• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

UNIMAS Anjur Persidangan Kejururawatan

on 22 February 2014.

UNIMAS  Anjur Persidangan Kejururawatan

medic conf 14i

medic conf 14

Kota Samarahan.: Pelajar tahun akhir kejururawatan daripada Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Malaysia Sarawak telah berjaya menganjurkan 5th UNIMAS Nursing Conference bertemakan  “Nurses: A force for change-A vital resource for health”. Persidangan ini telah dirasmikan oleh  YBhg Profesor Mohd Fadzil Abdul Rahman, Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) pada  hari ini, mewakili Naib Canselor. Persidangan ini berlangsung selama dua hari di Dewan Tunku Abdul Rahman Putra UNIMAS. Ia turut disertai oleh 750 jumlah peserta yang terdiri daripada kalangan pelajar kejururawatan serta jururawat-jururawat dari pelbagai institusi di seluruh Malaysia.

Antara objektif persidangan ini adalah untuk membincangkan peranan jururawat dalam sektor kesihatan serta memperkasakan bidang kejururawatan dari segi pembelajaran, latihan dan kajian. Selain itu, peserta juga berpeluang untuk mengasah bakat kepimpinan dan melakukan perubahan demi  meningkatkan mutu perkhidmatan terutamanya dalam sumber kesihatan.

Ucap utama disampaikan oleh Profesor Madya Dr Khatijah Lim, Ketua Jabatan Kejururawatan Universiti Malaya. Beliau menekankan kepentingan dan cabaran yang dihadapi dalam sistem pembelajaran kejururawatan di Malaysia. Katanya,  jururawat harus terus mencapai tahap pendidikan dan latihan praktikal yang tinggi untuk meningkatkan pertumbuhan intelektual yang disegani dan mampan di bidang kejururawatan.

Dalam forum yang sama, Dr Chan Kim Geok , pensyarah kejururawatan UNIMAS juga telah berkongsi pengalaman beliau dengan para peserta, Jelas beliau, persekitaran kerja yang positif penting semasa bekerja kerana ia faktor utama yang mempengaruhi mutu  penjagaan dan perkhidmatan.

Foto oleh Hj Bujang Mohamad || Artikal oleh : Bahagian Perancangan & Komunikasi Korporat

 

Archive News

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Last Modified on Thursday 28 January 2016.

Jom Masuk UMinistry of FinanceJPAMalaysian GovernmentMSCMyIDEAS1Malaysiakrstemyhealth
Sitemap
| Disclaimer | Policy | Manual | Portal Guidelines | Feedback |
FAQ
Best Viewed using Mozilla Firefox Version 3+,  Google Chrome or Internet Explorer Version 9+
This website does not support mobile version.
FOR TECHNICAL inquiries / comment AbOUT this website, contact :- webmaster(at)unimas.my

Visitors Counter : 3138141

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

alexa