• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Yuran pengajian UNIMAS tidak naik

on Thursday, 29 October 2015 10:29.

UB Yuran2

Sumber : Utusan Borneo

 

‘Unimas will not increase its fees despite lower allocation’

on Thursday, 29 October 2015 10:06.

BP Fees

KOTA SAMARAHAN: Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) will not increase its fees next year despite the reduction in allocations to higher learning institutions in Budget 2016.
This was assured by its vice-chancellor Prof Dato’ Dr Mohamad Kadim Suaidi who pointed out that the public university will only experience a minor reduction in allocation at only 1.5 per cent.
“I guarantee there will be no increase in fees at Unimas next year,” he told reporters when met after signing a Memorandum of Understanding (MoU) with Kuramae Services Sdn Bhd at the university here yesterday.
Kadim also noted that the reduction in funds will not leave a very big impact on Unimas as compared to other public universities, some of which may experience a reduction of up to 25 per cent.
“Nevertheless, despite the reduction, we will continue to implement our plans and activities for 2016 without neglecting our quality and standards,” he said, adding that the university will also look into implementing new approaches such as collaboration with industries to generate income.
Higher Learning Minister Datuk Seri Idris Jusoh had said that the decrease of RM2.4 billion in allocation for his ministry will not affect the efficient promotion of education.
According to him, the allocation was reduced because the government’s income had been adversely affected by the fall in oil and commodity prices.
The Budget 2016 tabled by Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak at the Dewan Rakyat on Friday allocated RM13.378 billion to the Ministry of Higher Learning, which is five per cent of the total budget. Allocation for Budget 2015 was RM15.785 billion.
Source : Borneo Post

Industri kreatif jadi keutamaan kerajaan

on Tuesday, 27 October 2015 10:25.

 

Ia dijangka menyumbang RM3b kepada PDNK, jana 10,000 pekerjaan menjelang 2020

KUCHING: Industri kreatif menjadi keutamaan kerajaan di bawah agenda Projek Permulaan Ekonomi (EPP) dalam Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) kerana potensi yang dimilikinya dalam meningkatkan Pendapatan Dalam Negara Kasar (PDNK).

Menteri Pembangunan Perindustrian Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, kerajaan menjangka sumbangan sebanyak RM3 bilion kepada PDNK menerusi industri tersebut selain 10,000 peluang pekerjaan menjelang 2020.

“Selari dengan sasaran ini, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM200 juta menerusi Belanjawan 2014 bertujuan untuk menggalakkan peranan industri kreatif tempatan menerusi pelbagai aspek pembangunan.

“Malah, pada tahun lepas, kerajaan menerusi Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) telah meluluskan penubuhan Dana Pembangunan Industri Kreatif (DPIK) untuk menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia menceburi bidang penciptaan, pengeluaran dan pengedaran kreatif, asli selain kandungan multimedia yang berpotensi untuk memasuki pasaran domestik dan antarabangsa,” ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapan perasmian Persidangan Antarabangsa Seni Gunaan dan Kreatif (ICACA) 2015 Ke-4 yang dibacakan Menteri Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan Pembangunan Keluarga Rosey Yunus di Hotel Hilton di sini, malam kelmarin.

Awang Tengah berkata, selain DPIK, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) juga menjadi penyokong kuat kepada penganjuran ICACA 2015.

“Majlis Rekabentuk Malaysia (MRM) juga bekerjasama dalam usaha untuk mengangkat industri kreatif tempatan dan ia mencerminkan usaha gigih kerajaan untuk memperbaiki dan meningkatkan taraf industri kreatif di negara ini.

“Manakala dalam peringkat negeri Sarawak pula, pelbagai usaha juga telah ditunjukkan oleh kerajaan negeri bagi memperkasa industri kreatif di sini sebagai contoh penganjuran Anugerah dan Festival Filem Antarabangsa ASEAN (AIFFA) dan Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia (RWMF) serta banyak lagi sebagai platform untuk menggalakkan pertumbuhan industri kreatif tempatan kita,” jelasnya.

Dianjurkan oleh Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif (FSGK) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dengan kerjasama MRM dan MOSTI, persidangan dua hari yang berakhir semalam itu disertai pembentang dan peserta tempatan serta luar negara termasuk India, United Kingdom dan Australia.

Bertemakan ‘Bringing Academia To The Applied Arts and Creative Industries,’ ia berperanan sebagai platform yang menjalankan perbincangan intelektual mengenai pelbagai perkara yang melibatkan seni dan reka bentuk, selain pengurusan dan pemasaran pelbagai genre seni dalam seni gunaan dan industri kreatif.

Pada masa sama, ia juga membolehkan perhubungan antara industri dan institusi akademik selain kerjasama dalam menuju ke arah pembangunan industri kreatif yang mapan serta berdaya saing.

Turut hadir Naib Canselor UNIMAS Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi, Timbalan Naib Canselor (TNC) (Hal Ehwal dan Alumni) UNIMAS Profesor Mohd Fadzil Abdul Rahman dan Dekan FSGK Dr Wan Jamarul Imran Wan Abdullah Thani.

 

Sumber: Borneo Post

 

Adaptasi pembelajaran main bayang dari Universiti Chulalongkorn

on Tuesday, 27 October 2015 10:09.

Chulalongkorn1

Chulalongkorn2

chulalongkorn3

Kota Samarahan, 27 Oktober 2015: Seramai 60 orang pelajar tahun satu hingga tiga dari Program Drama dan Teater, Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif (FSGK), Universiti Malaysia Sarawak telah menyertai bengkel main bayang (Shadow Puppet Workshop) anjuran Program Drama dan Teater bersama Universiti Chulalongkorn, Thailand, baru-baru ini.
Dalam bengkel tersebut, dua pensyarah jemputan dari  Fakulti Seni Komunikasi,telah dijemput hadir iaitu Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Hubungan Antarabangsa) Dr Jarayudh Sinthuphan, menyampaikan syarahan Sejarah dan Pengenalan kepada Peralatan Pembikinan Wayang Kulit yang merupakan teras kepada teater tradisi di rantau AsiaTenggara iaitu wayang kulit, manakala  pensyarah di Jabatan Komunikasi Massa Dr Jessada Salathong menyampaikan syarahan mengenai ‘How to Construct Good Story.’
Sepanjang bengkel berlangsung, para pelajar didedahkan dengan ilmu dan teknik persembahan di samping mengaplikasikan ilmu teori dan praktikal yang dipelajari dalam mereka penceritaan serta menghasilkan patung sebagai medium bagi menciptakan sebuah persembahan, 
Pensyarah Program Drama dan Teater, Puan Syarafina Abdullah berkata, bengkel tersebut diadakan sebagai sebahagian daripada hasil pembelajaran ‘learning outcome’ bagi kursus GKD1053 Pergerakan Asas (Basic Movement), GKD2083 Sinografi (Scenography) dan GKD3194 Seni Reka untuk Pengarah (Design for Director),”
“Saya berharap pelaksanaan ini tidak terhenti disini namun segala ilmu yang disampaikan dalam penganjuran bengkel ini mampu membantu para pelajar khususnya pelajar Tahun 2 dalam kursus GKD2104 Teater dalam Pendidikan.”tambahnya lagi.
Menurut beliau lagi, cetusan idea mengadakan bengkel  ini adalah daripada bekas Penyelaras Program Drama dan Teater, Dr Nur Afifah Vanitha Abdullah, yang kini bertugas di Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudyaan Melayu, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, mengikuti  program ASEAN Integrated Media Practice Scholarship (AIMS) di Bangkok, Thailand pada 1 hingga 13 Julai 2015 lalu  bersama dua orang pelajar, Nina Nashrah Abd Jalal dan Benedict Chin Wern Shen.
Kemahiran pelajar ditonjolkan dengan pembuatan patung untuk dipersembahkan dalam persembahan mini yang diadakan sebelum sesi bengkel berakhir dengan mengetengahkan konsep cerita rakyat yang mempunyai unsur mitos dan lagenda seperti Bawang Putih Bawang Merah, Lagenda Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang, Batu Belah Batu Bertangkup, Arnab dan Kura-Kura, Epik Ramayana, serta cerita seram yang popular di Thailand Nang-nak dan berusaha menutur dalam bahasa Thai namun diubahsuai dan mengolah dengan menyelitkan sentimen lucu serta gaya tersendiri.
Artikel oleh: Mohamad Shahiman Firdaus Mohd Latif
   Foto oleh: Shahrul Affendi Ishak
 
 

Archive News

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Last Modified on Thursday 28 January 2016.

Jom Masuk UMinistry of FinanceJPAMalaysian GovernmentMSCMyIDEAS1Malaysiakrstemyhealth
Sitemap
| Disclaimer | Policy | Manual | Portal Guidelines | Feedback |
FAQ
Best Viewed using Mozilla Firefox Version 3+,  Google Chrome or Internet Explorer Version 9+
This website does not support mobile version.
FOR TECHNICAL inquiries / comment AbOUT this website, contact :- webmaster(at)unimas.my

Visitors Counter : 3134818

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

alexa