Disember 2015 : Tiga puluh sembilan ekor penyu spesis Penyu Hijau atau nama saintifik Chelonia Mydas telah dilepaskan di pantai Pandan Lundu kelmarin.
Pelajar PhD Sains dan Pengurusan Sumber Akuatik, Fakulti Sains dan Teknologi Sumber UNIMAS, Nurhatini Kamalia bt Yahya berkata, pelepasan penyu merupakan projek penyelidikan beliau sejak tahun lepas.
Beliau berkata, setakat ini, sebanyak 60 ekor penyu di bawah perlindungan yang diambil sejak kecil dari Pulau Talang dan kemudiannya akan dijaga sehingga membesar sebelum dilepaskan ke laut.
“ Penyu selebihnya, akan dilepaskan berkemungkinan pada bulan Januari tahun hadapan,” katanya.
Beliau turut menasihat para nelayan dan orang ramai supaya bersama-sama melindungi haiwan laut tersebut memandangkan populasi penyu semakin bekurangan dari masa ke semasa.
Beliau berkata, aktiviti penangkapan penyu, makan telur penyu, pembuangan sampah ke laut atau pantai, seharusnya dielakkan bagi tujuan melindungi spesis haiwan berkenaan.
Antara yang hadir pada majlis pelepasan penyu ialah Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah, Keselamatan Komuniti IPK Sarawak, SAC Gan Tian Kee, para peserta Regional Taxonomy and Ecology Conference 2015 (TEC 2015) , rakan kongsi dari Pandan Gold Coast Holiday Villa, kakitangan dari Muzium Sarawak, ahli-ahli Persatuan Penyu Sarawak dan banyak lagi.
Artikel oleh : Sarena Haidir
Foto oleh : Azlandy M.A.T

Usaha UNIMAS dalam Melestarikan Ekologi dan Ekosistem melalui TEC2015

on Tuesday, 01 December 2015 16:35.

TEC 11 20151201 MG 9837

Kuching, 1 Disember 2015: Fakulti Sains dan Teknologi Sumber, UNIMAS telah menganjurkan Regional Taxonomy and Ecology Conference 2015 (TEC 2015) selama dua hari iaitu pada 1 hingga 2 Disember bertempat di Grand Margherita Hotel, Kuching. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Haji Len Talif Salleh, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Promosi Pendidikan Teknikal) dan Menteri Muda Alam Sekitar Sarawak, pagi tadi.

Dalam ucapan perasmian, Yang Berhormat Datuk Haji Len Talif Salleh berkata ahli biologi atau ahli taksonomi bertanggungjawab untuk menerangkan, menamakan dan mengkategorikan pelbagai bentuk kehidupan di bumi. Manakala ahli ekologi bertanggungjawab untuk mengenalpasti bagaimana organisma berinteraksi antara satu sama lain dalam habitat dan persekitaran mereka.

Beliau berkata, salah satu daripada pelan strategik yang digariskan dalam Rancangan Malaysia Kesebelas ialah usaha ke arah pertumbuhan hijau bagi meningkatkan kemampanan dan daya tahan. Pertumbuhan hijau akan menjadi anjakan penting dalam mencorakkan pembangunan sosioekonomi negara serta melindungi hasil pembangunan dan biodiversiti.

“Bagi memastikan teras strategik ini dicapai, individu, badan profesional, penggubal dasar, agensi kerajaan dan bukan kerajaan perlu mengenal pasti dan memperkukuhkan kerjasama penyelidikan seperti dalam bidang perubahan iklim, biodiversiti, pengurusan bencana, perlindungan dan pemuliharaan sumber semula jadi,” katanya lagi. Usaha ini akan meningkatkan kesejahteraan dan kualiti hidup rakyat.

Sementara itu, Naib Canselor UNIMAS, Profesor Dato’ Dr Mohamad Kadim Suaidi berkata, TEC 2015 mampu untuk memperkukuhkan dan menyumbang kepada pemuliharaan biodiversiti tropika. Ia adalah platform yang sangat baik untuk pertukaran idea, membincangkan pembangunan masa depan dan menggalakkan kerjasama penyelidikan yang membawa kepada kemajuan dalam pengetahuan kita tentang aspek kepelbagaian flora dan fauna.

Persidangan ini telah disertai oleh seramai lebih 150 orang peserta tempatan dan luar negara seperti Indonesia, Brunei Darussalam dan United Kingdom.

Objektif utama persidangan ini adalah untuk berkongsi maklumat sesama peserta persidangan dalam kajian taksonomi dan ekologi yang meliputi kaedah, penggunaan alat dan kaedah penganalisisan. Ia juga merupakan platform untuk membolehkan peserta berinteraksi, bertukar pendapat, belajar dari pengalaman lepas dan semasa dari pakar-pakar taksonomi, ekologi, penggubal dasar dan pemegang taruh sama ada di peringkat nasional atau antarabangsa. Seterusnya, persidangan ini juga bertujuan untuk membincang dan mencari kaedah-kaedah sesuai untuk mencapai kelestarian ekologi dan ekosistem.

Majlis perasmian persidangan ini turut dihadiri oleh YBhg Prof Mohd Fadzil Abdul Rahman, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni; YBhg Prof Dr Wan Hashim Wan Ibrahim, Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa; Yang Berusaha Prof Madya Dr Othman Bojo, Dekan Fakulti Sains dan Teknologi Sumber; dan Yang Berusaha Prof Dr Ismail Jusoh, Pengerusi, Regional Taxonomy and Ecology Conference 2015 (TEC 2015). 

Artikel : Olivia Ajan

Foto : Azlandy M.A.T

UNIMASimage

 

UNIMAS turut serta dalam HPPNK

on Monday, 30 November 2015 15:18.

HPPNK1

Naib Canselor UNIMAS, Profesor Dato’Dr Mohamad Kadim Suaidi bergambar bersama-sama dengan para penyelidik dan pegawai-pegawai UNIMAS yang turut serta di dalam Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) yang berlangsung di Dewan Suarah, Kota Samarahan.
UNIMAS merupakan antara pempamer yang turut terlibat dalam HPPNK kali ini yang bermula sejak 27 November sehingga 3 Disember ini.
HPPNK telah bermula sabtu lepas dan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri  Najib Tun Razak dan dihadiri oleh Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem serta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Gerai pameran UNIMAS berlokasi di Zon C iaitu untuk Agensi kerajaan dan Swasta dan antara yang dipamerkan adalah produk-produk penyelidikan dari para akademik dan penyelidik universiti ini kepada pengunjung di HPPNK.
Secara keseluruhan, 380 ruang pameran dan jualan disediakan pada HPPNK kali ini yang melibatkan 80 agensi dan 300 usahawan seluruh negara.
 
 

Library plays vital role in human capital devt

on Thursday, 26 November 2015 14:30.

 

Librarianpix1
KUCHING: The reading habit is still low among students in Malaysia with a level of literacy just over 50 per cent.
While the trend of borrowing books from libraries is on a decline, visits to the library is on the rise because of the availability of electronic library and other ICT facilities, as well as open access concept practised by most libraries today.
Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) Vice Chancellor Prof Dato Dr Mohamad Kadim Suaidi said libraries still play a crucial role in building human capital through lifelong learning by carrying out various outcome-based services and facilities.
“Librarians also run programmes that leave the greatest impact and is outcome-based to help the country with its strategic planning,” he said during the opening ceremony of a two-day Librarianship Seminar 2015 yesterday.
The theme of this year’s seminar is ‘Empowering Libraries Through Outcome-Based Initiatives’.
The seminar is an annual affair that attracts librarians from all over the country and a few from the region.
A total of 17 working papers will be presented in four sessions – services, resources, competency and human capital development, and infrastructure.
Organised by the Centre for Academic Information Services (CAIS), it aims to discuss the role of librarians and information managers to trade ideas and gain new skills. It also allows various institutes to share knowledge and empower each other.
The seminar is a platform for librarians and information managers to realise the culture of lifelong learning, and the library’s contribution in the community.
CAIS head librarian Margaret Simeng was present.
 
Source from : The Borneo Post Online
 

 

Archive News

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Last Modified on Thursday 28 January 2016.

Jom Masuk UMinistry of FinanceJPAMalaysian GovernmentMSCMyIDEAS1Malaysiakrstemyhealth
Sitemap
| Disclaimer | Policy | Manual | Portal Guidelines | Feedback |
FAQ
Best Viewed using Mozilla Firefox Version 3+,  Google Chrome or Internet Explorer Version 9+
This website does not support mobile version.
FOR TECHNICAL inquiries / comment AbOUT this website, contact :- webmaster(at)unimas.my

Visitors Counter : 3132368

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

alexa