• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Unimas hantar kontinjen di dua kejohanan sukan

on 08 August 2014.

Unimas hantar kontinjen di dua kejohanan sukan

bendera-43

“Semoga berjaya…” Naib Canselor Universiti Malaysia Sarawak, Profesor Dato’ Dr Mohamad Kadim Suaidi menyerahkan bendera kontinjen kepada Puan Saptuyah Haji Baki mewakili kontinjen Unimas yang akan bertanding di SUKUM.

bendera-53

“ Terima-kasih..” Wakil atlit pelajar Unimas, Jani Joseph menerima bendera kontinjen dari Naib Canselor Universiti Malaysia Sarawak, Profesor Dato’ Dr Mohamad Kadim Suaidi untuk dibawa ke SUKMAB di Sabah.

bendera-100

Unimas Boleh!

KOTA SAMARAHAN, 8 Ogos: Naib Canselor Universiti Malaysia Sarawak, Profesor Dato’ Dr Mohamad Kadim Suaidi telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Unimas kepada kontinjen Unimas yang akan menyertai Kejohanan Sukan Universiti Malaysia (SUKUM) dan Kejohanan Sukan Mahasiswa Borneo (SUKMAB) yang bermula minggu hadapan.

Bagi SUKUM, Unimas telah menghantar 90 atlit terdiri daripada staf universiti ini untuk lima acara sukan iaitu tarik tali, boling (lelaki dan wanita), futsal (lelaki), bola sepak veteran dan basikal.

SUKUM akan bermula pada 13 hingga 23 Ogos ini bertempat di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai Johor.

Manakala SUKMAB yang diadakan di Sabah bermula 18 hingga 22 Ogos depan akan diwakili oleh 14 atlit Unimas yang akan beraksi dalam tiga acara sukan iaitu bola tampar, bola tampar pantai dan petanque (boling padang).

Dalam ucapan ringkas Naib Canselor, beliau optimis dengan persediaan para kontinjen Unimas dalam kedua-dua kejohanan berkenaan.

“Penyertaan dalam kejohanan begini boleh mewujudkan semangat kesukanan yang tinggi selain mencungkil bakat sukan di kalangan staf Unimas” katanya lagi.

Beliau turut menasihati para atlit supaya sentiasa menjaga nama baik Unimas semasa kejohanan berlangsung.

Selepas menyempurnakan majlis tersebut, Naib Canselor, para atlit dan hadirin yang hadir turut dijemput untuk memeriahkan majlis ramah tamah aidilfitri Pusat Sukan Unimas.

Artikel oleh Sarena Haidir
Foto oleh Azlandy Mohammid Ali Tuah

 

Archive News

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Last Modified on Thursday 28 January 2016.

Jom Masuk UMinistry of FinanceJPAMalaysian GovernmentMSCMyIDEAS1Malaysiakrstemyhealth
Sitemap
| Disclaimer | Policy | Manual | Portal Guidelines | Feedback |
FAQ
Best Viewed using Mozilla Firefox Version 3+,  Google Chrome or Internet Explorer Version 9+
This website does not support mobile version.
FOR TECHNICAL inquiries / comment AbOUT this website, contact :- webmaster(at)unimas.my

Visitors Counter : 3111924

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

alexa