• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Persatuan Pengurus UNIMAS (PPU) Lancar PPU Disaster Relief Fund: Beaufort Flood

on 23 April 2014.

Persatuan Pengurus UNIMAS (PPU) Lancar PPU Disaster Relief Fund: Beaufort Flood

beaufort-ppu-mimpa
Penyerahan hasil sumbangan PPU Disaster Relief Fund: Beaufort Flood kepada Yg Berbahagia Tan Sri Datu Prof Dr Taha Arif, penasihat Malaysian Integrated Medical Professional Association (MIMPA)

Bersimpati ke atas bencana banjir yang berlaku di Beaufort Sabah awal Februari tahun ini, Persatuan Pengurus UNIMAS (PPU) telah melancarkan program untuk mengutip derma bagi membantu meringankan beban mangsa yang terlibat dalam banjir berkenaan. Kutipan derma telah diadakan pada 24-27 February 2014.

Pengarah program berkenaan, Puan Dayang Zuliana Abang Abdul Rahman berkata sejumlah RM 6,316.80 telah dikumpul hasil sumbangan warga UNIMAS. Kutipan wang berkenaan telah diserahkan oleh En Zulkarnaen Ali , Presiden Persatuan Pengurus UNIMAS kepada Yang Berbahagia Tan Sri Datu Prof Dr Taha Arif, penasihat Malaysian Integrated Medical Professional Association (MIMPA) pada majlis ringkas yang diadakan di Rumah Universiti, UNIMAS pada 22 April 2014. MIMPA merupakan organisasi yang dianggotai oleh doktor-doktor pakar dari pelbagai bidang yang membantu masyarakat dalam membuat keputusan yang betul berkaitan kesihatan melalui program mobalisasi masyarakat.  

PPU dengan kerjasama MIMPA berharap melalui aktiviti tanggungjawab sosial seperti ini, ianya dapat membantu dan meringankan beban mangsa yang dilanda musibah. Majlis ini juga turut dihadiri oleh Presiden MIMPA Dr Dhesi Baha Raja Selva Raja dan ahli-ahli exco tertinggi dari PPU dan MIMPA. Melalui kolaborasi pertama ini, kedua-dua pihak berharap untuk memulakan kerjasama strategik bersama untuk bersama-sama menyumbang kepada khidmat masyarakat yang akan fokus kepada pembangunan dan bantuan kepada komuniti di Sarawak dan Sabah pada masa hadapan.

Artikel: Persatuan Pengurus UNIMAS || Foto : Hj. Bujang Mohamad

Gambar boleh didapati di Facebook Rasmi Persatuan Pengurus UNIMAS

Archive News

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Last Modified on Thursday 28 January 2016.

Jom Masuk UMinistry of FinanceJPAMalaysian GovernmentMSCMyIDEAS1Malaysiakrstemyhealth
Sitemap
| Disclaimer | Policy | Manual | Portal Guidelines | Feedback |
FAQ
Best Viewed using Mozilla Firefox Version 3+,  Google Chrome or Internet Explorer Version 9+
This website does not support mobile version.
FOR TECHNICAL inquiries / comment AbOUT this website, contact :- webmaster(at)unimas.my

Visitors Counter : 3132368

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

alexa