• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Dua pelajar cemerlang Unimas terima anugerah STA

on 08 May 2013.

Dua pelajar cemerlang Unimas terima anugerah STA
(Berita ini hanya dalam Bahasa Melayu sahaja)

pelajar cemerlang UNIMAS
HO Soo Ying (empat dari kanan) dan Mugunthan Perumal (lima dari kanan) sewaktu menerima penghargaan daripada Persatuan Kayu-Kayan Sarawak di Kota Samarahan, Sarawak, baru-baru ini.

KOTA SAMARAHAN 7 Mei - Usaha dan kerja keras yang dilakukan dua penuntut Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) berjaya mendapat penghargaan daripada Persatuan Kayu-Kayan Sarawak (STA).

Unimas dalam kenyataannya di sini menyatakan, Ho Soo Ying merupakan pelajar jurusan Pengurusan Sumber dan Sains Tumbuhan di Fakulti Sains dan Sumber Teknologi memperoleh keputusan cemerlang dan Anugerah Dekan sebanyak lima kali.

"Beliau yang berasal dari Melaka juga aktif dalam aktiviti sukan badminton apabila mewakili Unimas di Sukan Mahasiswa Borneo (Sukmab), dua tahun lalu dan memenangi piala gangsa dalam Kejohanan Sukan Malaysia-Indonesia (Sukmalindo) 2010.

"Seorang lagi penuntut cemerlang yang menerima anugerah yang sama adalah Mugunthan Perumal. Beliau merupakan anak jati Sarawak berjaya mengkagumkan STA dengan projek tahun akhirnya," demikian menurut kenyataan itu.

Kenyataan tersebut memberitahu, Mugunthan melaksanakan projek bertajuk Proses Pembesaran Tumbuhan 'shorea macrophylla' yang terdapat di Hutan Simpan Sampadi.

Katanya, kejayaan kedua-dua penuntut itu membuktikan universiti berkenaan mampu melahirkan pelajar yang cemerlang dan berpotensi untuk berkhidmat dalam industri.

Sumber: Utusan Online

Archive News

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Last Modified on Thursday 28 January 2016.

Jom Masuk UMinistry of FinanceJPAMalaysian GovernmentMSCMyIDEAS1Malaysiakrstemyhealth
Sitemap
| Disclaimer | Policy | Manual | Portal Guidelines | Feedback |
FAQ
Best Viewed using Mozilla Firefox Version 3+,  Google Chrome or Internet Explorer Version 9+
This website does not support mobile version.
FOR TECHNICAL inquiries / comment AbOUT this website, contact :- webmaster(at)unimas.my

Visitors Counter : 3129466

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

alexa