• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Unimas jadi universiti pilihan

on 05 March 2014.

Unimas jadi universiti pilihan

KOTA SAMARAHAN 4 Mac - Seluruh warga Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) perlu membina kecemerlangan untuk mara sebagai sebuah universiti pilihan.

Naib Canselor Unimas, Prof. Datuk Dr. Mohamad Kadim Suaidi berkata, bagi mencapai hasrat itu, Unimas perlu menampilkan wataknya yang tersendiri, memudah cara dan tidak stereotaip serta tidak dibayangi mana-mana institusi pengajian tinggi (IPT) lain.

Justeru katanya, menerusi kesatuan minda dan tindakan, Unimas akan seiring dalam memastikan Pelan Strategik Unimas 2011-2015 berada dalam pelaksanaan yang jitu.

"Bagi memastikan kemajuan kerjaya akademik yang sistematik, Unimas telah memperkenalkan Kriteria Kenaikan Pangkat Baharu Mengikut Trek untuk Kakitangan Akademik agar pengiktirafan yang wajar dapat diberikan kepada staf yang berbakat.

"Kita juga telah menaik taraf Unit Latihan dan Unit Cuti Belajar, Bahagian Pembangunan dan Pengurusan Sumber Manusia kepada Bahagian Pembangunan Modal Insan pada awal tahun ini dengan memberi tumpuan kepada program latihan yang lebih sistematik," katanya.

Beliau berkata demikian dalam Amanat Naib Canselor Unimas 2014 yang bertemakan Menggalas Amanah Memacu Kegemilangan yang disampaikan di Dewan Tuanku Abdul Rahman Putra (DeTAR Putra) di sini baru-baru ini.

Sebagai sebuah universiti komprehensif, Mohamad Kadim turut mengumumkan inisiatif pengurusan untuk memperkasakan semua program akademik yang ditawarkan di Unimas.

Katanya, setakat ini, 41 program akademik di peringkat prasiswazah ditawarkan dan dua program baharu akan ditawarkan bagi sesi pengambilan September 2014/2015.

Mengulas lanjut Mohamad Kadim berkata, hala tuju pembangunan akademik adalah sangat penting untuk mengukur corak kemajuan ilmiah di Unimas.

Katanya, di bawah portfolio Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), lima fokus penting yang telah disenaraikan adalah penambahbaikan kualiti program akademik; kebolehpasaran graduan; kecemerlangan dalam penyelidikan dan inovasi serta pengajaran dan pembelajaran.

Sumber: Utusan Online

 

Archive News

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Last Modified on Thursday 28 January 2016.

Jom Masuk UMinistry of FinanceJPAMalaysian GovernmentMSCMyIDEAS1Malaysiakrstemyhealth
Sitemap
| Disclaimer | Policy | Manual | Portal Guidelines | Feedback |
FAQ
Best Viewed using Mozilla Firefox Version 3+,  Google Chrome or Internet Explorer Version 9+
This website does not support mobile version.
FOR TECHNICAL inquiries / comment AbOUT this website, contact :- webmaster(at)unimas.my

Visitors Counter : 3135028

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

alexa