• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

PPU UNIMAS bantu mangsa kebakaran

on 23 July 2014.

PPU UNIMAS bantu mangsa kebakaran

 default-news thumb

Kota Samarahan, Selasa - Persatuan Pengurus UNIMAS (PPU) telah melancarkan PPU Disaster Relief Fund yang bertujuan mengutip dana bagi membantu mangsa kebakaran di Kampung Tabuan Haji Drahman, Jalan Foochow.

Tabung tersebut telah diwujudkan pada 9 Mei lepas dengan kutipan dana dibuat di kalangan warga UNIMAs.

Tujuan tabung ini adalah untuk membantu meringankan beban yang ditanggung oleh mangsa khususnya kepada dua orang adik beradik yang telah kehilangan ibu dan dua adik mereka dalam kebakaran tersebut.

PPU berharap melalui aktiviti tanggungjawab sosial seperti ini dan bantuan yang disalurkan, ianya dapat membantu dan meringankan beban mangsa yang dilanda musibah.

Ia juga sebagai keprihatinan warga UNIMAS untuk menyalurkan bantuan yang sewajarnya supaya mangsa tidak rasa terabai dengan perhatian masyarakat lain.

Dalam kejadian yang berlaku pada 7 Mei lepas, sebanyak sembilan buah rumah di Kampung Tabuan Haji Drahmn turut musnah di dalam kebakaran tersebut.

Paling menyedihkan, kebakaran tersebut meragut nyawa seorang ibu bersama-sama dua orang anak mereka yang dikenal pasti sebagai Anisa Ramblee, 26, Nur Diana Azmi, 5 an adiknya Nur Syaza, 3. Kutipan wang berkenaan telah diserahkan kepada aduk Nur Ain Mohd Hazmi, 8 dan Nur Alieya Mohd Hazmi, 7, iaitu anak kepada Allahyarhamah Anisa Ramblee pada 18 Julai 2014 bertempat di Demak Laut.

Sumber: Utusan Sarawak

Archive News

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Last Modified on Thursday 28 January 2016.

Jom Masuk UMinistry of FinanceJPAMalaysian GovernmentMSCMyIDEAS1Malaysiakrstemyhealth
Sitemap
| Disclaimer | Policy | Manual | Portal Guidelines | Feedback |
FAQ
Best Viewed using Mozilla Firefox Version 3+,  Google Chrome or Internet Explorer Version 9+
This website does not support mobile version.
FOR TECHNICAL inquiries / comment AbOUT this website, contact :- webmaster(at)unimas.my

Visitors Counter : 3141264

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

alexa