• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

UNIMAS akan terus perbaiki kedudukan dalam Webometrics

on 20 February 2014.

UNIMAS akan terus perbaiki kedudukan dalam Webometrics

IMG 1013
Encik Harun Maksom bersama Naib Canselor UNIMAS semasa lawatan beliau ke Pusat Data, PKTMK hari ini.

KOTA SAMARAHAN, Khamis: Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) akan terus mempelbagaikan usaha bagi memperbaiki kedudukan di dalam Webometrics Ranking Web of World Universities dari masa ke semasa.

Pengarah Pusat Khidmat Teknologi Maklumat dan Komunikasi UNIMAS, UNIMAS, Encik Harun Maksom berkata, pihaknya telah merangka pelbagai perancangan ke arah itu antaranya mengadakan pertandingan ‘microsite’ terbaik pada tahun ini.

Beliau berkata, pertandingan tersebut akan diadakan dalam dua kategori iaitu akademik dan bukan akademik.

“Pertandingan ini sebagai satu galakan kepada setiap bahagian, fakulti, pusat dan institut di universiti ini untuk bersaing dengan meningkatkan kandungan termasuk dokumen dalam pelbagai format berkaitan jabatan masing-masing,” katanya lagi.

Beliau berkata, pihaknya juga akan menyediakan khidmat ‘web hosting’ yang bertujuan sebagai landasan untuk pelajar membangunkan laman web sendiri selain menampakkan visibiliti UNIMAS di mata dunia.

Katanya, manakala bagi staf akademik UNIMAS akan disediakan laman web yang memaparkan profil dan maklumat lain yang berkaitan untuk dijadikan rujukan kepada umum.

Laman-laman web ini, jelas beliau, mempunyai pautan balik kepada Portal Rasmi UNIMAS yang mana boleh membantu meningkatkan mata dalam pengiraan webometrics.

Menyentuh mengenai pencapaian UNIMAS dalam Webometrics Ranking Web of World Universities, Encik Harun berkata, ia merupakan kejayaan bersama semua pihak dalam UNIMAS.

Katanya, sebelum ini, CICTS telah menubuhkan pasukan petugas untuk melaksanakan program yang boleh memberi galakan kepada semua Pusat Tanggungjawab (PTj) dan staf dalam repositori universiti selain meningkatkan pautan dari luar ke laman web UNIMAS.

“Kedudukan ini merupakan satu kebanggaan kepada UNIMAS kerana berjaya meletakkan diri sebagai universiti terbaik di mata dunia,” katanya lagi.

Sementara itu, keputusan webometrics baru-baru ini meletakkan UNIMAS sebagai universiti ke-16 terbaik bagi Asia Tenggara.

Kedudukan tersebut menampakkan peningkatan buat UNIMAS iaitu dari kedudukan ke-20 pada tahun lepas kepada kedudukan ke-16, untuk tahun ini.

Bagaimanapun, hasil kajian yang sama bagi kategori universiti dunia, UNIMAS menampakkan penurunan anak tangga iaitu 2425 berbanding di tangga 2329, pada tahun lepas.

Webometric merupakan sistem yang mengukur dan memberi penilaian kepada kemajuan dan interaktif laman web (website) universiti dan mempunyai lebih 20,000 universiti seluruh dunia  yang tersenarai di dalamnya.

Penarafan dilakukan berdasarkan dua penanda aras iaitu visibility (50%) yang melibatkan impact dan activity (50%) melibatkan presence, openness dan excellence dan keputusan dikeluarkan pada setiap bulan Januari dan Julai setiap tahun.

Sumber: Bahagian Perancangan Dan Komunikasi Korporat, Universiti Malaysia Sarawak
Ditulis Oleh: Sarena Haidir; Foto Oleh: Azlandy Mohammid Ali Tuah

Archive News

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Last Modified on Thursday 28 January 2016.

Jom Masuk UMinistry of FinanceJPAMalaysian GovernmentMSCMyIDEAS1Malaysiakrstemyhealth
Sitemap
| Disclaimer | Policy | Manual | Portal Guidelines | Feedback |
FAQ
Best Viewed using Mozilla Firefox Version 3+,  Google Chrome or Internet Explorer Version 9+
This website does not support mobile version.
FOR TECHNICAL inquiries / comment AbOUT this website, contact :- webmaster(at)unimas.my

Visitors Counter : 3134869

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

alexa