• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Temubual Jom Masuk U bersama Cats.fm

on 03 April 2014.

Temubual Jom Masuk U bersama Cats.fm

cats2

cats

KOTA SAMARAHAN, 3 April 2014 : Ketua Penolong Pendaftar Bahagian Pengajian Prasiswazah (BPPs) UNIMAS,  Puan Zuraidah bt Abas ditemubual oleh dua orang penyampai Cats Fm, Dj Fuzz dan Dj Adi menerusi program Antap Breakfast, pagi tadi.

Sesi temubual bersama stesen radio Cats itu bertujuan untuk menwar-warkan program Karnival Pengajian Tinggi Negara ‘ Jom Masuk U’ yang akan diadakan pada 5 hingga 6 April ini bertempat di Dewan Pameran, City One, Kuching.

Dalam temubual hampir satu jam itu, Puan Zuraidah memaklumkan UNIMAS telah diberi penghormatan untuk menjadi tuan rumah bagi  karnival tersebut untuk Zon Sarawak.

Karnival tersebut adalah terbuka kepada orang ramai  bermula dari jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang dan akan disertai oleh lebih dua puluh Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta  (IPTS) yang terpilih serta pelbagai jabatan, agensi,  institusi kerajaan dan swasta.

Antara aktiviti yang menarik disediakan sepanjang karnival ini berlangsung seperti Pameran Pendidikan 1Dream2U, Pendaftaran Sahabat UPU, Cabutan bertuah, Kuiz ‘Jom Masuk U’, Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling pendidikan, Semakan syarat khas program, Permohonan Aplikasi Dalam Talian (Online).

Artikel & Foto oleh : Sarena Haidir || Bahagian Perancangan & Komunikasi Korporat

Archive News

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Last Modified on Thursday 28 January 2016.

Jom Masuk UMinistry of FinanceJPAMalaysian GovernmentMSCMyIDEAS1Malaysiakrstemyhealth
Sitemap
| Disclaimer | Policy | Manual | Portal Guidelines | Feedback |
FAQ
Best Viewed using Mozilla Firefox Version 3+,  Google Chrome or Internet Explorer Version 9+
This website does not support mobile version.
FOR TECHNICAL inquiries / comment AbOUT this website, contact :- webmaster(at)unimas.my

Visitors Counter : 3141299

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

alexa