• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

PILIHAN TEPAT Pelajar Sokong Pelantikan Ketua Menteri

on 05 March 2014.

PILIHAN TEPAT Pelajar Sokong Pelantikan Ketua Menteri

pic1-600
" Harap banyak bantuan untuk pelajar..." Zakaria

pic2-600
"Pemilihan tepat..." James Leom

pic4-600
" Pengalaman luas..." Norhaliza

DSC 9979-600
"Perubahan positif..." Elizabeth

KOTA SAMARAHAN, 5 Mac 2014 – Pemilihan Tan Sri Datuk Amar Haji Adenan Haji Satem sebagai Ketua Menteri Sarawak yang baharu menggantikan Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud, mendapat respon yang baik daripada golongan pelajar UNIMAS.

Rata-rata pelajar UNIMAS yang ditemui hari ini menyatakan sokongan dengan pemilihan Tan Sri Adenan yang dilihat dapat memberi nafas baru kepada pembangunan negeri sekaligus manfaat kepada golongan pelajar.

Zakaria Ismail, pelajar dari Fakulti Sains dan Teknologi Sumber (FSTS) berkata pemilihan Tan Sri Adenan sebagai Ketua Menteri adalah tepat kerana beliau mempunyai pengalaman yang luas. “Beliau seorang yang bijak dan baik hati. Apatah lagi dengan pengalaman yang luas di pelbagai kementerian sama ada peringkat persekutuan dan negeri, maka tidak mustahil beliau boleh mentadbir negeri ini dengan lebih baik,” katanya.

Beliau turut berharap akan lebih banyak lagi bantuan dan sokongan disalurkan untuk golongan pelajar seperti beliau memandangkan Tan Sri Adenan juga adalah Pengerusi Yayasan Sarawak. Manakala James Leom ak Dugun, pelajar dari Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif (FSGK), pula beranggapan cara pemilihan yang dibuat oleh Pehin Sri Taib adalah teratur dan adil.

“Saya amat berpuashati dengan pemilihan Tan Sri Adenan sebagai Ketua Menteri. Keputusan yang dibuat oleh Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud adalah tepat dan adil,” sambung beliau lagi. Elizabeth anak Columbus Sidi dari Fakulti Sains Sosial (FSS) pula percaya Tan Sri Adenan akan membawa perubahan kepada negeri ini.

“Saya berharap Ketua Menteri dapat meneruskan kecemerlangan pimpinan Pehin Sri Taib terutama dalam soal perpaduan rakyat di Sarawak,” katanya.

Sementara Norhaliza Yusuf, juga pelajar FSS percaya perlantikan Dato Sri Adenan sebagai Ketua Menteri dapat menganjakkan lagi pembangunan di negeri ini.

Beliau yang berasal dari Belaga berharap agenda pembangunan Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui Sarawak (SCORE) yang diilhamkan oleh Pehin Sri Taib diteruskan dengan jayanya.

Pada 3 Mac lepas, Dato Seri Adenan Haji Satem telah memulakan tugas beliau sebagai Ketua Menteri Sarawak yang baharu menggantikan Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

Perlantikan tersebut dibuat selepas Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud mengumumkan pengunduran diri sebagai Ketua Menteri Sarawak setelah memegang jawatan berkenaan sejak 33 tahun lepas.

Artikel Oleh :Sarena Heidir || Gambar Oleh : bujang Mohamad || Bahagian Perancangan & Komunikasi Korporat

Archive News

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Last Modified on Thursday 28 January 2016.

Jom Masuk UMinistry of FinanceJPAMalaysian GovernmentMSCMyIDEAS1Malaysiakrstemyhealth
Sitemap
| Disclaimer | Policy | Manual | Portal Guidelines | Feedback |
FAQ
Best Viewed using Mozilla Firefox Version 3+,  Google Chrome or Internet Explorer Version 9+
This website does not support mobile version.
FOR TECHNICAL inquiries / comment AbOUT this website, contact :- webmaster(at)unimas.my

Visitors Counter : 3134990

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

alexa