• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Lawatan Sambil Belajar : Kumpulan Pertama Pelajar Arkeologi UNIMAS Lawat Kubu Alice di Sri Aman

on 28 April 2014.

Lawatan Sambil Belajar : Kumpulan Pertama Pelajar Arkeologi UNIMAS Lawat Kubu Alice di Sri Aman

arkeologi
Kohort pelajar Arkeologi UNIMAS yang pertama belajar tentang sejarah Kubu Alice dengan lebih dekat.

April 28 2014Nancy White1
Profesor Nancy White

Kota Samarahan, 28 April 2014 - Seramai 40 orang pelajar kohort pertama bagi program Antropologi dan Sosiologi yang ditawarkan di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) telah menyertai lawatan ke Sri Aman bagi menyaksikan pembinaan semula Kubu Alice di lokasi berkenaan.

Lawatan tersebut sebagai memberi pendedahan dan menyaksikan sendiri aktiviti-aktiviti perlindungan ke atas bangunan bersejarah di negeri ini dengan lebih dekat lagi.

Dalam lawatan berkenaan, para pelajar berpeluang melihat bukti-bukti artefak yang nyata tentang bagaimana kubu berkenaan dilindungi termasuk menguna-pakai bahan-bahan yang sedia ada (lama) sejak pertengahan abad ke19.

Kubu Alice merupakan bangunan yang tertua di Sarawak, yang telah dibina sejak 145 tahun dahulu dan dibina di atas bukit di tebing Sungai Batang Lupar. Ia pernah dijadikan sebagai Pusat Pentadbiran Rajah Charles Brooke.

Semasa lawatan tersebut, arkitek, Mike Boon telah menunjukkan kepada pelajar tentang penggunaan teknologi baru dan lama bagi kerja-kerja pembinaan semula kubu berkenaan.

Sebagai contoh beberapa permukaan lajur disalut dengan minyak untuk menjadikannya sebagai kalis air dan bukannya menggunakan cat, sebagai membantu mempercepatkan pereputan kayu.

Pelajar juga berpeluang mencuba dan memeriksa peralatan tangan tradisional yang digunakan oleh pekerja pembinaan berkenaan. Menerusi lawatan ini, pelajar menyedari betapa meluasnya penyelidikan bersejarah yang boleh dipelajari dan belajar mengenai reka-bentuk asal kubu bagi tujuan pembinaan yang lebih tepat. Selain itu, pelajar akan belajar untuk berdiskusi sesama sendiri tentang konsep identiti dan warisan masyarakat yang mana Kubu Alice antara contoh sesuai untuk melihat pembinaan yang menggabungkan elemen seperti masyarakat Iban, Melayu dan Cina.

Kumpulan pelajar ini telah diiringi oleh seorang profesor pelawat dari Case Western Reserve Amerika Syarikat, Profesor Dr Mary Nancy White, yang pakar dalam bidang arkeologi. Beliau bertugas di Fakulti Sains Sosial di UNIMAS selama setahun.

Archive News

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Last Modified on Thursday 28 January 2016.

Jom Masuk UMinistry of FinanceJPAMalaysian GovernmentMSCMyIDEAS1Malaysiakrstemyhealth
Sitemap
| Disclaimer | Policy | Manual | Portal Guidelines | Feedback |
FAQ
Best Viewed using Mozilla Firefox Version 3+,  Google Chrome or Internet Explorer Version 9+
This website does not support mobile version.
FOR TECHNICAL inquiries / comment AbOUT this website, contact :- webmaster(at)unimas.my

Visitors Counter : 3132394

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

alexa