• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Pelajar UNIMAS rangkul gelaran Miss/Mr Borneo Ethnic 2014

on 30 June 2014.

Pelajar UNIMAS rangkul gelaran Miss/Mr Borneo Ethnic 2014

Gambar Miss dan Mr Borneo Ethnic 2014

KOTA SAMARAHAN, 30 Jun : Dua pelajar UNIMAS mengharumkan nama universiti apabila berjaya membawa pulang gelaran ‘Miss dan Mr Borneo Ethnic 2014’ dalam pertandingan ‘The Borneo Hornbill Festival’ yang berlangsung di Kuala-Lumpur baru-baru ini.

Kemenangan tersebut melayakkan kedua-dua pelajar berkenaan meraih wang simpanan pelaburan Amanah Saham Bumiputera sebanyak RM10,000 dan piala.

Azra Tilai, 24, pelajar jurusan ‘Corporate Master in Business Administration (CMBA) di UNIMAS, turut memenangi dua lagi gelaran iaitu Mr Sarawak Ethnic 2014 dan Mr Body Beautiful 2014.

Untuk hadiah tersebut, Azra yang berasal dari Siol Kandis, membawa pulang hadiah berupa wang tunai sebanyak RM1,500 dan percutian ke Bali manakala wang tunai sebanyak RM300 untuk hadiah bagi gelaran Mr Body Beautiful.

Manakala Claryssa Henry, 21, pelajar di Fakulti Ekonomi dan Perniagaan juga memenangi satu lagi gelaran iaitu Miss Sabah Open dan membawa hadiah wang tunai sebanyak RM1,500 dan percutian ke Bali.

Kedua-dua pelajar berkenaan berkesempatan mengunjungi Naib Canselor UNIMAS, Profesor Dato’ Dr Mohamad Kadim Suaidi di pejabat Naib Canselor, baru-baru ini.

Dalam pertemuan tersebut, Naib Canselor meluahkan rasa penghargaan ke atas kejayaan kedua-dua pelajar berkenaan.

Artikel oleh Sarena Haidir
Foto Azlandy Mohammid Ali Tuah

 

Archive News

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Last Modified on Thursday 28 January 2016.

Jom Masuk UMinistry of FinanceJPAMalaysian GovernmentMSCMyIDEAS1Malaysiakrstemyhealth
Sitemap
| Disclaimer | Policy | Manual | Portal Guidelines | Feedback |
FAQ
Best Viewed using Mozilla Firefox Version 3+,  Google Chrome or Internet Explorer Version 9+
This website does not support mobile version.
FOR TECHNICAL inquiries / comment AbOUT this website, contact :- webmaster(at)unimas.my

Visitors Counter : 3141348

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

alexa