• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Rakaman Program Bersamamu TV3 di FSKTM UNIMAS

on 07 May 2014.

Rakaman Program Bersamamu TV3 di FSKTM UNIMAS

fsktm-bersamamu-tv31
Afif, Wana & Zana

Semalam telah berlangsung sesi Rakaman Program Bersamamu TV3 di FSKTM UNIMAS.  Ianya merupakan satu usaha untuk merealisasikan impian adik Nor Farzana Suharddy (16) Nor Aswani Suharddy (14) dan adik Afif Aqil (10) yang teringin untuk melihat kehidupan pelajar di universiti seperti UNIMAS. Turut bersama dalam lawatan tersebut ialah  ibu mereka iaitu  Puan Lizawati Mohamad, ibu tunggal yang mengalami masalah buah pinggang dan mencari pendapatan dengan berjual kueh.

fsktm-bersamamu-tv3-6
Wawancara Dekan FSKTM

Ketibaan mereka di FSKTM telah disambut oleh Dekan FSKTM, Dr Johari Abdullah, Penyelaras Program Pengkomputeran Rangkaian,,Dr Halikul Lenando , Penasihat PERTEKMA,  Norfadzlan b Yusup, Jennifer Fiona, Emmy Dahliana bt Hossain dan pelajar-pelajar PERTEKMA seramai 20 orang yang telah mengendalikan sesi lawatan ini.  Rombongan keluarga dari Kg Pulo , Petra Jaya ini telah dibawa ke Bilik Kuliah CTF1, Bilik Interaksi Pelajar dan ke Makmal Mikrosoft.  Pada kesempatan itu anak-anak ini berasa sangat teruja melihat kelengkapan pembelajaran dan  kehidupan kampus UNIMAS .  Semasa di Makmal Microsoft mereka telah didedahkan dengan aplikasi-aplikasi komputer seperti scratch programming dan makey- makey oleh abang-abang dan kakak-kakak daripada PERTEKMA.  Sesi ini telah mencetus minat dan kreativiti anak-anak ini dan mereka amat teruja dan ceria sepanjang sesi tersebut.

Adik Afif yang merupakan satu-satunya anak lelaki dalam keluarga ini sangat teruja berada di UNIMAS dan beliaulah yang paling meminati komputer dan berasa sangat gembira dapat melawat FSKTM. Beliau memberitahu keluarganya tidak mampu untuk membeli komputer dan berharap satu masa dia akan memilikinya.  Selain diberi keterangan tentang cara belajar dan hidup di kampus oleh pelajar PERTEKMA, rombongan keluarga ini juga telah diberikan kata-kata nasihat tentang pentingnya pelajaran sebagai jalan untuk memperbaiki kehidupan masa depan oleh Dekan FSKTM.  Nasihat  beliau turut disokong oleh Dr Halikul apabila beliau menyatakan kepentingan masa dan jangan mengsia-siakan masa dengan aktiviti yang tidak berfaedah.

Pada akhir lawatan, rombongan keluarga dan krew Bersamamu TV3 telah diraikan dalam satu jamuan ringan di Staff Lounge Fakulti .  Keluarga Puan Lizawati dan krew TV3 kemudian telah diberikan cenderahati tanda kenangan.  Sebelum berpisah, Dekan FSKTM amat berterima kasih atas kerjasama TV3 dan menyuarakan agar kerjasama dengan Program Bersamamu TV3 ini akan berterusan di masa akan datang. Sehubungan dengan itu beliau juga menyatakan pihak fakulti terutama pelajar PERTEKMA akan membuat lawatan balas ke rumah keluarga Puan Lizawati pada masa akan datang.  Penerbit Eksekutif Program Bersamamu TV3, Hajah Mazlin Nordin juga melahirkan rasa gembira kerana impian anak-anak Puan Lizawati untuk berkunjung ke UNIMAS telah dapat dipenuhi.  "Saya dapat melihat rasa gembira di wajah mereka dan sungguh teruja berada di UNIMAS dan di fakulti ini" ujarnya.

Rakaman Porgram Bersamamu berakhir dengan wawancara dengan Dekan FSKTM  di lobi fakulti pada jam 6 petang.  Rakaman program ini akan disiarkan pada jam 9.30 malam pada 10 Jun 2014.

Bersamamu ialah sebuah program realiti amal yang disiarkan di TV3 setiap SELASA jam 9.30 malam
" Hulurkan  Tangan, Ringankan Beban"

fsktm-bersamamu-tv3-2

fsktm-bersamamu-tv3-3

fsktm-bersamamu-tv3-4

fsktm-bersamamu-tv3-5

fsktm-bersamamu-tv3-7

Sumber: Hjh. Noorma Ismail, Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat

Archive News

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Last Modified on Thursday 28 January 2016.

Jom Masuk UMinistry of FinanceJPAMalaysian GovernmentMSCMyIDEAS1Malaysiakrstemyhealth
Sitemap
| Disclaimer | Policy | Manual | Portal Guidelines | Feedback |
FAQ
Best Viewed using Mozilla Firefox Version 3+,  Google Chrome or Internet Explorer Version 9+
This website does not support mobile version.
FOR TECHNICAL inquiries / comment AbOUT this website, contact :- webmaster(at)unimas.my

Visitors Counter : 3135166

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

alexa