• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Bank Rakyat Serah Sumbangan kepada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UNIMAS

on 04 April 2014.

Bank Rakyat Serah Sumbangan kepada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UNIMAS

bank-rakyat

KOTA SAMARAHAN, 4 April 2014 : Bank Rakyat cawangan Samarahan dan Simpang Tiga hari ini telah menghulurkan bantuan sebanyak RM5,000 kepada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaysia Sarawak.

Sumbangan tersebut adalah tanda sokongan padu Bank Rakyat kepada aktiviti pelajar UNIMAS, khususnya untuk penganjuran Majlis Anugerah Pelajar UNIMAS (MAPU) yang akan diadakan pada 14 April depan.

Penyerahan sumbangan tersebut telah dilakukan oleh Pengurus Bank Rakyat Cawangan Simpang Tiga, Encik Shuib bin Ahmad kepada Naib Canselor UNIMAS, Profesor Dato’ Dr Mohamad Kadim Haji Suaidi bertempat di Rumah Universiti.

Ini merupakan kali kedua buat Bank Rakyat menghulurkan sumbangan bagi MAPU.

MAPU merupakan majlis anugerah pelajar universiti ini yang mengiktiraf penglibatan dan bakat pelajar UNIMAS yang berbakat dalam pelbagai bidang antaranya bidang sukan, seni dan budaya, akademik, persatuan dan sebagainya.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UNIMAS, Profesor Mohd Fadzil Abdul Rahman, Pengurus Bank Rakyat Cawangan Samarahan, Encik Faishal bin Salleh, dan wakil Majlis Perwakilan Pelajar UNIMAS.

Artikel & Foto oleh : Sarena Haidir || Bahagian Perancangan & Komunikasi Korporat

Archive News

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Last Modified on Thursday 28 January 2016.

Jom Masuk UMinistry of FinanceJPAMalaysian GovernmentMSCMyIDEAS1Malaysiakrstemyhealth
Sitemap
| Disclaimer | Policy | Manual | Portal Guidelines | Feedback |
FAQ
Best Viewed using Mozilla Firefox Version 3+,  Google Chrome or Internet Explorer Version 9+
This website does not support mobile version.
FOR TECHNICAL inquiries / comment AbOUT this website, contact :- webmaster(at)unimas.my

Visitors Counter : 3137664

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

alexa