• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Perbincangan bersama Ketua Menteri berjalan lancar

on Thursday, 05 November 2015 16:33.

 

KOTA SAMARAHAN, 5 November 2015 : Perbincangan khas penyediaan teks ucapan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri  Datuk Patinggi Haji Adenan Satem telah dilakukan di pejabat beliau bertempat di Wisma Bapa Malaysia hari ini.

Rombongan Jawatankuasa penyediaan teks ucapan telah diketuai oleh Timbalan Dekan Fakulti Sains Sosial (FSS), Dr Mus Chairil Samani, Pensyarah FSS UNIMAS, Encik Jamali Bujang Samawi, Kiky Kirina Haji Abdillah dan Siti Khatijah Zamhari.

Dalam perbincangan yang memakan masa hampir satu jam tersebut diadakan dalam suasana ceria dan penuh bermakna lebih-lebih lagi dengan sikap terbuka Ketua Menteri yang sememangnya diketahui umum.

Penyediaan teks ucapan Ketua Menteri adalah bersempena dengan Majlis Konvokesyen UNIMAS Ke-19 yang akan berlangsung   bermula 14 hingga 17 November kelak.

Majlis Konvokesyen UNIMAS Ke-19 akan diadakan di Dewan Tunku Abdul Rahman Putra (DeTAR PUTRA) dalam enam sidang.

Artikel oleh: Sarena Haidir

Foto oleh : Azlandy MAT

 

 

MPP dinasihat fokus dengan kecemerlangan akademik

on Wednesday, 04 November 2015 15:48.

MPP1

MPP2

 

KOTA SAMARAHAN, 4 November 2015 : Seramai tiga belas orang pelajar telah mengangkat sumpah serta menerima watikah pelantikan sebagai ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UNIMAS bagi Sesi 2015/2016, hari ini.
Majlis berkenaan telah disaksikan oleh Naib Canselor UNIMAS, Profesor Dato’ Dr. Mohamad Kadim Haji Suaidi serta para Pengurusan Tertinggi, Dekan-Dekan dan Pegawai Utama UNIMAS.
Pemilihan MPP UNIMAS kali ini menyaksikan empat (4) calon umum telah menang tanpa bertanding dan sembilan (9) orang calon bertanding bagi kerusi fakulti pada hari pengundian yang telah berlangsung pada 15 Oktober 2015 yang lalu dengan jumlah pelajar yang turun mengundi seramai 7,287.
Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia, UNIMAS pula telah mencatat peratusan pelajar tertinggi turun mengundi iaitu sebanyak 61.04 peratus.
Dalam ucapan ringkas, Profesor Dato’Dr Mohamad Kadim berkata, MPP merupakan organisasi tertinggi mahasiswa di universiti ini yang boleh menjadi jambatan penghubung di antara mahasiswa dengan pihak pengurusan universiti. 
Beliau berkata, oleh kerana itu, MPP yang dilantik haruslah memanfaatkan peluang dan kepercayaan yang diberi dengan memantapkan barisan kepimpinan mahasiswa di samping membantu ke arah pembangunan universiti serta memahami misi dan visi Universiti agar dapat berganding bahu bersama dengan pengurusan universiti ke arah pencapaian misi dan visi yang ditetapkan. 
“MPP juga berperanan dalam melaksanakan aktiviti kemahasiswaan dan kemasyarakatan bagi meningkatkan kesedaran mahasiswa mengenai isu-isu setempat, negara dan antarabangsa serta meningkatkan kualiti sistem pembelajaran di UNIMAS. 
“ Peranan aktif harus dimainkan oleh MPP untuk menarik golongan mahasiswa menyertai program ilmiah yang dianjurkan dengan keazaman untuk menambah ilmu di dada, dan bukannya sekadar mengharap insentif daripada penyertaan tersebut sahaja,” katanya lagi.
Naib Canselor menambah, pihak universiti tidak pernah menyekat apa jua cadangan yang ingin dimajukan oleh MPP, sekiranya ia membawa kepada kebaikan semua pihak dan kecemerlangan Universiti secara keseluruhan.
Malahan, katanya, idea, cadangan, pandangan mahupun kritikan sebagai golongan mahasiswa UNIMAS akan diambilkira selagi tidak bertentangan dan bercanggah dengan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971, Pindaan 2012 dan mana-mana undang-undang lain yang berkaitan. 
“ Walaupun anda semua akan sibuk dengan pelbagai aktiviti nanti, jangan sekali-kali leka dan mengabaikan kecemerlangan akademik kerana ia  menjamin kesejahteraan hidup anda pada masa akan datang. 
“Saya tidak mahu melihat anda yang merupakan pemimpin di universiti pada masa ini tidak ke mana-mana dalam dunia pekerjaan nanti kerana kandas dalam akademik. Pengurusan masa yang baik amat penting bagi memastikan tiada keciciran dalam akademik,” sambungnya.
Dalam pada itu, barisan MPP UNIMAS Sesi 2015/2016 adalah seperti berikut :
1)Yang Di-Pertua MPP merangkap Exco Protokol - Basnel Guswindoo Bin Basri.
2)Naib Yang Di-Pertua merangkap Exco Pascasiswazah - Hemnaarth A/L Tanakaran
3)Setiausaha Agung - Neeshallini A/P Kaleappan
4)Bendahari Kehormat - Christinus Ng Ka Hing
5)Exco Sukan, Rekreasi & Kesihatan - Gary Anak John
6)Exco Keusahawanan, Inovasi & Kerjaya- Nur Amalia Bt Zulkipli
7)Exco Keselamatan & Kebajikan - Muhammad Syafiq Bin Ahmad Hisham
8)Exco Pengangkutan & Kemudahan - Mohd. Helmi Bin Mustafa
9)Exco Publisiti, Informasi & Multimedia -  Mohd Amirul Husni Bin Jakaria
10)Exco Pembangunan Sahsiah & Modal Insan - Ahmad Jibriel Bin Mohd Yusof
11)Exco Kesenian & Kebudayaan - Nur Nabihah Bt Shaharudin
12)Exco Akademik & Kesarjanaan - Karthik A/L Sathiamoorthy
13)Exco Perhubungan & Antarabangsa - Nazmi Bin Suhaimi
 
Artikel oleh : Sarena Haidir
Foto oleh    : Azlandy MAT

 

Inaugural Lecture : “Surviving Childhood Trauma: A Story between You and Me”

on Wednesday, 04 November 2015 15:31.

syarahan perdana Dr siti1

syarahan perdana2

 

Kota Samarahan, 4th November 2015: An Inaugural Lecture by Prof Dr Siti Raudzah Ghazali entitled Surviving Childhood Trauma: a story between you and me was held on November 4th, 2015 at Pusat Islam Tun Abang Sallehuddin (PITAS), Universiti Malaysia Sarawak, where she discussed the area of psychological trauma and Post-traumatic Stress Disorder (PTSD), and findings from her research. 
Topics were illustrated by real-life cases of childhood trauma as narrated by her patients, students and research participants during her career as a clinical psychologist. 
Since the 2004 Asian Tsunami resulted in the most devastating natural disaster in Malaysian history, the need for studies on psychological trauma and Post-traumatic Stress Disorder (PTSD) has become apparent.  
UNIMAS Professor Dr Siti Raudzah Ghazali, with teams of European and local researchers, has led pioneering research into PTSD and psychological trauma among the Malaysian population.  Beginning with survivors of the 2004 Tsunami in Kedah, Dr Siti Raudzah has turned to lifetime traumatic exposure, especially with regard to adolescent and Sarawakian populations.  
Findings from her tsunami research indicate high prevalence of PTSD symptoms even four years after the tsunami. 
Her most recent study among Sarawakian adolescents found that 83% of the participants reported having at least one traumatic event in their lifetime, putting them at risk for PTSD.
 

 

UNIMAS hulur sumbangan kepada mangsa kebakaran

on Tuesday, 03 November 2015 10:24.

kebakaran asajaya

 

KOTA SAMARAHAN, 3 November 2015 : Persatuan Pengurus UNIMAS bersama Naib Canselor UNIMAS, YBhg Prof Dato' Dr Mohamad Kadim Suaidi turun ke padang untuk menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran di Kampung Asajaya Ulu, pada hujung minggu lepas.
Kebakaran yang berlaku pada Khamis minggu lepas menyebabkan empat keluarga hilang tempat tinggal setelah kediaman mereka hangus dijilat api dalam kebakaran yang berlaku pada tengah malam.
Keprihatinan Universiti Malaysia Sarawak dengan nasib mangsa kebakaran telah membawa sedikit sumbangan berupa pakaian, barangan dan kelengkapan dapur kepada mangsa yang terlibat dalam kebakaran berkenaan. 
Selain sumbangan berkenaan, UNIMAS juga telah menyampaikan sumbangan berupa wang tunai kepada mangsa untuk meringankan beban mangsa yang terlibat dalam kebakaran. 
Sumbangan wang berkenaan adalah dari Tabung UNIMASku Sayang serta sumbangan kakitangan serta pelajar UNIMAS.
Dengan sumbangan tersebut, UNIMAS berharap agar semua mangsa tabah untuk menepuh hari-hari akan datang.
 

 

Archive News

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Last Modified on Thursday 28 January 2016.

Jom Masuk UMinistry of FinanceJPAMalaysian GovernmentMSCMyIDEAS1Malaysiakrstemyhealth
Sitemap
| Disclaimer | Policy | Manual | Portal Guidelines | Feedback |
FAQ
Best Viewed using Mozilla Firefox Version 3+,  Google Chrome or Internet Explorer Version 9+
This website does not support mobile version.
FOR TECHNICAL inquiries / comment AbOUT this website, contact :- webmaster(at)unimas.my

Visitors Counter : 3131436

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

alexa