• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Cipta Sejarah: Fakuti Kejuruteraan UNIMAS perolehi empat akreditasi

on 24 June 2014.

Cipta Sejarah: Fakuti Kejuruteraan UNIMAS perolehi empat akreditasi

FK-NC-49

“ Tahniah...” Naib Canselor UNIMAS, Profesor Dato’ Dr Mohd Kadim Suaidi melihat surat pengiktirafan akreditasi dari EAC dan BEM yang ditunjukkan oleh Dekan Fakulti Kejuruteraan, Profesor Dr Wan Hashim Wan Ibrahim. Turut kelihatan ialah Timbalan Dekan Pra Siswazah dan Pemajuan Pelajar, Dr Abdullah Haji Yassin (hujung kiri) dan Ketua Kejuruteraan Jabatan Mekanikal dan Pembuatan, Dr Syed Tarmizi Syed Sazali (hujung kanan).

KOTA SAMARAHAN, 24 Jun – Fakulti Kejuruteraan UNIMAS mencipta sejarah apabila empat program fakulti berkenaan menerima pengiktirafan akreditasi daripada Majlis Akreditasi Kejuruteraan Malaysia (EAC) dan Lembaga Jurutera Malaysia (BEM).

Naib Canselor UNIMAS, Profesor Dato’ Dr Mohd Kadim Suaidi berkata, empat program tersebut adalah Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Kejuruteraan Awam, Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan, Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Elektronik (Komputer) dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Elektronik (Telekomunikasi).

Menurut beliau, dari empat program tersebut, dua program iaitu Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Kejuruteraan Awam dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan mendapat akreditasi penuh untuk tempoh lima tahun, manakala dua baki program lagi mendapat akreditasi bersyarat, untuk tempoh tiga tahun.

“ Bagaimanapun, pencapaian sebegini merupakan satu kebanggaan UNIMAS kerana jika dilihat pada pengiktirafan sama terdahulu, akreditasi diberi kepada institut pengajian tinggi hanya untuk tempoh dua hingga tiga tahun sahaja.

“ Kejayaan kita dalam mendapat akreditasi penuh untuk dua program ini adalah sesuatu yang hebat,” kata beliau lagi.

Naib Canselor turut berharap pencapaian Fakulti Kejuruteraan ini dapat dijadikan contoh dan pendorong semangat kepada fakulti lain di universiti ini.
Beliau berkata, UNIMAS sentiasa menambah-baik program yang sedia ada. Sebagai contoh, universiti sedang melakukan bengkel semakan kurikulum bagi 22 program akademik yang ditawarkan.

Kata beliau, semakan tersebut dibuat untuk memastikan kesesuaian kurikulum dengan kemajuan bidang dan kehendak pasaran pada masa sekarang.
Sementara itu, Dekan Fakulti Kejuruteraan, Profesor Dr Wan Hashim Wan Ibrahim berkata, untuk mendapat pengiktirafan akreditasi berkenaan, banyak aspek dilihat oleh badan profesional seperti EAC dan BEM. Antaranya penglibatan pihak industri dalam pembelajaran dan pengajaran, kualiti pembelajaran dan pengajaran disebabkan fakulti menguna-pakai pembelajaran berasaskan hasil, kemudahan prasarana dan khidmat fakulti dan banyak lagi.

Beliau berkata, kejayaan tersebut merupakan hasil kerjasama semua pihak di Fakulti Kejuruteraan, terutama staf akademik yang telah banyak membantu menyediakan dokumen dan segala urusan terutama semasa pemeriksaan akreditasi dilakukan oleh pihak EAC dan BEM.

Artikel oleh Sarena Haidir
Foto oleh Azlandy Mohammid Ali Tuah

 

Archive News

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Last Modified on Thursday 28 January 2016.

Jom Masuk UMinistry of FinanceJPAMalaysian GovernmentMSCMyIDEAS1Malaysiakrstemyhealth
Sitemap
| Disclaimer | Policy | Manual | Portal Guidelines | Feedback |
FAQ
Best Viewed using Mozilla Firefox Version 3+,  Google Chrome or Internet Explorer Version 9+
This website does not support mobile version.
FOR TECHNICAL inquiries / comment AbOUT this website, contact :- webmaster(at)unimas.my

Visitors Counter : 3135117

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

alexa