• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Pelajar Malaysia di Mesir Pilih UNIMAS

on 17 April 2014.

Pelajar Malaysia di Mesir Pilih UNIMAS

Student syria

KOTA SAMARAHAN, 17 April 201 LIMA bekas pelajar dari Mesir memilih UNIMAS sebagai universiti pilihan pertama mereka untuk menyambung pengajian dalam bidang perubatan setelah mereka memilih jalan untuk keluar dari Mesir disebabkan konflik di Syria tahun lepas.

Lima pelajar terbabit iaitu Muhd Shazwan Muhd Shukri, Syuraih b.Abdullah dan Bahiyah Abdul Jabar dari Universiti Alexandria, Egypt Mesir manakala dua lagi pelajar, Nur Amira bt Abdul Muluk dan Wan Umirah bt Wan Rusmi dari Universiti Mansoura, Egypt, Mesir.

Kelima-lima pelajar tersebut telah memulakan pengajian mereka dengan dimasukkan sebagai pelajar perubatan tahun tiga di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan di UNIMAS.

Muhd Shazwan semasa ditemuramah berkata pelajar Malaysia telah diberi senarai universiti untuk menyambung pengajian masing-masing namun beliau memilih UNIMAS sebagai pilihan utamanya.

“Saya memilih UNIMAS kerana saya yakin dengan corak pengajian di sini terutama dalam bidang perubatan. Sudah tentu, saya mahukan yang terbaik apabila ia berkaitan dengan pengajian dan masa hadapan saya,” katanya yang berasal dari Kelantan. Menurut beliau, keadaan di Mesir ketika itu agak bahaya dan ia menimbulkan kebimbangan buat beliau dan keluarga di Malaysia.

Kebimbangan yang sama turut bermain di minda sahabatnya, Bahiyah Abdul Jabar, yang mana menurut beliau, sejak konflik melanda, kehidupan pelajar Malaysia terutama Melayu berada dalam keadaan bahaya.

“ Saya pernah kehilangan barang dan duit semasa kejadian pecah rumah di sana. Pelajar Malaysia terutama Melayu sering menjadi sasaran ugutan dan dirompak kerana kita (pelajar Malaysia) dikatakan tidak akan melawan balik atau tidak berani membuat aduan kepada pihak polis jika dirompak,” katanya.

Oleh demikian, katanya, pemilihan UNIMAS untuk menyambung pengajian yang tertangguh di Mesir, dilihat bertepatan kerana kebanyakan subjek dan bahasa lebih mudah difahami dan hampir sama dengan universiti lama mereka. Manakala dua pelajar dari Universiti Mansoura, turut beranggapan UNIMAS adalah universiti terbaik jika mahukan pengajian perubatan yang hampir sama sepertimana universiti lama mereka.

Nur Amira dari Terengganu, menganggap UNIMAS sebagai universiti yang tepat untuk beliau merealisasikan cita-cita menjadi seorang doktor pada masa akan datang.

Kami diberi pilihan untuk memilih universiti bagi menyambung pengajian di Malaysia. Saya telah memilih UNIMAS kerana dari segi pengajaran dan pembelajaran dalam bidang perubatan, saya lihat ianya berkualiti dan diiktiraf di peringkat antarabangsa,” katanya.

Sementara, Wan Umirah, juga dari Terenganu, berasa lega apabila pulang semula ke tanah air meskipun terpaksa menyambung pelajaran di universiti lain.

“Jalan yang sering saya gunakan merupakan kawasan yang selalu berlaku pergaduhan. Kadang-kadang, saya merasa takut untuk pergi ke universiti.” Katanya, beliau terpaksa menangguhkan pengajian hampir empat bulan sebelum mendapat tawaran menyambung semula ke UNIMAS pada penghujung tahun lepas.

Beliau bersyukur dan berterima kasih kepada UNIMAS kerana menerimanya sebagai pelajar dan modul pengajian di UNIMAS adalah menarik dan berkualiti.

Artikel : Sarena Haidir || Foto : Azlandy Mohammid Ali Tuah || Bahagian Perancangan & Komunikasi Korporat 

Archive News

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Last Modified on Thursday 28 January 2016.

Jom Masuk UMinistry of FinanceJPAMalaysian GovernmentMSCMyIDEAS1Malaysiakrstemyhealth
Sitemap
| Disclaimer | Policy | Manual | Portal Guidelines | Feedback |
FAQ
Best Viewed using Mozilla Firefox Version 3+,  Google Chrome or Internet Explorer Version 9+
This website does not support mobile version.
FOR TECHNICAL inquiries / comment AbOUT this website, contact :- webmaster(at)unimas.my

Visitors Counter : 3112120

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

alexa