• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Sambutan Gawai UNIMAS meriah

on 18 June 2014.

Sambutan Gawai UNIMAS meriah

gawai-unimas
MEMOHON BERKAT ... Naib Canselor UNIMAS, Professor Dato' Dr Mohamad Kadim Suaidi menghadiri upacara miring sebagai simbolik perayaan Gawai sempena Ngabang Gawai Unimas di Kota Samarahan Semalam. JUMIET NYIREK

Kota samarahan, Selasa - Buat julung kali Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) menganjurkan sambutan Ngabang Gawai sempena perayaan Gawai yang disambut masyarakat Dayak di negeri ini.

Majlis ini dianjurkan Persatuan Pengurus UNIMAS (PPU) bertujuan menghargai adat resam perayaan gawai dan memberi ruang kepada warga UNIMAS merasai pengalaman sambutan Hari Gawai.

Di samping itu ia juga bagai mewujudkan jalinan kerjasama dan kesepakatan serta mengenali satu sama lain dalam kalangan warga UNIMAS.

Dengan berkonsepkan adat resam sambutan pelabagai etnik seperti Iban, Bidayuh, Kayan dan Kenyah tetamu yang berkunjung dihidangkan pelbagai jenis makanan tradisional masyarakat itu.

Antaranya lemang, kuih karas, kuih jala, kuih sepit, ayam pansuh, ikan salai masak terung asam, kerabu mempelam, masak tempoyak dan sebagainya.

Ada juga yang menghidangkan makan tradisi yang jarang didapati seperti pulut periuk kera, lemang tepung pulut, nasi bungkus daun "buan", suman pulut dan bermacam-macam lagi.

Sebanyak 17 buah gerai atau ruai gabungan pusat tanggungjawab dan jabatan mengambil bahagian dalam majlis itu.

Turut diadakan pertandingan Kumang dan Keling Gawai, ruai terbaik dan upacara miring yang merupakan acara ritual masyarakat Iban di samping paluan alat muzik tradisional masyarakat negeri ini.

Hadir memeriahkan majlis Naib Canselor UNIMAS, Professor Dato' Dr Mohamad Kadim Suaidi dan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof Mohd Fadzil Abdul Rahman.

Sumber: Utusan Sarawak

Archive News

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Last Modified on Thursday 28 January 2016.

Jom Masuk UMinistry of FinanceJPAMalaysian GovernmentMSCMyIDEAS1Malaysiakrstemyhealth
Sitemap
| Disclaimer | Policy | Manual | Portal Guidelines | Feedback |
FAQ
Best Viewed using Mozilla Firefox Version 3+,  Google Chrome or Internet Explorer Version 9+
This website does not support mobile version.
FOR TECHNICAL inquiries / comment AbOUT this website, contact :- webmaster(at)unimas.my

Visitors Counter : 3138084

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

alexa