• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

UNIMAS dan SDI Kerjasama Penyelidikan, Perundingan dan Pembangunan Akademik

on 11 March 2014.

UNIMAS dan SDI  Kerjasama Penyelidikan, Perundingan dan Pembangunan Akademik

SDI-Unimas
“ Kerjasama...” Naib Canselor UNIMAS, Prof Dato’ Dr Mohamad Kadim Suaidi (enam dari kanan) melakukan majlis pertukaran dokumen MoU bersama dengan  Pengerusi SDI, Tan Sri Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi bin Abdul Ghani.

KUCHING, 11 Mac 2014 - Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan Institut Pembangunan Sarawak (SDI) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk mempergiatkan kerjasama dalam penyelidikan, perundingan dan pembangunan akademik.

MoU telah ditandatangani oleh Naib Canselor UNIMAS, Prof Dato’ Dr Mohamad Kadim Suaidi dan Pengerusi SDI, Tan Sri Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi bin Abdul Ghani.

Majlis menandatangani MoU tersebut disaksikan oleh Dekan Fakulti Ekonomi dan Perniagaan, UNIMAS, Dr Mohammad Affendy Arip dan Ketua Pegawai Eksekutif SDI, Datu Aloysius Dris.

Menurut Prof Dato’ Dr Mohamad Kadim, MoU tersebut memberi manfaat kepada kedua-dua pihak untuk menyumbang kepada pembangunan dan kemajuan Sarawak melalui input berasaskan penyelidikan dan kemajuan modal insan.

“Sememangnya UNIMAS mempunyai ramai pakar dan kita berharap akan lebih banyak lagi MoU sebegini dibuat di dalam bidang lain juga,” katanya semasa berucap dalam Majlis Menandatangani MoU di Wisma Bapa, Petra Jaya, kelmarin.
Sementara itu, MoU tersebut meliputi kerjasama dalam bidang penyelidikan, inisiatif berkaitan industri dan rundingan bersama bagi tempoh lima tahun akan datang.

MoU tersebut turut melibatkan persefahaman mengenai peluang pertukaran pelajar melalui program latihan industri bagi meningkatkan persediaan pelajar di luar teknikal.

Dengan termenterai MoU itu, SDI komited untuk menjalinkan kerjasama dengan UNIMAS melalui Pusat Kecemerlangan Ramalan Perniagaan, Ekonomi, dan Kewangan, Fakulti Ekonomi dan Perniagaan, bagi mengukuhkan aktiviti-aktiviti penyelidikan dan pembangunan sosioekonomi di Sarawak.

Pusat ini telah ditubuhkan pada Mei 2013 di Fakulti Ekonomi dan Perniagaan dan berperanan menerajui penyelidikan dan pembangunan secara kolektif.

Penubuhan pusat ini dilihat mampu menjadi landasan untuk membantu negara dalam mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang mantap dan mencapai kemakmuran sejajar dengan Wawasan 2020.

Menyedari akan kepentingan akademik dan pertumbuhan ekonomi, pengaturan kerjasama antara kedua-dua pihak ini juga dilihat mampu menjadi sebahagian daripada usaha Universiti mengambil bahagian secara aktif dalam pembangunan sosio-ekonomi serta mempertingkat sumbangan kepada pertumbuhan ekonomi di Sarawak.

Oleh Sarena Haidir || Gambar : Azlandy Mohammid Ali Tuah || Bahagian Perancangan & Komunikasi Korporat

Archive News

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Last Modified on Thursday 28 January 2016.

Jom Masuk UMinistry of FinanceJPAMalaysian GovernmentMSCMyIDEAS1Malaysiakrstemyhealth
Sitemap
| Disclaimer | Policy | Manual | Portal Guidelines | Feedback |
FAQ
Best Viewed using Mozilla Firefox Version 3+,  Google Chrome or Internet Explorer Version 9+
This website does not support mobile version.
FOR TECHNICAL inquiries / comment AbOUT this website, contact :- webmaster(at)unimas.my

Visitors Counter : 3141174

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

alexa