• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Google Street View di UNIMAS

on Friday, 15 January 2016 11:21.

google pixgooglepic2

 

Sejak seminggu lepas, Google street view driver, Syed Alfareezan meronda-ronda dan melakukan pemetaan dan pengimejan beberapa lokasi di dalam perkarangan UNIMAS. 
Antara sebab adalah UNIMAS mempunyai kawasan yang besar dan mempunyai imej-imej kemudahan yang menarik sekaligus memberi keselesaan kepada pelajar.
Pemetaan dan pengimejan di UNIMAS sekaligus dapat membantu industri pelancongan Sarawak serta memudahkan pencarian UNIMAS di dalam Google View sebagai tarikan untuk lebih ramai lagi pelajar dari dalam dan luar negara belajar di universiti ini.
Artikel oleh: Sarena Haidir
Foto oleh : Azlandy M.A.T

 

UNIMAS terima kunjungan dari pelajar Sekolah Perancis KL

on Wednesday, 13 January 2016 14:55.

France Schoolpix1
KOTA SAMARAHAN, 13 Januari 2016 :  UNIMAS menerima kunjungan istimewa daripada 23 orang pelajar dari Sekolah Perancis, Kuala-Lumpur termasuk dua orang guru bahasa Inggeris, hari ini.
Kumpulan pelajar tersebut telah diketuai oleh Cikgu Patricia Lowis dan Cikgu Mathiew David.
Cikgu Patricia Lowis mengucapkan terima-kasih atas kesudian pihak UNIMAS menerima kunjungan mereka.
Katanya, kunjungan ini akan dapat memberi pendedahan dan peluang kepada pelajar Sekolah Perancis Kuala-Lumpur, untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai UNIMAS.
“  Ini merupakan lawatan kedua saya ke UNIMAS. Saya melihat UNIMAS sebagai universiti terbaik untuk dicontohi dan banyak perkara boleh dipelajari di sini. Saya berharap pelajar kami akan mendapat pengalaman ilmu di sini,”ujarnya.
Beliau berkata, pengetahuan yang diperolehi dapat membuka minda pelajar untuk berfikir tentang meneruskan pelajaran mereka di peringkat lebih tinggi dalam bidang-bidang yang diminati terutama di UNIMAS. 
Dalam pada itu, Pengarah Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa UNIMAS, Dr.Soubakeavathi Rethinasamy telah memberi penerangan mengenai universiti ini.
Beliau mengalu-alukan kunjungan rombongan berkenaan dan berharap UNIMAS dapat menjadi salah satu universiti pilihan pelajar dari Sekolah Perancis Kuala Lumpur.
Artikel oleh : Sarena Haidir
Foto oleh : Azlandy M.A.T
 

 

Unimas research officer wins Stephen Leatherwood Award

on Wednesday, 13 January 2016 09:24.

FB Cindy

KOTA SAMARAHAN: University Malaysia Sarawak (Unimas) research officer Cindy Peter was awarded the Stephen Leatherwood Award at the 21st Marine Mammalogy Convention in San Francisco recently.

A love for whale species, especially dolphins, led the research officer from Unimas’ Biodiversity and Environmental Conservation Institute (IBEC) to win the rare award with a working paper on ‘Duplication of fishing activity and whales and dolphins species distribution in Santubong, Sarawak’.

Cindy’s working paper stood out from entries from other countries in Southeast Asia such as the Philippines, Singapore and Indonesia.

She had not expected to win as the other competitors had also presented strong working papers.

I am grateful to have won the award and thankful to Unimas and Marine Mammalogy Association for the cooperation and support throughout my participation at the convention,” she said.

The award was an opportunity for young researchers from South and Southeast Asia to present the most outstanding papers on the best methods to protect animals.

Source: Borneo Post

Pemenang sulung Anugerah J.Stephen Leatherwood :Cindy buktikan keberkatan sayangi hidupan laut

on Tuesday, 12 January 2016 09:13.

cindy1

Kota Samarahan :  Tuah dari si ikan lumba - itulah yang penulis dapatkan huraikan ke atas kejayaan Pegawai Penyelidik UNIMAS, Cindy Peter yang muncul sebagai satu-satunya pegawai UNIMAS yang berjaya mendapat Anugerah J.Stephen Leatherwood, baru-baru ini.
Berkat sayang dan cintanya kepada spesis ikan paus terutama ikan lumba-lumba atau dolfin, mendatangkan rezeki besar buat Cindy apabila memenangi anugerah yang menjadi rebutan dan jarang  disampaikan di Persidangan Mamalogi Marin Ke-21 di San Francisco  pada penghujung tahun lepas.
Cindy Peter yang merupakan seorang Pegawai Penyelidik dari Institut Kepelbagaian Biologi dan Pemuliharaan Alam Sekitar (IBEC) UNIMAS berjaya menyingkirkan beberapa penyelidik dari negara luar lain dari Selatan dan Asia Tenggara lain seperti Filipina, Singapura, Indonesia dan sebagainya yang turut menyertai pembentangan kertas kerja bagi memenangi anugerah berkenaan.
Menurut Cindy, beliau tidak menyangka akan memenangi anugerah berkenaan memandangkan pesaing-pesaing lain mempunyai kertas pembentangan yang menyakinkan manakala beliau hanyalah berkaitan pertindihan aktiviti perikanan dan distribusi spesis ikan paus dan lumba di Santubong, Sarawak.
“ Saya amat bersyukur kerana memenangi anugerah ini dan berterima kasih kepada UNIMAS dan Persatuan Mamalogi Marin atas kerjasama dan bantuan sepanjang penyertaan saya dalam persidangan ini,” katanya semasa ditemui di Institut Kepelbagaian Biologi dan Pemuliharaan Alam Sekitar (IBEC) baru-baru ini.
Anugerah berkenaan sememangnya ditunggu-tunggu kerana ia peluang untuk penyelidik muda dari Selatan mahupun Asia Tenggara membentangkan kertas kerja paling cemerlang dengan kaedah perlindungan haiwan yang baik.
Artikel oleh : Sarena Haidir
Foto oleh : Azlandy M.A.T

 

Archive News

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Last Modified on Thursday 28 January 2016.

Jom Masuk UMinistry of FinanceJPAMalaysian GovernmentMSCMyIDEAS1Malaysiakrstemyhealth
Sitemap
| Disclaimer | Policy | Manual | Portal Guidelines | Feedback |
FAQ
Best Viewed using Mozilla Firefox Version 3+,  Google Chrome or Internet Explorer Version 9+
This website does not support mobile version.
FOR TECHNICAL inquiries / comment AbOUT this website, contact :- webmaster(at)unimas.my

Visitors Counter : 3141301

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

alexa