• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Adenan Satem To Receive Honorary Doctorate In Environmental Conservation From UNIMAS

on Monday, 09 November 2015 16:08.

Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem
KUCHING, NOV 9(Bernama) -- Sarawak Chief Minister Tan Sri Adenan Satem will be conferred an honorary Doctorate in Environmental Conservation by Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) at its 19th convocation to be held from Nov 14.
 
UNIMAS vice chancellor Prof. Datuk Dr.Mohamad Kadim Suadi said the doctorate would be conferred on Adenan in recognition of his enormous and significant contributions to conserving the state environment.
 
For instance, he had increased the areas designated as national parks in the state, he told a media conference here today.
 
Adenan would receive it from the Yang Dipertua Negeri of Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud, who is UNIMAS Chancellor, on the first day of the four-day convocation ceremony at Tuanku Abdul Rahman Putra(DeTAR PUTRA) hall.
 
Mohamad Kadim said 3,919 graduates would receive their scrolls at this year's convocation ceremony.
 
"They include 46 doctorate, 301 Masters and 3,572 bachelor degree holders," he added.
 
Source: BERNAMA
 

iENA : Penyelidik UNIMAS menang empat pingat

on Monday, 09 November 2015 13:31.

IENA Pix

IENA2PIX

KOTA SAMARAHAN, 9 November 2015 : Penyelidik dari UNIMAS berjaya merangkul empat pingat dalam ekspo ‘International Trade Fair Ideas Inventions New Product’(iENA) di Nuremberg, Jerman, baru-baru ini.
Pingat emas berjaya dibawa pulang oleh Pensyarah Fakulti Kejuruteraan (FK) UNIMAS, Profesor Dr M.Shahidul Islam (FK) dengan produk bertajuk ‘ Novel Research on Desalination Process Plant Capacity Optimisation: In the Aspect of Commercialisation, Energy and Environmental Sustainability.
Manakala pingat perak pula dimenangi oleh Ir Dr David B.L Bong, juga dari FK UNIMAS dengan produk bertajuk ‘ Bit –Plane Extraction Approach for Biometric Identification’.
Dua lagi pingat gangsa dimenangi oleh Dr Saiful Bahari Mohd Yusuf  dari Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif UNIMAS (FSGK)  dengan produk beliau bertajuk ‘Flooring Panel Product from Compacted Palm Oil Fiber (Frond Fiber and EFB)’ dan Prof Dr Alvin W.Yeo dari Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM) dengan produk bertajuk ‘Digitalising and Preserving Oroo: A Secret Signage Language of the Nomadic Penans in the Rainforest’.
Ekspo iENA kali ini merupakan yang ke-67 dan telah berlangsung di Nuremberg dari 29 Oktober sehingga 1 November lepas.
Dalam ekspo kali ini, lebih dari 36 buah negara telah menyertainya dengan 700 jenis produk telah diperkenalkan.
 

Sepuluh pelajar fakulti kejuruteraan terima anugerah cemerlang ZECON

on Friday, 06 November 2015 17:26.

 

KOTA SAMARAHAN, 6 November 2015 : Sepuluh pelajar dari  Fakulti kejuruteraan UNIMAS telah  menerima anugerah cemerlang ZECON yang telah disampaikan hari ini bertempat di Rumah Universiti, UNIMAS.

Penyampaian anugerah tersebut  telah disampaikan oleh Timbalan Presiden Infranstruktur/Pembinaan ZECON Berhad, Ir. Hj Abg Azahari bin Abg Osman.

Turut hadir ke majlis tersebut ialah Timbalan Naib Canselor UNIMAS (Penyelidikan dan Inovasi) Profesor Dr Kopli Bujang mewakili Naib Canselor UNIMAS, Profesor Dato' Dr Mohamad Kadim Bin Suaidi dan Dekan Fakulti Kejuruteraan, Profesor Madya Dr Al-Khalid Othman. 

Dalam teks ucapan Naib Canselor yang dibacakan oleh Profesor Dr Kopli memberitahu penerima-penerima anugerah ini merupakan para pelajar yang mempamerkan prestasi cemerlang dalam bidang akademik di samping aktiviti ko-kurikulum sepanjang pembelajaran mereka di UNIMAS.

“ Majlis ini menandakan empat belas tahun kerjasama antara Fakulti Kejuruteraan, UNIMAS bersama ZECON Berhad semenjak ianya diperkenalkan pada tahun 2002.

“Diharapkan dengan anugerah seumpama ini akan memberi perangsang kepada pelajar-pelajar untuk berusaha dengan lebih gigih lagi pada masa akan dating,” katanya lagi.

Beliau berkata, anugerah itu merupakan salah satu tanggungjawab sosial korporat ZECON di dalam menyediakan anugerah kecemerlangan akademik bagi menggalakkan pencapaian cemerlang di UNIMAS terutamanya di kalangan pelajar-pelajar Fakulti Kejuruteraan, UNIMAS.  

Malahan, katanya, syarikat ZECON Berhad turut mengekalkan sokongan mereka di dalam bidang akademik dengan menawarkan biasiswa kepada pelajar UNIMAS dan juga kepada pelajar universiti tempatan yang lain sebagai motivasi untuk para pelajar agar cemerlang semasa di universiti. 

Selain dari itu, Naib Canselor berkata, tahun lepas, Fakulti Kejuruteraan UNIMAS telah menempa sejarah apabila empat program fakulti  tersebut menerima pengiktirafan akreditasi daripada Majlis Akreditasi Kejuruteraan Malaysia (EAC) dan Lembaga Jurutera Malaysia (BEM) iaitu program Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Dengan Kepujian (Kejuruteraan Sivil), Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian (Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan), Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) Elektronik (Komputer) dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Elektronik (Telekomunikasi). 

Katanya, dua program iaitu Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Dengan Kepujian (Kejuruteraan Sivil) dan Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian (Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan) mendapat akreditasi penuh untuk tempoh lima tahun, manakala dua baki program lagi mendapat akreditasi bersyarat, untuk tempoh tiga tahun. 

“ Manakala tahun ini, FK menerusi Program Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia mendapat akreditasi penuh untuk tempoh lima tahun,” katanya lagi.

Pada sesi akademik 2016/2016 yang akan datang, satu lagi program baharu sarjana kejuruteraan secara kerja kursus akan ditawarkan iaitu Program Sarjana Kejuruteraan Sistem Perhubingan.

Sementara itu, sepuluh pelajar yang menerima anugerah cemerlang ZECON ialah  Calvin Watt Gawing dan Iylia Binti Amir  dari Program Kejuruteraan Awam, Ahmad Shazrin Bin Mohamad Ghazali dan Abdul Rahman B Mohd Sapawi dari Program Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan, Zul-Hasymi Bin Johari dan Anisia Jati Sang dari Charles Luan Anak Sebestian Itap dan Muhamad Azri Bin Sarbini dari Program Kejuruteraan Elektronik (Telekomunikasi) dan Program Kejuruteraan Elektronik (Komputer) dan Mohd Iqmal Bin Mamat dan  Norimah Binti Amat Sailan dari  Program Kejuruteraan Kimia dan Sustainabiliti Tenaga.

Gambar : UNIMASimage

 

Kerjasama Strategik: UNIMAS dan JKR tandatangani MoU

on Friday, 06 November 2015 16:37.

MOU JKR UNIMAS

KOTA SAMARAHAN, 6 November 2015 : Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) telah menandatangani Memorandum Perjanjian Persefahaman (MoU) dengan Jabatan Kerja Raya Sarawak hari ini. 
Dalam ucapan, Naib Canselor UNIMAS, Profesor Dato’ Dr Mohamad Kadim Haji Suaidi berkata MoU tersebut dapat mencapai sinergi yang lebih baik terutama dalam bidang pendidikan dan penyelidikan serta mewujudkan hubungan universiti dan pihak industri yang lebih mantap dan mencipta budaya keusahawanan.
 “Saya berharap MoU ini menjadi satu permulaan kerjasama yang lebih bermakna untuk masa depan UNIMAS dan JKR seperti penglibatan dalam pembinaan Lebuhraya Pan Borneo dan projek-projek mega yang lain yang akan berlaku di Sarawak di bawah bidang kuasa JKR. 
“ Sebagai sebuah negeri yang kaya dengan kawasan tanah gambut yang terbesar (kira-kira 16,500 m2), iaitu 15% daripada tanah negeri ini, sudah tentu ia akan membawa kepada isu dan cabaran dalam pembinaan rekaan,” sambungnya.
Naib Canselor berkata, UNIMAS juga telah menubuhkan Pusat Kecemerlangan Penyelidikan Pembinaan Tanah Gambut (CoPS) iaitu kerjasama strategik dengan CREAM-CIDB Malaysia yang bertujuan untuk berkhidmat sebagai satu pusat sehenti dalam menyelaras, melaksana dan menyediakan maklumat berpusat kepada penyelidikan dan pembangunan di atas tanah gambut.
Sementara itu, antara skop MoU berkenaan adalah berkaitan dengan kerjasama antara dua pihak dalam pembelajaran, kajian, penyelidikan, latihan, persidangan dan sebagainya.
Antara bidang yang akan terlibat seperti aktiviti penyelidikan bersama seperti kajian khas, kerjasama penganjuran persidangan dan seminar, aktiviti konsultansi dan lain-lain.
UNIMAS telah diwakili oleh Naib Canselor UNIMAS, Profesor Dato’ Dr Mohamad Kadim Haji Suaidi manakala JKR Sarawak oleh Pengarahnya, Ir Haji Juraimi Haji Sabki.
 

Archive News

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Last Modified on Thursday 28 January 2016.

Jom Masuk UMinistry of FinanceJPAMalaysian GovernmentMSCMyIDEAS1Malaysiakrstemyhealth
Sitemap
| Disclaimer | Policy | Manual | Portal Guidelines | Feedback |
FAQ
Best Viewed using Mozilla Firefox Version 3+,  Google Chrome or Internet Explorer Version 9+
This website does not support mobile version.
FOR TECHNICAL inquiries / comment AbOUT this website, contact :- webmaster(at)unimas.my

Visitors Counter : 3128993

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

alexa