• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

UNIMAS anjur Program Sepagi Berbasikal

on 22 February 2014.

 UNIMAS anjur Program Sepagi Berbasikal

basikal1
Naib Canselor UNIMAS, Profesor Dato’ Dr Mohamad Kadim Suaidi bergambar bersama peserta sebelum program bermula.

basikal2
Naib canselor mengetuai Program Sepagi Berbasikal, turut kelihatan TNC HEPA Prof Mohd Fadzil dan Tn Hj Abu Bakar Ibrahim, Pendaftar UNIMAS

KOTA SAMARAHAN, Jumaat : Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) menganjurkan Program Sepagi Berbasikal bersama Prof Dato’ Dr Ir Zaini Ujang, Ketua Setiausaha II, Kementerian Pendidikan Malaysia dan pelajar UNIMAS.

Walau bagaimanapun, hujan dan tanpa kehadiran Ketua Setiausaha II atas sebab tertentu tidak mematahkan semangat mereka dan program tersebut tetap diteruskan oleh Naib Canselor UNIMAS, Profesor Dato’ Dr Mohamad Kadim Suaidi dan pengurusan tertinggi UNIMAS.

Turut serta dalam program tersebut Prof Mohd Fadzil Abdul Rahman Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Pendaftar, Tuan Haji Abu Bakar Ibrahim beserta hampir 50 orang pelajar.

Program tersebut bermula di hadapan bangunan Hal Ehwal Pelajar dan berakhir di Student Pavilion.

Dalam pada itu, Profesor Dato’ Dr Mohamad Kadim Suaidi juga mencadangkan supaya program ini diadakan sekali sebulan dan dijadikan sebagai program riadah bersama pengurusan dan pelajar.

Foto & Artikal oleh Azlandy Mohammid Ali Tuah (Bahagian Perancangan & Komunikasi Korporat)

 

Archive News

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Last Modified on Thursday 28 January 2016.

Jom Masuk UMinistry of FinanceJPAMalaysian GovernmentMSCMyIDEAS1Malaysiakrstemyhealth
Sitemap
| Disclaimer | Policy | Manual | Portal Guidelines | Feedback |
FAQ
Best Viewed using Mozilla Firefox Version 3+,  Google Chrome or Internet Explorer Version 9+
This website does not support mobile version.
FOR TECHNICAL inquiries / comment AbOUT this website, contact :- webmaster(at)unimas.my

Visitors Counter : 3141397

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

alexa