• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Graduan FK dan FSKTM terima ijazah sidang terakhir

on Tuesday, 17 November 2015 11:25.

 

Kota Samarahan, 17 November 2015 : Sidang keenam dan terakhir untuk Majlis Konvokesyen UNIMAS ke-19 tahun ini menyaksikan graduan dari dua buah fakulti di universiti ini akan menerima ijazah masing-masing.

Sidang keenam telah disempurnakan oleh Tun Canselor UNIMAS, Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Hj Abdul Taib Mahmud bertempat di Dewan Tunku Abdul Rahman Putra (DeTAR PUTRA).

Dua fakulti berkenaan ialah Fakulti Kejuruteraan dengan jumlah graduan seramai 291 orang dan graduan dari Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat seramai 173 graduan.

Naib Canselor UNIMAS, Profesor Dato Dr Mohamad Kadim Suaidi dalam ucapan berkata empat strategik menjadi fokus utama dalam memastikan kecemerlangan UNIMAS di persada global.

Kata beliau, empat strategik tersebut ialah kecemerlangan dalam pendidikan dan latihan, kecemerlangan dalam inovasi ekosistem, keternampakan dan penonjolan global dan terakhir ialah kemampanan portfolio kewangan.

UNIMAS telah melancarkan pelan strategik lima tahun 2016-2020 dengan iltizam untuk mewujudkan Sustainability for Diverse and Dispersed Community. Empat fokus strategik ini meletakkan kerangka transformasi yang sudahpun diterjemahkan dalam bentuk tindakan untuk warga universiti ini di semua peringkat, sambung beliau lagi.

Katanya, penanda aras kejayaan pelan akan diukur dengan prestasi ranking UNIMAS pada tahap yang lebih baik berdasarkan beberapa indeks di peringkat antarabangsa dan dalam negara seperti Webometric, QS Asia Ranking, MyRA dan Setara.

Selain dari itu, Naib Canselor berkata, kecemerlangan dalam pendidikan dan latihan menuntut UNIMAS sentiasa mengemaskinikan program-program prasiswazah dan siswazahnya.

Beliau berkata, fakulti telah pun diarahkan untuk membuat penambahbaikan secara berterusan (CQI) bagi memastikan kursus-kursus yang ditawarkan sentiasa relevan dengan keperluan industri dan negara.

Program-program akademik yang didapati tidak lagi relevan akan dijumudkan dan program baharu akan diperkenalkan untuk memastikan UNIMAS sentiasa kontemporari dan sentiasa terkehadapan, katanya.

Naib Canselor berkata, sebagai menyokong aktiviti pembelajaran dan pengajaran, UNIMAS turut memajukan pelbagai aplikasi atas talian antaranya aplikasi eCLASS (Curriculum, Learning, and Assessment Support System) dan Sistem Penyeliaan Pelajar untuk latihan industri.

Katanya, kedua-dua sistem, termasuk perisian lain akan dipatenkan sebagai harta intelek UNIMAS dan penciptanya serta aplikasi ini mempunyai kemampuan untuk dipasarkan selaras dengan usaha ke arah kemampanan portfolio kewangan universiti.

Artikel oleh : Sarena Haidir

Foto oleh : Azlandy MAT

foto: UNIMASimage

 

Graduan tiga fakulti bergraduat hari ini

on Monday, 16 November 2015 11:23.

 

Kota Samarahan, 16 November 2015 : Hari ketiga Majlis Konvokesyen UNIMAS Ke-19 menyaksikan graduan dari tiga buah fakulti telah menerima ijazah masing-masing pada sidang keempat dan kelima, hari ini.

Penyampaian ijazah untuk kedua-dua sidang tersebut kepada para graduan telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Menteri merangkap Pro Canselor UNIMAS, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Alfred Jabu anak Numpang.

Sidang keempat telah diadakan pada sebelah pagi dengan menyaksikan penyampaian ijazah untuk graduan dari Fakulti Ekonomi dan Perniagaan (FEP) seramai 566 orang dan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) seramai 161 orang graduan.

Manakala sidang kelima diadakan pada sebelah petang menyaksikan penyampaian ijazah kepada 599 orang graduan dari Fakulti Sains Sosial (FSS).

Antara program FEP ialah program kewangan, ekonomi antarabangsa, pemasaran dan ekonomi industri manakala program FPSK ialah program perubatan dan kejururawatan.

Bagi FSS pula terdapat tujuh program graduasi untuk tahun ini iaitu program kajian komunikasi, kajian hubunagn industri dan perburuhan, antropologi dan sosiologi, kajian antarabangsa, kajian politik dan pemerintahan, kajian khimat sosial serta program perancangan dan pengurusan pembangunan.

Sementara itu, Naib Canselor UNIMAS, Profesor Dato Dr Mohamad Kadim Suaidi berkata, penambahan enrolmen pelajar setiap tahun menjadi bukti bahawa Unimas sememangnya universiti pilihan pertama pelajar dari dalam dan luar negara untuk menyambung pengajian di peringkat prasiswazah dan siswazah.

Beliau berkata, pada sesi pengambilan 2015/2016 seramai 3,892 pelajar baharu telah mendaftar sekaligus menjadikan keseluruhan enrolmen pelajar seramai 17,226 orang yang menjangkaui sasaran 15,000 pelajar menjelang tahun ini.

Ini adalah tahun kedua berturut-turut sasaran 15,000 pelajar telah dicapai. Jumlah enrolmen Unimas akan terus meningkat pada tahun-tahun hadapan, khususnya enrolmen pelajar siswazah. Daripada jumlah 17,226 orang ini, seramai 2,051 ialah pelajar siswazah, katanya.

Naib Canselor berkata, penubuhan Pusat Pembelajaran Bersepadu Sibu, Sarawak dan Pusat Pembelajaran Bersepadu untuk Pembelajaran Sepanjang Hayat dan Program Pascasiswazah di Lembah Kelang beroperasi tahun ini turut menyumbang kepada peningkatan berkenaan.

Katanya, selain itu, UNIMAS juga sedang giat merancang pembinaan Pusat Penyelidikan Score Unimas di Bandar Pintar Mukah serta mewujudkan hospital pengajar UNIMAS bagi melengkapkan kualiti pengajian perubatan dan sains kesihatan.

Artikel oleh : Sarena Haidir

Foto oleh : Azlandy MAT

Foto : UNIMASimage

 

Mungkin takkan pulang...” : Kata terakhir penerima Posthumous

on Monday, 16 November 2015 11:17.

KOTA SAMARAHAN, 16 November 2015 : “ Saya mungkin tidak balik sampai bila-bila…” itulah kata-kata terakhir dari Allahyarhamah Siti Rohani binti Sidik, semasa menghubungi keluarganya di Kelantan.

Kakak Allahyarhamah, Puan Rohana binti Sidik memberitahu adiknya itu merupakan seorang yang bercita-cita tinggi untuk membantu kehidupan keluarga yang hanya bergantung kepada ayahnya sebagai petani.

Allahyarhamah telah menghembuskan nafas terakhir pada 7 Januari 2015 selepas tiga hari dimasukkan di di Hospital Umum Sarawak dipercayai akibat jangkitan kuman.

Allahyarhamah merupakan pelajar tahun 4 dari Program Pembangunan Sumber Manusia, Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia (FSKPM) UNIMAS dimana tahun ini merupakan semester terakhir beliau dengan hanya perlu melengkapkan baki tiga kursus sahaja.

Allahyarhamah Siti Rohani yang merupakan anak ketiga dari lima beradik itu bagaimanapun hanya sempat menduduki peperiksaan bagi dua dari tiga kursus yang berbaki.

Melihat kepada keputusan baik Allahyarhamah sepanjang pengajian beliau di UNIMAS, pihak universiti telah memutuskan untuk menganugerahkan beliau AnugerahPosthumousyang telah disampaikan kepada kakak beliau pada sidang ketiga Majlis Konvokesyen UNIMAS Ke-19, kelmarin oleh Timbalan Ketua Menteri merangkap Pro-Canselor UNIMAS, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Alfred Jabu anak Numpang.

Dalam sidang yang sama, turut disampaikan ijazah kepada Allahyarham Mohamad Alif bin Hamzah@Umar menerusi wakil yang juga adik beliau, Mohamad Zamir Hamzah@Umar.

Allahyarham Mohamad Alif merupakan pelajar pintar dari Program Pembangunan Sumber Manusia dari FSKPM UNIMAS dan telah menamatkan pengajian di UNIMAS pada semester lepas.

Allahyarham merupakan anak ke dua dari lima beradik dan ayahnya merupakan seorang pesara manakala ibunya adalah seorang guru di Igan, Dalat.

Artikel oleh : Sarena binti Haidir

Foto oleh : Azlandy MAT

Foto : UNIMASimage

Amanah berkesan : UNIMAS berjaya lahirkan jumlah graduan tertinggi

on Sunday, 15 November 2015 20:59.

Kota Samarahan, 15 November 2015 :  Peningkatan jumlah graduan dari UNIMAS membuktikan universiti ini telah mencapai kejayaan yang membanggakan, kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Afred Jabu anak Numpang.

Beliau menyatakan demikian semasa berucap menyempurnakan sidang ketiga Majlis Konvokesyen UNIMAS Ke-19 yang diadakan pada sesi petang, hari ini.

Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Afred Jabu berkata kejayaan ini juga adalah bukti sikap dedikasi dan komited warga pendidik dan staf UNIMAS untuk menyempurnakan tanggungjawab memastikan  amanah mendidik anak bangsa dilaksanakan dengan sempurna.

“ Syabas dan tahniah kepada warga UNIMAS atas usaha menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif untuk para pelajar di sepanjang tempoh pengajian mereka di UNIMAS,” katanya.

Beliau yang juga Pro-Canselor UNIMAS juga menasihat para graduan supaya bijak merangka stragegi  dan kaedah ke arah menyempurnakan pengajian siswazah sehinggalah ke peringkat ijazah kedoktoran.

Katanya, ia selaras dengan permintaan pasaran kerja yang memerlukan  modal insan yang berilmu dan berkualiti dalam usaha mencapai agenda transformasi negara menjadi sebuah negara maju.

Malahan, beliau berkata, dengan modal insan terlatih dan pakar dari kalangan anak tempatan, negara tidak perlu lagi bergantung kepada golongan tenaga pakar luar negara untuk memikirkan strategi dan hala tuju dalam membangunkan negara.  

Sementara itu, seramai 704 orang graduan dari Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia (FSKPM) telah menerima ijazah masing-masing dalam sidang tiga ini.

Antara program-program dari FSKPM yang bergraduasi dalam sidang ini ialah dari program pembangunan sumber manusia dan program sains kognitif.

Dalam sidang ketiga, turut menyaksikan penyerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Pembangunan Sumber Manusia) Posthumous kepada Allahyarhamah Siti Rohani Binti Sidek.

Turut diberikan adalah Ijazah kepada Allahyarham Mohamad Alif bin Hamzah@Umar yang telah tamat pengajian tetapi meninggal dunia sebelum sempat menerima ijazahnya.

Kedua-duanya ialah pelajar yang menuntut di Fakulti Sains Kognitif dan Pengurusan Manusia dan penerimaan anugerah telah diterima oleh wakil keluarga allahyarham.

Artikel oleh : Sarena Haidir

Foto oleh : Azlandy MAT

Foto: UNIMASimage

Archive News

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Last Modified on Thursday 28 January 2016.

Jom Masuk UMinistry of FinanceJPAMalaysian GovernmentMSCMyIDEAS1Malaysiakrstemyhealth
Sitemap
| Disclaimer | Policy | Manual | Portal Guidelines | Feedback |
FAQ
Best Viewed using Mozilla Firefox Version 3+,  Google Chrome or Internet Explorer Version 9+
This website does not support mobile version.
FOR TECHNICAL inquiries / comment AbOUT this website, contact :- webmaster(at)unimas.my

Visitors Counter : 3129466

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

alexa