• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

13 rakan kongsi bincang ‘Inovasi dan Penyelidikan Yang Bertanggungjawab’

on 20 February 2014.

13 rakan kongsi bincang ‘Inovasi dan Penyelidikan Yang Bertanggungjawab’

KUCHING: Seramai 13 rakan kongsi daripada institusi negara Kesatuan Eropah dan bukan Kesatuan Eropah termasuk Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) akan bekerjasama membincangkan ‘Inovasi dan Penyelidikan Yang Bertanggungjawab’ (RRI).

Ia akan dibincangkan dalam Bengkel Inovasi Tanggungjawab Perniagaan Pertama Asia Pasifik (FARBI) 2014 selama dua hari bermula hari ini (20 Februari) hingga esok (21 Februari) di Hotel Merdeka Palace, di sini.

Peserta-peserta FARBI merangkumi penyelidik, saintis, profesional, pencipta, pembuat dasar, perwakilan industri, golongan teknologi serta masyarakat awam.

Menurut Koordinator Projek ‘Responsibity’ Eropah Dr Ing. Zaharya Menevidis, bengkel itu akan memfokuskan tanggungjawab perniagaan yang berperanan membenarkan sebarang inovasi mahupun ciptaan yang tidak hanya memberi penekanan kepada Eropah, malah juga kepada Asia dan Malaysia.

Katanya hasil perbincangan melalui bengkel itu akan digunakan sebagai alat pembelajaran bagi meningkatkan pemahaman masyarakat mengenai isu yang berkaitan RRI.

“Bengkel ini akan memberi penekanan kepada bagaimana tanggungjawab perniagaan menjadi sesuatu yang penting dalam membenarkan inovasi dan ciptaan.

“Melalui penyatuan pendapat daripada pelbagai profesional yang mengikuti bengkel ini kelak, ia diharap dapat memberi pemahaman serta mencapai sebulat suara bagaimana RRI dapat diaplikasi dalam kehidupan masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan latar belakang bengkel FARBI, semalam.

Salah seorang peserta bengkel, Pensyarah University De’ Namur dari Perancis Dr Philippe Goujon berkata, teknologi yang membangun pada masa kini disifatkan pantas namun inovasinya harus sejajar dengan pemuliharaan aspek budaya.

“Sebagai peserta bengkel, kita akan mencari jalan untuk menghubungkan inovasi teknologi agar terus seiiring dengan pemuliharaan budaya sedia ada.

“Meskipun dunia sekarang ditakrif sebagai dunia global, aspek budaya tidak harus dilupakan begitu sahaja,” katanya.

RRI diperkenal di peringkat Eropah bertujuan mengenal pasti pendekatan yang dapat diguna pakai bagi menghubungkan teknologi dan masyarakat sekitar selain menjadi teknologi baharu yang membolehkan masyarakat bekerjasama dengan inovasi.

Antara disiplin yang turut menjadi penekanan sepanjang bengkel itu berlangsung ialah kesihatan, pertanian, bioteknologi, persekitaran, sosioekonomi, pengangkutan, ruang dan tenaga.

Hadir sama Naib Canselor UNIMAS Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi, Pengerusi Bengkel FARBI Dr Rohaya Mohd Nor serta Pegawai Perhubungan Media ‘Responsibility’ Elena Tavlaki.

Sumber: The Borneo Post

Archive News

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Last Modified on Thursday 28 January 2016.

Jom Masuk UMinistry of FinanceJPAMalaysian GovernmentMSCMyIDEAS1Malaysiakrstemyhealth
Sitemap
| Disclaimer | Policy | Manual | Portal Guidelines | Feedback |
FAQ
Best Viewed using Mozilla Firefox Version 3+,  Google Chrome or Internet Explorer Version 9+
This website does not support mobile version.
FOR TECHNICAL inquiries / comment AbOUT this website, contact :- webmaster(at)unimas.my

Visitors Counter : 3112078

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

alexa