• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Unimas rangkul pelbagai anugerah dalam Ekspo Teknologi Malaysia

on 05 March 2014.

Unimas rangkul pelbagai anugerah dalam Ekspo Teknologi Malaysia

KOTA SAMARAHAN 4 Mac - Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) berjaya membawa pulang beberapa anugerah dalam Ekspo Teknologi Malaysia (MTE) yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur baru-baru ini.

Bahagian Perancangan dan Komunikasi Korporat Unimas dalam kenyataan berkata, Unimas mengetengahkan 12 produk pembangunan dan penyelidikan dalam program yang berlangsung selama dua hari, bermula 20 Februari lalu.

Katanya, daripada jumlah tersebut, Unimas berjaya membawa pulang dua anugerah khas, dua emas, tiga perak dan empat gangsa.

"Produk WikiTours: Mencapai Publisiti Perniagaan Pelancongan Melalui Ruang Integrasi yang diketuai Prof. Madya Lo May Chiun telah mendapat pingat emas untuk Unimas.

"Projek itu turut meraih dua anugerah khas iaitu Anugerah Terkemuka Inovasi yang diberi Pejabat Paten dan Pingat Emas Jepun," katanya dalam kenyataan di sini baru-baru ini.

Tambahnya, penyumbang emas kedua pula dimenangi Dr. Noor Alamshah Bolhassan melalui penyelidikan bertajuk `Ecodemia: Sistem Pengurusan Bersepadu Organisasi Pembelajaran’.

Katanya, pingat perak pula dimenangi menerusi I-Basikal Transit Buluh hasil kajian Prof. Dr. Khairul Aidil Azlin; e- TORO: Sistem Pengurusan Pengetahuan Botani Asli Daripada Kaum Penan (Prof. Dr. Narayanan Kulathuramaiyer) dan Mengukur Turun Naik Kitaran Perniagaan: Perintis Alternatif Kepada Krisis Ekonomi (Prof. Madya Dr. Puah Chin Hong).

Sementara itu, empat pingat gangsa pula berjaya dirangkul melalui Silcat 2.0: Eko-Pemangkin untuk Pengeluaran Biodiesel yang Efisien (Prof. Madya Dr. Zainab Ngaini) dan Agri BioActiv - SF: Agen

Kawalan Biologi Hijau Dan Bio Baja untuk Penyelesaian Organik (Prof. Madya Dr. Awang Ahmad Sallehin Awang Husaini).

Dua lagi pemenang menerusi penyelidikan Magnetik Selulosa Aerogel Dengan Kapasiti Penyerapan Minyak Tinggi (Dr. Chin Suk Fun) dan Leximinds 2.0 - Aplikasi Pembelajaran Perbendaharaan Kata Adaptif Bergerak (Chuah Kee Man).

MTE merupakan acara tahunan yang mempamerkan hasil ciptaan dan inovasi kepada kumpulan sasaran seperti pelawat perdagangan.

Sejak penubuhannya pada 2001, MTE telah menjadi peneraju ekspo ciptaan dan inovasi antarabangsa di rantau ini iaitu penyelidik, saintis dan pereka cipta dari sektor awam, pengamal industri, institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) dan individu mempunyai peluang untuk mempamerkan projek penyelidikan mereka.

Sumber: Utusan Online

 

Archive News

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Last Modified on Thursday 28 January 2016.

Jom Masuk UMinistry of FinanceJPAMalaysian GovernmentMSCMyIDEAS1Malaysiakrstemyhealth
Sitemap
| Disclaimer | Policy | Manual | Portal Guidelines | Feedback |
FAQ
Best Viewed using Mozilla Firefox Version 3+,  Google Chrome or Internet Explorer Version 9+
This website does not support mobile version.
FOR TECHNICAL inquiries / comment AbOUT this website, contact :- webmaster(at)unimas.my

Visitors Counter : 3141321

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

alexa