• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

UNIMAS Terima Geran Kerajaan Jepun Bantu Projek Pembekalan Elektrik Tenaga Suria di Long Puah, Ulu Tinjar

on 26 March 2014.

UNIMAS Terima Geran Kerajaan Jepun Bantu Projek Pembekalan Elektrik Tenaga Suria di Long Puah, Ulu Tinjar.

JEPUN2

KOTA SAMARAHAN, 25 Mac 2014 – Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) menerusi  Institut Informatik Sosial dan Inovasi Teknologi (ISITI) telah menerima geran berjumlah RM168,200 (US$52,480) daripada Grassroots Grant Assistance for Human Security Project, kerajaan Jepun.

Geran tersebut bagi tujuan pembiayaian Projek Pembekalan Elektrik Tenaga Suria di Long Puah yang  terletak di Sungai Tinjar di Ulu Tinjar, Sarawak dengan perjalanan selama lebih 5 jam menggunakan pengangkutan air dan darat.

Sehubungan itu, majlis menandatangani perjanjian geran berkenaan telah dilakukan di mana UNIMAS telah diwakili oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni),  Profesor Mohd Fadzil Abdul Rahman mewakili Naib Canselor,  manakala Kerajaan Jepun diwakili oleh Ketua Pejabat Konsular Jepun di Kota Kinabalu, Encik Hirofumi Morikawa.

Turut hadir menyaksikan majlis menandatangani perjanjian tersebut ialah Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Profesor  Dr Kopli Bujang, Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi, Profesor Dr Fasihuddin Badruddin Ahmad, serta Pengarah ISITI, Profesor Madya Dr Alvin Yeo,  Naib Konsul Pejabat Konsular Jepun, Encik Kenro Takahashi, para pensyarah dan kakitangan UNIMAS.

Projek Pembekalan Elektrik Tenaga Suria akan dilaksanakan menggunakan pendekatan yang berpusat kepada manusia (people-centred participatory approach) di mana masyarakat Penan di Long Puah akan terlibat dalam pelaksanaan, pengurusan serta penyelenggaraan projek tersebut. 

Projek ini akan dibantu oleh pasukan pelbagai disiplin dari ISITI, UNIMAS bersama-sama anggota masyarakat dan industri swasta.

Long Puah telah dipilih berdasarkan lokasi yang terpencil dan jauh dari grid kuasa elektrik dengan kepadatan komuniti luar bandar yang kebanyakkannya terdiri daripada penduduk Penan iaitu sekitar 250 orang (27 buah keluarga).

Long Puah tidak mempunyai bekalan elektrik 24 jam dari grid kuasa elektrik dan segelintir keluarga sahaja yang mempunyai  penjana elektrik menggunakan diesel mereka sendiri, namun jarang digunakan kerana kos bahan api yang tinggi.

Dengan geran tersebut, kesemua 27 buah keluarga yang tinggal di rumah panjang dan gereja akan mendapat bekalan  elektrik melibatkan pemasangan sistem lampu solar.

Projek sistem tenaga hijau dan mesra alam tersebut juga akan mengurangkan pelepasan karbon dioksida (CO2), metana (CH4) dan nitrus oksida (N2O) dan mengurangkan tahap pencemaran alam sekitar.

Tambahan pula, dengan penggunaan sistem solar rumah ini juga akan membantu untuk mendidik masyarakat setempat mengenai bekalan tenaga yang lestari terutamanya bagi mereka yang berada jauh di kawasan luar bandar.

Projek ini adalah selaras dengan matlamat untuk meningkatkan taraf hidup dan juga untuk meningkatkan pembangunan kelestarian di luar bandar Sarawak.

Oleh : Sarena haidir || Foto : Bujang Mohamad || Bahagian Perancangan & Komunikasi Korporat

Archive News

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Last Modified on Thursday 28 January 2016.

Jom Masuk UMinistry of FinanceJPAMalaysian GovernmentMSCMyIDEAS1Malaysiakrstemyhealth
Sitemap
| Disclaimer | Policy | Manual | Portal Guidelines | Feedback |
FAQ
Best Viewed using Mozilla Firefox Version 3+,  Google Chrome or Internet Explorer Version 9+
This website does not support mobile version.
FOR TECHNICAL inquiries / comment AbOUT this website, contact :- webmaster(at)unimas.my

Visitors Counter : 3141175

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

alexa