• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

UNIMAS Raikan Pegawai Bersara

on 11 March 2014.

UNIMAS Raikan Pegawai Bersara

f peter
Profesor Dr Peter Songan menerima cenderamata tanda kenang-kenangan daripada Naib Canselor UNIMAS

f saidin
Tuan Haji Sa’adin Sulaiman turut menerima cenderamata tanda kenang-kenangan daripada Naib Canselor UNIMAS

simbolik
Penyerahan tugas Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi daripada Profesor Dr Peter Songan kepada Profesor Dr Kopli Bujang, yang telah dilantik untuk menggantikan tempat Prof Peter Songan, selama tiga tahun, bermula 13 Mac ini.

KOTA SAMARAHAN, 11 Mac 2014 – Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) telah meraikan empat orang pegawai kanan universiti yang akan bersara tidak lama lagi di dalam satu Majlis Penghargaan Perkhidmatan, tengahari tadi.
Empat pegawai UNIMAS yang diraikan ialah Profesor Dr Peter Songan, Tuan Haji Sa’adin Sulaiman, Prof Datuk Dr Abdul Rashid Abdullah dan Prof Dr Mohd Tajuddin Abdullah.

Profesor Dr Peter Songan merupakan Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, Tuan Haji Sa’adin Sulaiman (Pegawai Psikologi), Prof Datuk Dr Abdul Rashid Abdullah (Pensyarah/Felo Penyelidik Kanan Institut Pengajian Asia Timur) dan Prof Dr Mohd Tajuddin Abdullah (Pensyarah Fakulti Sains dan Teknologi Sumber).

Dalam ucapan ringkas, Naib Canselor UNIMAS, Prof Dato’ Dr Mohamad Kadim Suaidi mengucapkan penghargaan dan terima-kasih kepada keempat-empat pegawai yang akan bersara itu.

Beliau berkata, kreadibiliti, kesetiaan dan pengorbanan yang dicurahkan oleh keempat-empat pegawai itu sama ada menerusi sumbangan idea dan sokongan, sesungguhnya diiktiraf oleh warga universiti ini.

“Pengorbanan mereka dalam membantu UNIMAS sepanjang tempoh perkhidmatan mereka adalah amat dihargai. Segala pengorbanan mereka seperti satu cerita epik kejayaan UNIMAS pada masa akan datang.

“Bahkan, kita yakin pengorbanan mereka ini, akan menjadi contoh cemerlang kepada staf-staf UNIMAS yang lain,” sambung beliau lagi.

Dalam majlis yang sama turut diadakan penyerahan tugas Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi daripada Profesor Dr Peter Songan kepada Profesor Dr Kopli Bujang, yang telah dilantik untuk menggantikan tempat Prof Peter Songan, selama tiga tahun, bermula 13 Mac ini.

Oleh Sarena Haidir || Gambar : Azlandy Mohammid Ali Tuah || Bahagian Perancangan & Komunikasi Korporat

Archive News

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Last Modified on Thursday 28 January 2016.

Jom Masuk UMinistry of FinanceJPAMalaysian GovernmentMSCMyIDEAS1Malaysiakrstemyhealth
Sitemap
| Disclaimer | Policy | Manual | Portal Guidelines | Feedback |
FAQ
Best Viewed using Mozilla Firefox Version 3+,  Google Chrome or Internet Explorer Version 9+
This website does not support mobile version.
FOR TECHNICAL inquiries / comment AbOUT this website, contact :- webmaster(at)unimas.my

Visitors Counter : 3111924

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

alexa