• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Staf UNIMAS tidak lepaskan peluang hadiri daurah Ramadhan

on 02 July 2014.

Staf UNIMAS tidak lepaskan peluang hadiri daurah Ramadhan

Gambar semasa daurah Ramadhan

Kota Samarahan, 2 Julai : Lebih 300 staf UNIMAS tidak melepaskan peluang untuk mengikuti Daurah Ramadhan yang dikendalikan oleh penceramah terkemuka, Tuan Guru Sheikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki.

Daurah dengan tajuk ‘ Bicara Ramadhan’ tersebut merupakan anjuran bersama Pusat Islam Tun Abang Salahuddin (PITAS), UNIMAS dengan Majlis Dakwah Suraj.

Antara intipati daurah Tuan Guru menyentuh topik yang pelbagai seperti penghayatan dan hukum-hakam Islam dalam kehidupan harian, adab dan akhlak dalam Islam, keistimewaan dan kebaikan bulan Ramadhan dan sebagainya.

Tuan Guru atau nama penuhnya Al-'Allamah Syeikh Nuruddin Bin Hj. Marbu Bin Abdullah Thaiyyib berasal dari daerah Banjar Masin dan menetap di tanah suci Makkah bersama keluarga pada tahun 1974.

Beliau menuntut di Madrasah Shaulathiah di Makkah dan menamatkannya pengajian di sana dengan keputusan cemerlang (mumtaz).

Tuan Guru melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar As-Syarif Mesir dalam jurusan Syariah Islamiah untuk ijazah sarjana muda pada tahun 1983 dan seterusnya di Maahad 'Ali Liddirasat al-Islamiah di Zamalik hingga mendapat diploma am "Dirasat Ulya" pada tahun 1990.

Tuan Guru mendapatkan ilmu dari ramai tokoh-tokoh Ulama di Makkah antaranya Syeikh Allamah Hasan Masshath yang digelar Syeikul-Ulama rahimahullah, Syeikh al-Allamah Mohd Yasin Al-Fadani yang bergelar Syeikul Hadith wa Musnidud Dunya, Syeikh Ismail Usman Zain yang digelar Al-Faqih Ad-Darrakah dan ramai lagi.

Beliau mencurahkan ilmu sebagai pengajar kepada ratusan pelajar dari Asia termasuk Indonesia, Malaysia, Singapura dan Thailand yang menuntut di Universiti al-Azhar Mesir dan digelar sebagai al-Azharus Tsani (Univ. Al-Azhar kedua).

Beliau juga rajin menghasilkan kitab-kitab berbahasa Arab serta karya ilmiah dalam berbagai bidang dan telah menghasilkan karangan dan mentahqiq kitab-kitab muktabar tidak kurang dari 50 buah karangan.

Artikel oleh Sarena Haidir
Foto Azlandy Mohammid Ali Tuah

 

Archive News

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Last Modified on Thursday 28 January 2016.

Jom Masuk UMinistry of FinanceJPAMalaysian GovernmentMSCMyIDEAS1Malaysiakrstemyhealth
Sitemap
| Disclaimer | Policy | Manual | Portal Guidelines | Feedback |
FAQ
Best Viewed using Mozilla Firefox Version 3+,  Google Chrome or Internet Explorer Version 9+
This website does not support mobile version.
FOR TECHNICAL inquiries / comment AbOUT this website, contact :- webmaster(at)unimas.my

Visitors Counter : 3111903

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

alexa