• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

UNIMAS lakukan temuduga untuk calon pelajar perubatan

on 24 June 2014.

UNIMAS lakukan temuduga untuk calon pelajar perubatan

medic

KOTA SAMARAHAN, 24 Jun – Seramai 453 orang calon lepasan STPM/Serataf telah menghadiri sesi temuduga untuk pengambilan calon pelajar program Perubatan UNIMAS bagi kemasukan sesi 2014/2015.

Temuduga tersebut sejajar dnegan arahan yang dikeluarkan oleh Lembaga Perubatan Malaysia dan Kelulusan Senat Bil. 08/2013 Ke-128 bertarikh 29 November 2013.

Empat buah zon telah dipilih untuk temuduga berkenaan iaitu di Universiti Malaysia Sabah (Zon Sabah) pada 23 Mei 2014, Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian (Zon Pantai Timur) pada 25-26 Mei 2014, Universiti Putra Malaysia, Serdang (Zon Pantai Barat) pada 27 hingga 28 Mei 2014 dan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UNIMAS (Zon Sarawak) pada 30 Mei 2014.

Manakala temuduga bagi pengambilan pelajar Asasi UNIMAS telah dilakukan pada 5 hingga 6 Mei lepas.

Senarai nama calon yang berjaya di dalam temuduga tersebut akan dikemukakan kepada pihak Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP), Jabatan Pengajian Tinggi untuk penyelaran sebelum keputusan calon berjaya dikeluarkan pada 12 Ogos 2014.

Artikel oleh Sarena Haidir

 

Archive News

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Last Modified on Thursday 28 January 2016.

Jom Masuk UMinistry of FinanceJPAMalaysian GovernmentMSCMyIDEAS1Malaysiakrstemyhealth
Sitemap
| Disclaimer | Policy | Manual | Portal Guidelines | Feedback |
FAQ
Best Viewed using Mozilla Firefox Version 3+,  Google Chrome or Internet Explorer Version 9+
This website does not support mobile version.
FOR TECHNICAL inquiries / comment AbOUT this website, contact :- webmaster(at)unimas.my

Visitors Counter : 3137665

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

alexa