• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

FOSM, Unimas to host talk on M’sian myths, legends

on Tuesday, 27 October 2015 09:58.

KUCHING: Friends of Sarawak Museum (FOSM) and Universiti Malaysia Sarawak (Unimas)’s Faculty of Social Sciences will host a talk on Malaysian myths and legends this Oct 28, from 2pm to 4pm at the Multimedia Room 2 on the lower ground at the faculty’s building.
 
The presentation of ‘Myths and Legends: The Making of Malaysia’ will be delivered by Prof Michael Leigh. Admission is free and no registration is required.
 
“The talk will explore the myths, legends and realities of Malaysia’s birth, drawing upon newly released archival materials,” a statement from FOSM said yesterday.
 
Prof Leigh has been linked to Sarawak Museum, via his BA and PhD research works from 1962 to 1968. He later became the inaugural director of Institute of Asian Studies at Unimas (1997-2003), before being appointed professor of Contemporary Asia and director of Asia Institute at the University of Melbourne, Australia.
 
His previous tenures also include professorship at University of Sydney, academic director of International College Penang, as well as director ship at Aceh Research Training Institute and Development of Social Sciences throughout Indonesian Universities Program.
 
In 2007, he was elected president of Asian Studies Association of Australia.
 
His published books include ‘Mapping the People of Sarawak’; ‘Transformations in Eastern Malaysia’; ‘Council Negri Sarawak’, ‘Malaysia’s Oldest Legislature’; ‘The Rising Moon: Political Change in Sarawak’; and four edited volumes of ‘Borneo 2000’.
 
He has more than 60 published articles, chapters and monographs on political and economic changes in Southeast Asia.
 
The FOSM was registered in September 2012 with a mission to promote the appreciation of Sarawak’s heritage through its museums.
 
The movement’s activities are divided into three main areas – promoting the role of museums in Sarawak, providing a way for interested people to get involved in heritage, and providing quality interpretation of museums.
 
Source: Borneo Post

Kepentingan ICT : UNIMAS dan Kuramae tandatangani MoU

on Monday, 26 October 2015 07:04.

 

KOTA SAMARAHAN, 26 Oktober 2015 : Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) telah melakukan majlis menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) dengan Kuramae Services Sdn Bhd di Rumah Universiti, UNIMAS, petang tadi.

Kuramae Services Sdn Bhd merupakan produk kolaborasi dari tiga agensi iaitu Gigaspeed Technology Sdn Bhd, yang berkepakaran di dalam pelaksanaan dan rekaan rangkaian infranstruktur, Phoenisys Co.Ltd, Jepun yang berkepakaran di dalam bidang perniagaan IT, Sistem Penyelesaian dan Next Intelligence yang berteraskan Pengurusan Pengetahuan.

UNIMAS telah diwakili oleh Naib Canselor UNIMAS, Profesor Dato’Dr Mohamad Kadim Suaidi manakala bagi pihak Kuramae Services Sdn Bhd diwakili oleh Presidennya, Encik Kenji Kinochi sambil disaksikan bersama oleh Dekan Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM) UNIMAS, Dr Johari Abdullah dan Penasihat Pengurusan Korporat Kuramae Services Sdn Bhd, Encik Shinya Asahara.

Dalam ucapan, Naib Canselor, Profesor Dato’Dr Mohamad Kadim berkata, kerjasama dengan Kuramae dilihat sebagai satu penghargaan buat UNIMAS kerana syarikat berkenaan merupakan salah sebuah syarikat gergasi di negara Jepun terutama dalam industri komunikasi dan teknologi maklumat.

Beliau berkata, MoU berkenaan merupakan langkah strategik untuk kedua-dua pihak kerana ia dapat mengukuhkan kerjasama di antara ogranisasi menerusi perkongsian pengalaman, kepakaran dan bakat dalam bidang ICT.

“ ICT memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi dan pembangunan. Menerusi ICT, tugasan kita dapat dilakukan dengan efiksen dan efektif.

“ UNIMAS telah lama mengiktiraf mengenai kepentingan ICT ini malah dengan adanya FSKTM, kita berharap dapat menjadi pusat untuk kejuruteraan perisian,kepakaran rangkaian, pakar ICT dan industri ICT untuk menggabungkan pembelajaran dan penyelidikan yang akhirnya membolehkan Sarawak mempunyai program ICT yang terbaik di negara ini. Dengan adanya majlis hari ini, kita berharap pakar di kedua-dua organisasi ini akan berkongsi idea dan pengalaman dan oleh itu memberi idea dan input kepada kemajuan industri dan pembangunan ICT di Sarawak,”sambungnya.


Naib Canselor menambah, penggunaan ICT menjadi semakin penting pada masa kini dan terdapat potensi besar yang berkaitan dengan membangunkan produk-produk ICT dan pasaran perkhidmatan berasaskan teknologi di peringkat global selaras dengan inisiatif negara Malaysia untuk meletakkan penekanan yang lebih ke atas pembangunan pengetahuan ekonomi.

Katanya, seperti di UNIMAS, kurikulum ICT sentiasa menjadi rujukan kepada ACM

( Association of Computing Machinery) dan setiap tahun graduan UNIMAS mendapat permintaan tinggi di pasaran kerja.

“ Sebagai contoh, peratusan graduan sains komputer kami yang menamatkan pengajian dan mendapat kerja pada tahun lepas adalah sebanyak 80 peratus. Oleh itu, kami yakin bahawa kami akan dapat menyediakan graduan yang cekap, yang boleh menyumbang kepada pertumbuhan Kuramae dan ramai pemain industri ICT lain di Sarawak, Malaysia dan di peringkat global,” katanya.

Sementara itu, MoU tersebut membolehkan kedua-dua pihak untuk bekerjasama di dalam aktiviti pengajaran/pembelajaran, penyelidikan, dan konsultasi.
UNIMAS juga akan berfungsi sebagai penyedia sumber tenaga manusia yang berkompetensi dalam bidang sains computer dan teknologi maklumat.

Setakat ini, terdapat tiga orang staf teknikal pelopor Kuramae merupakan graduan daripada Fakulti Sains Komputer & Teknologi Maklumat UNIMAS yang baru menamatkan pengajian pada bulan Julai yang lepas.

Bidang tujahan yang telah dikenalpasti sebagai asas kolaborasi antara agensi adalah teknologi Rumah Pintar (Smart Home), danInternet of Things,di mana hasil penyelidikan akan diterjemahkan kepada produk yang akan dipasarkan secara global terutama ke Jepun dan negara-negara Eropah.

ICACA himpunkan pakar seni gunaan dan kreatif

on Friday, 23 October 2015 06:59.

KOTA SAMARAHAN, 23 Oktober 2015 : Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif (FSGK) UNIMAS telah menganjurkan ‘ International Conference on Applied and Creative Arts’ (ICACA) kali ke-empat yang berlangsung selama dua hari dan berakhir hari ini.

Persidangan tersebut merupakan kerjasama di antara UNIMAS dan Malaysia Design Council (MRM) dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Perasmian ICACA telah disempurnakan oleh Menteri Muda Pembangunan Keluarga dan Kanak-Kanak, Hajah Rosey Yunus mewakili Menteri Pembangunan Industri, Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hassan malam tadi.

Dalam teks ucapan Datuk Amar Haji Awang Tengah yang dibacakan oleh Hajah Rosey Yunus menyatakan rasa bangga dengan keterlibatan UNIMAS dalam penganjuran ICACA yang disifatkan sebagai usaha menghimpunkan para akademik dalam industri seni gunaan dan kreatif di negara ini.

Beliau berkata, menerusi persidangan seperti itu akan memberi manfaat kepada semua peserta sekaligus membuka ruang kerjasama yang lebih erat di masa hadapan.

Malahan, jelas beliau, kerajaan sendiri menitik-beratkan pembangunan seni gunaan dan kreatif dengan meletakkan industri itu di dalam bidang keberhasilan utama negara kerana ia boleh menyuntik pendapatan kepada negara ini.

“ Melihat kepada keupayaan industri ini kepada negara, maka, saya mewakili Datuk Amar Haji Awang Tengah mengumumkan pemberian geran sebanyak RM20,000 untuk ICACA,” katanya lagi.

Sebelum itu, dalam ucapan Naib Canselor UNIMAS, Profesor Dato’ Dr Mohamad Kadim Suaidi berkata, ICACA merupakan salah satu persidangan anjuran UNIMAS yang bertujuan untuk meningkatkan penyelidikan berkualiti dalam kalangan para akademik di universiti ini.

“ Hari ini, kita melihat ICACA telah disertai oleh pelbagai peringkat profesion pekerjaan di seluruh dunia. Saya berbangga dengan penyertaan peserta ICACA kali ini dan saya percaya, industri kreatif sememangnya memerlukan mereka yang ada di sini untuk terus membangunkan industri ini di masa hadapan,,” katanya lagi.

Sementara itu, ICACA telah disertai oleh bukan sahaja peserta dari Negara Malaysia malahan dari India, Amerika Syarikat dan Australia.

Dengan bertemakan ‘ Bridging Academia to the Applied Arts and Creative Industries’, persidangan ini dilihat sebagai landasan untuk penyelidik, pereka, pembuat dasar malah pelajar sendiri untuk bertemu dan berhimpun dalam berkongsi ilmu dan kepakaran masing-masing.

Lawatan UNDIP : Perluaskan jaringan kerjasama

on Wednesday, 21 October 2015 14:31.

UNDIP1

Kota Samarahan, 21 Oktober 2015:  Seramai dua puluh orang pelajar Sarjana Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Universitas Diponegoro (UNDIP), Indonesia, telah mengadakan lawatan selama satu hari ke Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

Pengarah Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa UNIMAS, Dr.Soubakeavathi Rethinasamy dalam ucapan aluannya berharap kerjasama yang lebih erat dapat dijalinkan selepas ini.
Katanya, UNIMAS sememangnya mengalakkan lebih banyak lawatan dari pihak luar kerana yakin cara demikian bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan dengan pihak luar tetapi juga dapat berkongsi ilmu dan pengalaman antara satu sama lain.
Dalam lawatan tersebut, Dr.Soubakeavathi Rethinasamy telah memberi penerangan mengenai universiti ini termasuk memperkenalkan beberapa orang pelajar antarabangsa UNIMAS dari Indonesia yang telah berjaya dalam bidang akademik dan ko-kurikulum.
Sementara itu, ketua delegasi dari UNDIP, Dr Wido Prananing Tyas dalam ucapan balas mengucapkan terima-kasih atas kesudian pihak UNIMAS menerima kunjungan mereka.
Katanya, kunjungan ini akan dapat memberi pendedahan dan peluang kepada pelajar UNDIP berkongsi pengalaman dan cabaran dalam program pembelajaran mereka.
“ Kita melihat UNIMAS sebagai universiti terbaik untuk dicontohi dan banyak perkara boleh dipelajari di sini. Saya berharap pelajar UNDIP akan mendapat pengalaman ilmu di sini,”ujarnya.
Beliau berkata, pengalaman yang diperolehi akan memudahkan pelajar mereka berurusan dengan pihak industri sebaik tamat belajar kelak.
 Artikel oleh : Sarena Haidir
 Foto oleh    : Azlandy M.A.T
 

 

Archive News

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Last Modified on Thursday 28 January 2016.

Jom Masuk UMinistry of FinanceJPAMalaysian GovernmentMSCMyIDEAS1Malaysiakrstemyhealth
Sitemap
| Disclaimer | Policy | Manual | Portal Guidelines | Feedback |
FAQ
Best Viewed using Mozilla Firefox Version 3+,  Google Chrome or Internet Explorer Version 9+
This website does not support mobile version.
FOR TECHNICAL inquiries / comment AbOUT this website, contact :- webmaster(at)unimas.my

Visitors Counter : 3141315

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

alexa