• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

UNIMAS terima zakat perniagaan dari Bank Rakyat

on 14 May 2014.

UNIMAS terima zakat perniagaan dari Bank Rakyat

May-13-2014

KOTA SAMARAHAN, 14 Mei 2014 : Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) menjadi universiti pertama di Sarawak yang menerima zakat perniagaan daripada Bank Rakyat.

Penyerahan zakat perniagaan berjumlah RM50,000 itu telah disampaikan oleh wakil merangkap Ahli Lembaga Pengarah Bank Rakyat, Datuk Zuraidah Atan kepada Naib Canselor UNIMAS, Profesor Dato’ Dr Mohd Kadim Suaidi, kelmarin.

Menurut Datuk Zuraidah, penyerahan zakat perniagaan kepada UNIMAS berdasarkan kepercayaan penuh kepada universiti ini untuk menguruskan sendiri wang berkenaan bagi tujuan yang bermanfaat.

Beliau berkata, pemberian zakat tersebut juga sebahagian inisiatif Bank Rakyat untuk menghargai warga pendidik dan pelajar UNIMAS yang selama ini menyokong bank berkenaan.

Manakala Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim memberitahu zakat berkenaan akan dikumpulkan bersama dengan dana lain yang telah diterima daripada badan korporat lain bagi tujuan kebajikan pelajar universiti ini.

Beliau berkata, dana kebajikan pelajar UNIMAS digunakan untuk pelbagai situasi untuk membantu memenuhi keperluan pelajar yang memerlukan bantuan kewangan.

Archive News

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Last Modified on Thursday 28 January 2016.

Jom Masuk UMinistry of FinanceJPAMalaysian GovernmentMSCMyIDEAS1Malaysiakrstemyhealth
Sitemap
| Disclaimer | Policy | Manual | Portal Guidelines | Feedback |
FAQ
Best Viewed using Mozilla Firefox Version 3+,  Google Chrome or Internet Explorer Version 9+
This website does not support mobile version.
FOR TECHNICAL inquiries / comment AbOUT this website, contact :- webmaster(at)unimas.my

Visitors Counter : 3134869

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

alexa