• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

SMK Luar Bandar No.1 Sibu lawat UNIMAS

on 11 June 2014.

SMK Luar Bandar No.1 Sibu lawat UNIMAS

20140611 100658

20140611 104609

KOTA SAMARAHAN, 11 Jun 2014 : Seramai 29 orang pelajar termasuk tujuh orang guru pengiring dari SMK Luar Bandar No.1, Sibu, telah mengadakan lawatan ke Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) hari ini.

Kehadiran rombongan pelajar dan guru tersebut telah disambut mesra oleh Penolong Pendaftar dari Bahagian Perancangan dan Komunikasi Korporat, Puan Aileen Anne ak Jinggong. Menurut ketua rombongan, Cikgu Shidin ak Dato’, tujuan lawatan ke UNIMAS adalah untuk memberi informasi kepada pelajar mengenai syarat kemasukan dan pilihan kursus yang ada semasa mereka membuat pilihan untuk masuk ke Institut Pengajian Tinggi Awam kelak. Selain itu, ia juga sebagai mendedahkan pelajar mengenai kehidupan sebagai seorang pelajar di menara gading.

Kata beliau, lawatan belajar seperti itu sememangnya diadakan setiap tahun oleh sekolah berkenaan dan ia sebagai satu daripada sokongan pihak sekolah kepada pelajar untuk memastikan pelajar dari SMK Luar Bandar, Sibu, dapat memasuki peringkat pengajian yang lebih tinggi selepas tamat tingkatan lima dan enam.

Dalam sesi lawatan tersebut, Puan Aileen Anne turut menyampaikan taklimat ringkas mengenai penubuhan dan fakulti-fakulti yang terdapat di dalam UNIMAS kepada para ahli rombongan dan rombongan di bawa melawat sekitar Pusat Khidmat Maklumat Akademik (PKMA) dan sekitar kawasan UNIMAS.

Archive News

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Last Modified on Thursday 28 January 2016.

Jom Masuk UMinistry of FinanceJPAMalaysian GovernmentMSCMyIDEAS1Malaysiakrstemyhealth
Sitemap
| Disclaimer | Policy | Manual | Portal Guidelines | Feedback |
FAQ
Best Viewed using Mozilla Firefox Version 3+,  Google Chrome or Internet Explorer Version 9+
This website does not support mobile version.
FOR TECHNICAL inquiries / comment AbOUT this website, contact :- webmaster(at)unimas.my

Visitors Counter : 3141397

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

alexa