Hari Keluarga UNIMAS
KOTA SAMARAHAN, 12 April 2014 - Universiti Malaysia Sarawak(UNIMAS) telah menganjurkan Hari Keluarga 2014 bertempat di Stadium UNIMAS. Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang majlis tersebut antaranya aktiviti sukan, senamrobik, senamtari, cabutan bertuah dan sebagainya.
Hari Keluarga UNIMAS 2014 dirasmikan oleh Naib Canselor UNIMAS, Profesor Dato’ Dr Mohamad Kadim Haji Suaidi. Objektif utama hari keluarga UNIMAS diadakan adalah untuk mengeratkan silaturrahim dan hubungan kekeluargaan sebagai pembentukan sikap, nilai murni, dan integriti seseorang individu, dalam melahirkan sebuah masyarakat yang harmoni dan dinamik.
Selain itu, hari keluarga ini juga bertujuan untuk memberikan ruang kepada staf UNIMAS untuk melakukan aktiviti bersama keluarga mereka dalam pengisian masa yang terluang, menyemarakkan semangat kerjasama, hormat-menghormati dan menanam nilai-nilai murni melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan.
Foto oleh Azlandy Mohammid Ali Tuah || Artikal : Bahagian Perancangan & Komunikasi Korporat