• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Microsoft ImagineCup arrives again at UNIMAS

on Wednesday, 21 October 2015 10:55.

ImageCup

 

Kota Samarahan, 21 October 2015 : Microsoft Malaysia conducted a series of activities related to the ImagineCup competition at the Faculty of Computer Science and IT, Universiti Malaysia Sarawak, on Tuesday, the 20th of October 2015. Microsoft is represented by Mr. Dinesh Nair (Developer Experience and Evangelism), Ms Zalina Abdul Halim (Audience Marketing Manager), and Mr Aswin C. (Microsoft Evangelist).
ImagineCup is an annual competition sponsored and hosted by Microsoft Corporation, which aims to bring together young technologists from all over the world to help resolve some of the world’s toughest challenges. 
Several activities were conducted at the faculty. The first one was the briefing session titled “Road to ImagineCup”, which provided information about the competition and also the DreamSpark programme for students.
The second activity was the hands on workshop session, “Introduction to Microsoft Azure”, which is a cloud computing platform an infrastructure that will be used as a tool for the competition.
The final session was the “Idea Validation Session”; students presented their ideas for the competition to the Microsoft representatives and in front of other students, to obtain constructive feedback about their ideas. In total, there were 70 students from UNIMAS attended the three sessions.
Competitions like ImagineCup provides several benefits to university students, like those from UNIMAS.  These competitions encourage students to learn about the latest technologies and current developments in the ICT field, and they also get a chance to test their knowledge and skills, and a valuable opportunity to improve their communication and soft skills.  
The meeting with industry players at these sessions enable students to interact and  network with students from other disciplines, and people who are already working in the ICT industry.
UNIMAS constantly supports such real world activities, and is committed to provide space and opportunities to groom ideas and talents through a myriad of mentoring programmes and trainings. 
 

 

Lima pasukan berentap dalam Regata IPT Borneo

on Tuesday, 20 October 2015 15:46.

Regata1

regata2

regata3

regata4

KOTA SAMARAHAN, 20 Oktober 2015 : Universitas Tangjungpura dari Kalimantan Barat muncul juara keseluruhan dalam kejohanan Regatta IPT Borneo 2015, yang berlangsung hujung minggu lepas.
Ini atas kejayaan pasukan berkenaan yang memenangi pingat emas bagi kedua-dua kategori yang dipertandingkan dalam kejohanan tersebut iaitu kategori perahu kenyalang campuran dan perahu kenyalang lelaki.
Manakala naib juara keseluruhan disandang secara bersama oleh Universiti Teknologi Swinburne Sarawak dan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).
Pasukan UNIMAS telah memenangi pingat gangsa bagi kategori perahu kenyalang campuran manakala Universiti Teknologi Swinburne Sarawak pula memenangi pingat gangsa bagi kategori perahu kenyalang campuran.
Sebanyak lima buah pasukan menghantar wakil masing-masing iaitu UNIMAS, Universitas Tanjungpura, Universiti Teknologi Swinburne Sarawak, Universiti Putra Malaysia (UPM) kampus Bintulu dan Institut Kemahiran Mara Kuching.
Piala dan sijil  telah diserahkan oleh Naib Canselor UNIMAS, Profesor Dato’ Dr Mohamad Kadim Suaidi kepada para pemenang dan peserta kejohanan bertempat di perkarangan tasik UNIMAS.      
Kejohanan tersebut merupakan kali pertama diadakan anjuran UNIMAS di mana bagi perahu kenyalang campuran mewajibkan empat belas pengayuh (termasuk empat wanita) manakala kategori perahu kenyalang lelaki, juga mewajibkan empat belas pengayuh termasuk seorang pengemudi.
Artikel oleh : Sarena.H.
Foto oleh    : Mohd Haimey Abd Razak
                                     

Unimas Meterai MoA Dengan Ukmmc Untuk Bangunkan Ahats Di CSC Unimas

on Tuesday, 20 October 2015 08:17.

 
KOTA SAMARAHAN, 18 Okt (Bernama) -- Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) dan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKMMC) hari ini menandatangani satu Memorandum Perjanjian (MoA) yang akan menyaksikan pembangunan sebuah pusat latihan "American Heart Association Training Site (AHATS)" di Clinical Simulation Centre (CSC) Unimas di sini tidak lama lagi.
 
Naib Canselor Unimas, Prof Datuk Mohamad Kadim Suaidi berkata di bawah perjanjian itu, pusat latihan yang dirangkaikan dengan Pusat Latihan Antarabangsa American Heart Association (AHA) di Pusat Perubatan UKM di Kuala Lumpur itu akan menawarkan kursus-kursus dan pensijilan dalam latihan sokongan hayat yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.
 
Beliau berkata ia selaras dengan objektif penubuhan CSC untuk menyediakan latihan berasaskan simulasi yang memenuhi program perubatan dan kejururawatan di bawah Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Unimas.
 
Menurutnya perjanjian hari ini merupakan peristiwa yang cukup penting bagi Sarawak, memandangkan AHATS adalah pusat latihan pertama seumpamanya dibangunkan di Malaysia Timur.
 
"Selama ini, pegawai kesihatan serta mereka yang terlibat dalam bidang keselmatan dan kesihatan dari Sarawak dan Sabah terpaksa berulang alik ke Kuala Lumpur untuk latihan dan persijilan bidang berkenaan," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Bahagian Perancangan dan Komunikasi Korporat Unimas di sini.
 
AHATS Unimas akan menyediakan akses yang lebih mudah kepada pegawai kesihatan di rantau Borneo untuk menghadiri kursus-kursus pensijilan seperti AHA Basic Life Support (BLS) for Healthcare Providers; AHA Advanced Cardiovascular Life Support (ACLS) Provider Course; dan AHA Paediatric Advanced Life Support (PALS).
 
Ia juga menyediakan kursus dan program kesedaran termasuk AHA Heartsaver� First Aid, CPR and AED (Automated External Defibrillator) kepada orang awam dan mereka yang yang memerlukan persijilan pertolongan cemas dan CPR seperti juruelektrik, jurutera, lifeguard, serta mereka yang terlibat dalam prosedur keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
 
Majlis menandatangani MoA itu berlangsung di Staff Lounge, Rumah Universiti, Unimas, di sini, dengan Unimas diwakili oleh Mohamad Kadim dan UKMMC diwakili oleh Naib Canselor UKM Prof Datuk Dr Noor Azlan Ghazali.
 
Sumber: BERNAMA

UNIMAS nyain sempekat enggau UKMCC numbuhka AHATS

on Monday, 19 October 2015 15:30.

BP4

Archive News

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Last Modified on Thursday 28 January 2016.

Jom Masuk UMinistry of FinanceJPAMalaysian GovernmentMSCMyIDEAS1Malaysiakrstemyhealth
Sitemap
| Disclaimer | Policy | Manual | Portal Guidelines | Feedback |
FAQ
Best Viewed using Mozilla Firefox Version 3+,  Google Chrome or Internet Explorer Version 9+
This website does not support mobile version.
FOR TECHNICAL inquiries / comment AbOUT this website, contact :- webmaster(at)unimas.my

Visitors Counter : 3141360

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

alexa