• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

UNIMAS Perbaiki Kedudukan Dalam Webometrics Asia Tenggara

on 17 February 2014.

UNIMAS Perbaiki Kedudukan Dalam Webometrics Asia Tenggara

webometerics-unimas

Kuching, Januari 2014 : Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) telah berjaya memperbaiki kedudukan sebagai universiti terbaik bagi kategori Asia Tenggara dalam Webometrics Ranking Web of World Universities, yang dikeluarkan pada 13 Januari 2014.

Dalam senarai terbaru yang diumumkan, UNIMAS telah berjaya melonjak ke  tangga ke-16, yakni meningkat empat anak tangga berbanding kedudukan ke-20, pada tempoh yang sama tahun lepas.

Bagaimanapun, hasil kajian yang sama bagi kategori universiti dunia, UNIMAS menampakkan penurunan anak tangga iaitu 2425 berbanding di tangga 2329, pada tahun lepas.

Webometric merupakan sistem yang mengukur dan memberi penilaian kepada kemajuan dan interaktif laman web (website) universiti yang tersenarai.

Ia merupakan pengukuran interaktif laman web universiti yang menjurus kepada ruang lingkup teknologi maklumat dan jaringan internet universiti yang tersenarai.
Sehingga kini, terdapat 20,000 universiti di seluruh dunia telah tersenarai di dalam kajian berkenaan dengan penarafan dilakukan berdasarkan dua penanda aras iaitu visibility (50%) yang melibatkan impact dan activity (50%) melibatkan presence, openness dan excellence.

Hasil kajian Webometrics Ranking Web of World Universities akan dikeluarkan dua kali iaitu pada bulan Januari dan Julai setiap tahun.

Sumber: Bahagian Perancangan Dan Komunikasi Korporat, Universiti Malaysia Sarawak
Ditulis Oleh: Sarena Haidir

Archive News

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Last Modified on Thursday 28 January 2016.

Jom Masuk UMinistry of FinanceJPAMalaysian GovernmentMSCMyIDEAS1Malaysiakrstemyhealth
Sitemap
| Disclaimer | Policy | Manual | Portal Guidelines | Feedback |
FAQ
Best Viewed using Mozilla Firefox Version 3+,  Google Chrome or Internet Explorer Version 9+
This website does not support mobile version.
FOR TECHNICAL inquiries / comment AbOUT this website, contact :- webmaster(at)unimas.my

Visitors Counter : 3132368

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

alexa