• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Amanat Naib Canselor 2014 "Menggalas Amanah Memacu Kegemilangan"

on 25 February 2014.

Amanat Naib Canselor 2014 "Menggalas Amanah Memacu Kegemilangan"

amanat-1429 
Staff UNIMAS menggunakan sistem kad pintar untuk merekod kehadiran meraka

amanat-1470
Naib Canselor menuju ke Arena Gemilang

amanat-1485

amanat-1487

amanat-1506

Kota Samarahan – Majlis Amanat Naib Canselor telah diadakan di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) pagi ini di Dewan Tunku Abdul Rahman Putra (DeTAR Putra), dan ucapan amanat telah disampaikan oleh Naib Canselor UNIMAS, Profesor Dato’ Dr Mohamad Kadim Suaidi. Amanat Naib Canselor 2014 bertemakan “Menggalas Amanah Memacu Kegemilangan”, suatu harapan yang mempunyai kesinambungan kepada visi dan misi UNIMAS untuk menjadi universiti pilihan di rantau ini. Amanat Naib Canselor tersebut telah menyingkap kejayaan UNIMAS pada tahun 2013, termasuk memenangi pelbagai anugerah di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.  Tahun 2013 juga telah mencatatkan perolehan dana tertinggi yang pernah dicapai oleh para penyelidik UNIMAS setakat ini, iaitu sebanyak RM37 juta.

Sebagai sebuah universiti komprehensif, Amanat Naib Canselor tersebut telah mengumumkan inisiatif pengurusan untuk memperkasakan semua program akademik yang ditawarkan. Setakat ini, 41 program akademik di peringkat prasiswazah ditawarkan, dan dua program baharu akan mula ditawarkan pada ambilan sesi September 2014/15 nanti.

Menurut Profesor Dato’ Dr Kadim, setiap warga UNIMAS amat penting kepada universiti, dan justeru itu, beliau mengumumkan beberapa insentif menarik untuk staf, seperti kemudahan taska untuk anak-anak staf universiti, dan kemudahan pinjaman motosikal dan komputer, melalui UNIMAS Holdings Sdn Bhd, anak syarikat penuh UNIMAS.

Untuk tahun 2014, amanat tersebut menekankan penghayatan konsep “Doing More with Less”. Staf digalakkan menggunakan kreativiti dan inovasi kerja berkumpulan, dan menggunakan khidmat online sebanyak mungkin, untuk memaksimumkan kemudahan sedia ada.

Sumber : Bahagian Perancangan & Komunikasi Korporat || Foto : Azlandy Mohammid Ali Tuah

Foto lanjut sila lawati FB UNIMAS

Archive News

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Last Modified on Thursday 28 January 2016.

Jom Masuk UMinistry of FinanceJPAMalaysian GovernmentMSCMyIDEAS1Malaysiakrstemyhealth
Sitemap
| Disclaimer | Policy | Manual | Portal Guidelines | Feedback |
FAQ
Best Viewed using Mozilla Firefox Version 3+,  Google Chrome or Internet Explorer Version 9+
This website does not support mobile version.
FOR TECHNICAL inquiries / comment AbOUT this website, contact :- webmaster(at)unimas.my

Visitors Counter : 3141349

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

alexa