• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

UNIMAS menyambut pelajar baharu

on 14 February 2014.

UNIMAS menyambut pelajar baharu

mip-unimas1

mip-unimas2

Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) telah mengadakan Minggu Aluan Pelajar (MAP) untuk pelajar ambilan Februari bagi sesi 2013/2014 selama seminggu pada 10 hingga 14 Februari 2014, bermula dari hari pertama melapor diri sebagai siswa-siswi UNIMAS. Seramai  119 pelajar baru telah mendaftar, termasuk 48 orang pelajar antarabangsa dari Bangladesh, Indonesia, Arab Saudi, China, Tajikistan, Republik Kyrgyz dan Afghanistan. Fakulti yang terlibat dengan pengambilan pelajar baru ialah  Fakulti Sains Kongnitif dan Pembangunan Manusia (FSKPM), Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM), Fakulti Sains dan Teknologi Sumber (FSTS), Fakulti Sains Sosial (FSS), Fakulti Ekonomi dan Perniagaan (FEP) dan Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif (FSGK).

MAP diadakan untuk mengalu-alukan kedatangan pelajar-pelajar baru bagi ambilan Februari sesi 2013/2014 dan juga untuk memberi pendedahan awal tentang kehidupan sebagai siswa-siswi. Pelajar-pelajar ini ditempatkan di tiga  Kolej Kediaman iaitu Kolej Allamanda, Kolej Sakura dan Kolej Cempaka.

Acara kemuncak Minggu Aluan Pelajar kali ini ialah Majlis Ikrar Pelajar (MIP) yang diadakan pada hari Jumaat, 14 Februari 2014 di Dewan Tunku Abdul Rahman Putra (DeTAR PUTRA).

Majlis ini disempurnakan oleh YB Datuk Haji Fadillah bin Haji Yusuf, diiringi YBhg Datu Dr Hatta Solhi, Pengerusi Lembaga Pengarah UNIMAS, YBhg Prof Dato’ Dr Mohamad Kadim Suaidi, Naib Canselor UNIMAS, serta Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Pengarah, Dekan, pegawai-pegawai universiti dan warga kampus.

Di Majlis Ikrar Pelajar tersebut, siswa dan siswi baru melafazkan  janji untuk mematuhi segala Akta, Perlembagaan, Statut dan Peraturan Universiti serta beriltizam untuk mengambil manfaat dari segala peluang yang terdapat di UNIMAS bagi mencapai kecemerlangan di samping sedaya upaya menjaga imej dan nama baik universiti.

Sumber: Bahagian Perancangan Dan Komunikasi Korporat, Universiti Malaysia Sarawak
Ditulis Oleh: Sarena Haidir; Foto Oleh: Azlandy Mohammid Ali Tuah

Archive News

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Last Modified on Thursday 28 January 2016.

Jom Masuk UMinistry of FinanceJPAMalaysian GovernmentMSCMyIDEAS1Malaysiakrstemyhealth
Sitemap
| Disclaimer | Policy | Manual | Portal Guidelines | Feedback |
FAQ
Best Viewed using Mozilla Firefox Version 3+,  Google Chrome or Internet Explorer Version 9+
This website does not support mobile version.
FOR TECHNICAL inquiries / comment AbOUT this website, contact :- webmaster(at)unimas.my

Visitors Counter : 3141395

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

alexa