• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Kembara IPT Kenyalang Siri-2

on 06 March 2014.

Kembara IPT Kenyalang Siri-2

Kota Samarahan: Program Kembara IPT Kenyalang (KIK_ Siri 2 akan berlangsung selama tiga hari bermula 7 hingga 9 Mac akan datang dengan tema “ KIK Pulang Berbakti”.

Program tersebut yang akan diadakan di Kampung Simunjan, Sarawak merupakan anjuran bersama Jawatankuasa Perwakilan Kolej Seroja dan Jawatankuasa Program Kembara IPT Kenyalang.

Ia merupakan kesinambungan daripada KIK siri satu yang diadakan tahun lepas dan dijangka akan diperluaskan di peringkat daerah lain untuk mencapai matlamat bagi menawan Borneo dan menabur bakti di setiap kawasan yang dilawati.

Program kali ini tidak berbeza seperti dilakukan sebelum ini  dengan mengekalkan konsep yang sama iaitu memberi peluang kepada mahasiswa untuk berkhidmat kepada masyarakat  setempat.

Objektif utama program adalah untuk mengasah kebolehan serta kredibiliti mahasiswa dalam aspek pengurusan program yang bersifat komuniti masyarakat dan program luar kampus.

Antara aktiviti yang telah tersenarai di dalam program tersebut seperti sukaneka bersama penduduk kampung, pemberian sumbangan kepada mereka yang memerlukan, malam santai seni serta banyak lagi.

Orang ramai adalah dijemput hadir untuk memeriahkan program berkenaan.

Maklumat lanjut boleh menghubungi Cik Tuan Nur Shafinaz Binti Tuan Mustafa di talian +6014-5151554 atau facebook “Kembara IPT Kenyalang”.

Artikel oleh : Sarena Haidir || Bahagian Perancangan & Komunikasi Korporat

 

Archive News

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Last Modified on Thursday 28 January 2016.

Jom Masuk UMinistry of FinanceJPAMalaysian GovernmentMSCMyIDEAS1Malaysiakrstemyhealth
Sitemap
| Disclaimer | Policy | Manual | Portal Guidelines | Feedback |
FAQ
Best Viewed using Mozilla Firefox Version 3+,  Google Chrome or Internet Explorer Version 9+
This website does not support mobile version.
FOR TECHNICAL inquiries / comment AbOUT this website, contact :- webmaster(at)unimas.my

Visitors Counter : 3112120

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

alexa