• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Kakitangan UNIMAS Dinasihat Jadikan Membaca Amalan Harian

on 28 April 2014.

Kakitangan UNIMAS Dinasihat Jadikan Membaca Amalan Harian

April 28 2014Jom baca1

April 28 2014Jom baca2

April 28 2014Jom baca3

April 28 2014Jom baca4

Kota Samarahan, 28 April 2014 – Kakitangan UNIMAS dinasihat supaya menanam sikap suka membaca sebagai amalan harian agar dapat meningkatkan pengetahuan ilmu mereka.

Timbalan Naib Canselor UNIMAS (Penyelidikan dan Inovasi), Profesor Dr Kopli Bujang berkata, ia juga sebagai strategi ke arah usaha melahirkan pekerja berpengetahuan (Knowledge Workers).

“Amalan dan budaya membaca merupakan sebahagian pembelajaran sepanjang hayat. Dalam setiap pembacaan saya yakin pasti ada ilmu baharu yang kita perolehi.

“Kakitangan harus mempunyai pengetahuan yang tinggi selain kemahiran fizikal. Ilmu pengetahuan itu ibarat perisian (software) dan tubuh kita umpama peralatan (hardware) yang menggerakkan kita untuk membuat pertimbangan atau apa juga keputusan dalam tugas harian,” sambung beliau lagi.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Program Jom Baca Bersama 10 Minit dan Bedah Buku, di Auditorium Pusat Khidmat Maklumat Akademik (PKMA), UNIMAS, pagi tadi.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Ketua Pustakawan UNIMAS, Puan Margaret Simeng, Dekan-Dekan, Pengarah-Pengarah, Ketua-Ketua Bahagian, Pegawai-Pegawai dan pelajar UNIMAS.

Program berkenaan turut menjemput dua orang penulis yang juga pensyarah UNIMAS, Dr Ahmad Nizar Yaakub dan Dr Nur Vanitha binti Abdullah untuk menceritakan tentang buku yang telah ditulis mereka.

Program tersebut merupakan kerjasama di antara bersama Pusat Khidmat Maklumat Akademik (PKMA) dengan Bahagian Khidmat Pengurusan Canselori, Bahagian Perancangan dan Komunikasi Korporat, Pusat Khidmat Pelajar, Pusat Pemajuan Pelajar, Bahagian Penerbitan dan Majlis Perwakilan Pelajar UNIMAS.

Sejak tahun 1996 lagi, Pertubuhan Pendidikan Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) telah menetapkan tarikh 23 April setiap tahun sebagai Hari Buku dan Hakcipta Sedunia (World Book and Copyrights Day).

Dianggarkan lebih dari 100 buah negara telah meraikan sambutan berkenaan dengan mengadakan pelbagai aktiviti yang mengalakkan tabiat suka membaca, kegiatan penerbitan dan perbukuan serta program/kempen perlindungan harta intelek melalui hak cipta.

Antara objektif program diadakan adalah untuk menyemarak dan membudayakan amalan membaca dalam kalangan warga UNIMAS khasnya, dan masyarakat umum amnya.

Selain itu, ia bertujuan untuk mewujudkan kesedaran dan keperihatinan masyarakat tentang kempen berkenaan dan menekankan kepentingan perlindungan harta intelek serta menyemai minat untuk menghasilkan karya yang berkualiti dalam kalangan masyarakat.

Archive News

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Last Modified on Thursday 28 January 2016.

Jom Masuk UMinistry of FinanceJPAMalaysian GovernmentMSCMyIDEAS1Malaysiakrstemyhealth
Sitemap
| Disclaimer | Policy | Manual | Portal Guidelines | Feedback |
FAQ
Best Viewed using Mozilla Firefox Version 3+,  Google Chrome or Internet Explorer Version 9+
This website does not support mobile version.
FOR TECHNICAL inquiries / comment AbOUT this website, contact :- webmaster(at)unimas.my

Visitors Counter : 3111904

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

alexa