• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Institute holds 3-day eBorneo Knowledge Fair in Ba Kelalan for first time

on Tuesday, 24 November 2015 18:05.

eborneopix3

KOTA SAMARAHAN: The Institute of Social Informatics and Technological Innovations (ISITI-CRI) is holding the fifth eBorneo Knowledge Fair 2015 (eBKF5 2015) in Ba Kelalan for the first time.
The three-day knowledge fair began on Wednesday with a postgraduate colloquium, which saw the attendance of both local and international postgraduate students from countries including the United Kingdom, Sweden and Nigeria.
They presented the progress of their work in various areas of Information and Communication Technology for Development (ICT4D), all of which were relevant to the goals and objectives of the knowledge fair — to promote research that innovates with technologies in order to address the challenges and opportunities that remote and isolated indigenous communities face.
Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) visiting professor Professor Dr Roger Harris facilitated the workshop ‘Community Radio’ together with Stanley Issac and councillor John Tarawe; while the ‘Engaged Learning’ workshop was facilitated by Associate Professor Dr Shorna Broussard Allred and Amy Kuo Somchanhmavong, both from Cornell University in the United States.
It was attended by stakeholders such as the Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC), Maxis Sdn Bhd, Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M), researchers from Unimas, Universiti Utara Malaysia (UUM), University College of Technology Sarawak (UCTS), Polytechnic of Namibia, as well as Ba Kelalan, Bario and Long Lamai residents.
Unimas Faculty of Social Sciences Associate Professor Dr Poline Bala, who is also eBaKelalan site leader, highlighted the aims and objectives of eBKF5 2015 during her welcoming speech.
Polytechnic of Namibia Professor Dr Heike Winschiers delivered the keynote speech entitled ‘Community-based co-design of Indigenous Knowledge Technologies: Challenges and Opportunities’.
This year’s fair aims to work on several areas of interest to the indigenous community, particularly the Lun Bawang community in Ba Kelalan, and the rest of the world as a whole.
Source : Borneo Post

UNIMAS sedia beri bekerjasama dengan IKS

on Tuesday, 24 November 2015 18:04.

iks

KOTA SAMARAHAN, 24 November 2015 :  Seminar Demand-Driven Innovation Project by PPRN dan Bengkel Penulisan Permasalahan Teknologi Syarikat telah dirasmikan oleh   Ketua Setiausaha, Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia,  Dato’Seri Ir Dr Zaini Ujang hari ini bertempat di Dewan Syarahan, Pusat Islam UNIMAS.

PPRN merupakan satu model kerjasama strategik antara institusi pendidikan tinggi, industri dan agensi-agensi kerajaan bagi menggalakkan program inovasi yang berasaskan permintaan dalam memacu pembangunan produktiviti dan inovasi negara yang mana program ini telah dilancarkan secara rasminya pada 24 Februari 2015 oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia.

Semasa taklimat,  Dato’Seri Ir Zaini Ujang  memberitahu objektif PPRN untuk mewujudkan ‘knowledge-friendly ecosystem’ di Malaysia iaitu persekitaran di mana pengetahuan dihasilkan dan disebarkan dari mereka yang mempunyai pengetahuan dan kepakaran kepada pihak yang memerlukan pengetahuan dan kepakaran berkaitan.

Beliau berkata,  signifikan pengwujudan PPRN adalah kepada syarikat dan peruasahaan yang mempunyai isu/permasalahan teknikal terhadap produk atau proses.

“ PPRN berperanan dalam menemukan mereka dengan pakar/penyelidik dari institusi pendidikan tinggi dan institusi penyelidikan awam yang berpotensi menyelesaikan isu/permasalahan dan membiayai sebahagian peruntukan projek penyelidikan yang berjaya dipadankan antara industri dan penyelidik,”katanya lagi.

Sementara itu, Naib Canselor UNIMAS, Profesor Dato’Dr Mohamad Kadim Suaidi berkata, UNIMAS sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan pihak IKS dalam melaksanakan usaha sama terutama dalam meningkatkan bidang keusahawanan di negara ini.

Beliau berkata, sebagai contoh, UNIMAS adalah aktif dalam  melaksanakan projek UCTC yang melibat komuniti dan pembangunan usahawan seperti projek tanaman cendawan dan pemasaran produk IKS.

“Salah satu projek yang akan dilancarkan pada hari ini ialah Point of Purchase UCTC UNIMAS-MARA di bawah projek UNIMAS Entrepreneurship Community Outreach Project (UNIMAS E-COrP),”katanya.

Beliau berkata, projek tersebut membantu usahawan desa terutamanya memasarkan produk mereka ke pusat bandar dengan kerjasama pihak MARA.

Oleh demikian,. Naib Canselor berharap agar  kerjasama sebegitu dapat diteruskan dari masa ke semasa dan menyarankan pihak IKS untuk merebut peluang dengan menyertai program-program yang berkaitan supaya  dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti perniagaan mereka pada masa akan datang.

Artikel oleh : Sarena Haidir

Foto oleh : Azlandy M.A.T

Thomas Yap juara karom piala Dato’ Dr Kadim

on Friday, 20 November 2015 10:43.

karom

karom2

KOTA SAMARAHAN, 20 November 2015 : Thomas Yap Ling Siaw dari Jabatan Akauntan Negara Malaysia berjaya menjuarai pertandingan karom perseorangan terbuka piala Dato’Dr Kadim sekaligus membawa hadiah wang tunai sebanyak RM200, piala dan pingat,baru-baru ini.
Tempat kedua pula disandang oleh Encik Azzmi Bawi dari UNIMAS manakala tempat ketiga dimenangi bersama oleh Mohamad Hadzlan Yusuf, juga dari UNIMAS dan Mohd Muazzam Mohd Mahli dari Majlis Sukan Negara Kuching.
Pertandingan ini merupakan anjuran Kelab Karom dan Unit Sukan UNIMAS dengan kerjasama Fakulti Kejuruteraan bersempena dengan Majlis Konvokesyen Ke-19 dengan matlamat untuk menggalakkan penyertaan ahli-ahli Kelab Rekreasi Jabatan Kerajaan, IPT dan penduduk sekitar Kota Samarahan  di dalam acara sukan sebagai aktiviti mengeratkan sillatulrahim. 
Disamping itu, ia dapat mendorong ahli kelab mewujudkan gaya hidup sihat dalam kehidupan seharian sambil beriadah selain meningkatkan kecergasan diri yang proaktif dan terbilang.
Pertandingan ini telah mendapat sambutan yang amat mengalakkan di mana 24 orang peserta dari pelbagai jabatan antaranya Majlis Sukan Negara, Jabatan Akauntan Negara, Perumahan, Perubatan Kota Samarahan, penduduk sekitar Kota Samarahan dan juga Kuching turut serta pertandingan ini. 
Hadiah kepada para pemenang telah disampaikan oleh Dekan Fakulti Kejuteraan, Profesor Madya Dr. Al Khalid bin Othman dan dihadiri bersama oleh  mantan Dekan Fakalti Fakulti Kejuruteraan yang juga merupakan Pengerusi Kelab Karom Unimas, Profesor  Madya Dr Azhaili Baharun.

Berkat usaha : lima dipilih terima anugerah terbaik FSKTM

on Friday, 20 November 2015 09:44.

konvo anu sains

KOTA SAMARAHAN, 20 November 2015 : Lima graduan Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM), UNIMAS  telah menerima Anugerah Pelajar Terbaik  Sains Komputer dan Teknologi  Maklumat 2015, baru-baru ini.
Antara penerima anugerah tersebut ialah  Chan Yat Seng yang mendapat Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Kepujian) dalam Program Pengkomputeran Multimedia, Chye Kim Quan (Kejuruteraan Perisian), Kayathiri a/p Batumalai (Pengkomputeran Rangkaian), Kok Woon Chee (Sains Komputan) dan Voon Mei Wei (Sistem Maklumat).
Mereka menerima anugerah berkenaan berdasarkan keputusan cemerlang dalam aktiviti akademik dan ko-kurikulum selain dari pencapaian mereka dalam memberi motivasi kepada pelajar-pelajar lain.
Anugerah tersebut merupakan tajaan dari Sarawak Information Systems Sdn Bhd (SAINS) sejak tahun 2014 dengan menyediakan hadiah wang tunai sebanyak RM2,000 dan sijil pengiktirafan untuk setiap pelajar. 
Penyampaian anugerah tersebut telah  diadakan bersama-sama dengan Hari Bersama Graduan  pada 17 November 2015 pada jam 2 petang, di Panggung Multimedia FSKTM. 
Objektif Hari Bersama Graduan, yang diadakan setiap tahun ini adalah untuk mengiktiraf pencapaian dan tamat pengajian pelajar dalam pengajian mereka.
Pada tahun ini, seramai 173 orang pelajar menamatkan pengajian di  FSKTM, dan peratusan kebolehpasaran graduan bagi tahun ini ialah dalam lingkungan 80%.   
Dari jumlah graduat berkenaan, seramai 15 orang pelajar memilih untuk menyambung pengajian di peringkat Sarjana secara penyelidikan.
SAINS dan UNIMAS berharap melalui usaha sama ini, UNIMAS akan dapat menghasilkan graduan yang berkemahiran di dalam bidang ICT dan dapat membantu industri ICT di Sarawak, Malaysia dan juga di peringkat global. 
 

Archive News

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Last Modified on Thursday 28 January 2016.

Jom Masuk UMinistry of FinanceJPAMalaysian GovernmentMSCMyIDEAS1Malaysiakrstemyhealth
Sitemap
| Disclaimer | Policy | Manual | Portal Guidelines | Feedback |
FAQ
Best Viewed using Mozilla Firefox Version 3+,  Google Chrome or Internet Explorer Version 9+
This website does not support mobile version.
FOR TECHNICAL inquiries / comment AbOUT this website, contact :- webmaster(at)unimas.my

Visitors Counter : 3112155

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

alexa