• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

MBSB Sarawak serah zakat perniagaan kepada UNIMAS

on 14 July 2014.

MBSB Sarawak serah zakat perniagaan kepada UNIMAS

MBSC Sarawak serah zakat perniagaan kepada UNIMAS

KOTA SAMARAHAN, 14 Julai : Sebanyak RM100,000 telah diserahkan kepada Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) untuk tujuan zakat perniagaan oleh Malaysia Building Society Berhad (MBSB) Wilayah Sarawak hari ini.

Sebelum itu, akad penyerahan zakat telah dilakukan di antara Timbalan Naib Presiden merangkap Pengurus Wilayah MBSB, Wilayah Sarawak , Encik Morshidi Haji Abong dihadapan Pegawai Hal Ehwal Islam, Ustaz Yazid bin Samsudin.

Selepas akad dibuat, Encik Morshidi beserta pegawai MBSB yang lain telah melakukan simbolik penyerahan replika cek zakat perniagaan kepada Naib Canselor UNIMAS, Profesor Dato’ Dr Mohamad Kadim Suaidi.

Menurut Encik Morshidi, UNIMAS merupakan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang pertama di Sarawak terpilih oleh MBSB Wilayah Sarawak untuk diserahkan zakat berkenaan.

Katanya, zakat tersebut diserahkan bagi tujuan untuk membantu asnaf-asnaf zakat terdiri dari pelajar UNIMAS seperti pelajar yang kurang berkemampuan dan memenuhi keperluan pelajar yang memerlukan bantuan kewangan.

Hadir sama menyaksikan penyerahan zakat perniagaan tersebut ialah Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Profesor Mohd Fadzil Abdul Rahman, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Profesor Dr Kopli Bujang, Pemangku Pendaftar, Haji Abu Bakar Ibrahim dan Pengarah-pengarah bahagian UNIMAS yang lain.

 

Artikel oleh Sarena Haidir
Foto Azlandy Mohammid Ali Tuah

Archive News

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Last Modified on Thursday 28 January 2016.

Jom Masuk UMinistry of FinanceJPAMalaysian GovernmentMSCMyIDEAS1Malaysiakrstemyhealth
Sitemap
| Disclaimer | Policy | Manual | Portal Guidelines | Feedback |
FAQ
Best Viewed using Mozilla Firefox Version 3+,  Google Chrome or Internet Explorer Version 9+
This website does not support mobile version.
FOR TECHNICAL inquiries / comment AbOUT this website, contact :- webmaster(at)unimas.my

Visitors Counter : 3111924

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

alexa