• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

UNIMAS optimis hospital pengajar jadi kenyataan

on 01 July 2013.

default-news

KOTA SAMARAHAN: Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) optimis perancangan pembinaan hospital pengajar yang pernah dicadang untuk dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Ke-10, akan menjadi kenyataan dalam masa terdekat.

Menurut Naib Canselor UNIMAS Prof Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi, pihaknya menggunakan satu pendekatan bagi memastikan penubuhan hospital itu dapat direalisasikan namun enggan mengulas lanjut kerana masih di peringkat perbincangan.

“Saya tidak dapat nak dedahkan kaedah yang akan digunakan tetapi kita mahu berbincang secara giat dengan kerajaan negeri dan persekutuan agar penubuhan hospital pengajar direalisasikan dalam masa terdekat.

“Perlu diingatkan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UNIMAS adalah yang keempat ditubuhkan di negara kita dan telah wujud sejak 19 tahun lalu… maka wajar kerajaan melihat dan memberi pertimbangan sesuai untuk (turut membantu) menubuhkan hospital pengajar di UNIMAS,” katanya pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Amanat Naib Canselor 2013 UNIMAS di sini, semalam.

Hadir sama, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) Prof Dr Fatimah Abang dan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Prof Mohd Fadzil Abdul Rahman.

Menurut Kadim, pihak UNIMAS juga telah mengenal pasti beberapa tapak iaitu berhampiran Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan dalam kampus dan berdekatan Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak.

Penubuhan hospital pengajar itu katanya, akan memastikan daya saing berterusan dan meningkatkan kualiti siswazah dalam bidang perubatan dan sains kesihatan.

Menurut beliau, justeru hasrat mempunyai hospital pengajar akan diberikan keutamaan oleh pengurusan universiti tersebut bagi memastikan perancangan dapat direalisasikan dengan sokongan dan kerjasama kerajaan negeri dan Kementerian Pendidikan Malaysia.

“Dengan terbinanya kemudahan tersebut kelak, UNIMAS akan mampu menarik lebih ramai tenaga pakar perubatan, menyediakan prasarana terbaik dalam melatih bakal doktor perubatan selain mampu menyediakan khidmat perubatan dan kesihatan kepada masyarakat,” katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau turut memaklumkan bahawa Pusat Penyelidikan UNIMAS di Mukah yang bakal memberi tumpuan kepada aktiviti-aktiviti penyelidikan berkaitan dan sumber asli serta tenaga diperbaharui, akan menjadi sebuah hab penyelidikan penting di kawasan pembangunan Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE).

“Pusat Penyelidikan UNIMAS Mukah akan menjadi tumpuan utama kepada aktiviti-aktiviti penyelidikan yang menyumbang terus kepada kemajuan dan pembangunan SCORE seperti dirancang,” katanya.

Sementara itu, Kadim memberitahu bahawa kurikulum sedia ada akan disemak agar graduan yang lahir daripada UNIMAS adalah berkualiti, berdikari dan mempunyai kreativiti tinggi bagi memastikan kebolehpekerjaan termasuk di peringkat antarabangsa.

Setakat ini, UNIMAS mempunyai seramai 373 pelajar antarabangsa daripada 44 negara seluruh dunia, namun bilangan itu masih kurang daripada kadar 10 peratus jumlah unjuran pengambilan pelajar yang disasarkan.

“Dengan penekanan kepada pendekatan lebih komprehensdif dan promosi untuk memperkenal UNIMAS di segmentasi pasaran berbeza termasuk inisiatif terbaharu untuk menawarkan program-program bidang kejuruteraan UNIMAS kepada pelajar antarabangsa, diharap ia akan mempercepatkan usaha mencapai sasaran tersebut pada masa depan,” katanya.

 

Source: Borneo Post Online

Archive News

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Last Modified on Thursday 28 January 2016.

Jom Masuk UMinistry of FinanceJPAMalaysian GovernmentMSCMyIDEAS1Malaysiakrstemyhealth
Sitemap
| Disclaimer | Policy | Manual | Portal Guidelines | Feedback |
FAQ
Best Viewed using Mozilla Firefox Version 3+,  Google Chrome or Internet Explorer Version 9+
This website does not support mobile version.
FOR TECHNICAL inquiries / comment AbOUT this website, contact :- webmaster(at)unimas.my

Visitors Counter : 3112120

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

alexa