• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Persidangan kedua Alfred Wallace pada 7-8 Nov depan

on 08 July 2013.

Persidangan kedua Alfred Wallace pada 7-8 Nov depan

KUCHING: Persidangan Antarabangsa Kedua mengenai Alfred Russel Wallace akan diadakan pada 7 dan 8 November tahun ini di sebuah hotel terkemuka di sini.

Persidangan anjuran bersama Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Jabatan Muzium Sarawak dan Jabatan Hutan Sarawak antara lain bertujuan menghimpunkan pakar-pakar sejarah, saintis alam semula jadi, ekologi, botani, pengurusan taman dan profesion lain untuk berkongsi pengalaman mengenai ekologi, evolusi dan pengurusan sumber di rantau ini.

Beberapa penceramah terkemuka akan membentangkan kertas kerja mereka, antaranya Earl of Cranbook, Profesor Yong Hoi Sen, Profesor Charles H. Smith dan Paul Spencer Sochaczewski.

Selain bersidang para delegasi juga berpeluang mengadakan lawatan ke Gunung Serambu, lokasi koleksi Wallace ditemui di negeri ini.

Lawatan anjuran Jabatan Muzium Sarawak itu akan bermula dari Tebingan Kuching melayari Sungai Sarawak menuju ke Pekan Siniawan, Bau seterusnya menaiki bas ke perkampungan Bidayuh, Peninjau Lama di kaki Gunung Serambu.

Mereka yang berminat untuk menyertai persidangan ilmiah itu boleh menghubungi pegawai Jabatan Muzium Sarawak menerusi e-mel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. (Louise Macul) atau This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. (Dr Charles Leh).

Source: Borneo Post Online

Archive News

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Last Modified on Thursday 28 January 2016.

Jom Masuk UMinistry of FinanceJPAMalaysian GovernmentMSCMyIDEAS1Malaysiakrstemyhealth
Sitemap
| Disclaimer | Policy | Manual | Portal Guidelines | Feedback |
FAQ
Best Viewed using Mozilla Firefox Version 3+,  Google Chrome or Internet Explorer Version 9+
This website does not support mobile version.
FOR TECHNICAL inquiries / comment AbOUT this website, contact :- webmaster(at)unimas.my

Visitors Counter : 3141349

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

alexa