• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Warga Unimas Perhebatkan Persiapan Terakhir Sambutan Aidilfitri

on 12 August 2014.

Warga Unimas Perhebatkan Persiapan Terakhir Sambutan Aidilfitri

aidilfitri-unimas aidilfitri-unimas-persiapanSuasana sekitar persiapan untuk esok

ruhayah-mohmud
Ruhayah Mohmud 

 zurina-haslin
Puan Zurina Haslin bt Hamzah  

justin-moris
Justin Moris  

lam-vui-hua 
Lam Vui Hua

KOTA SAMARAHAN, 12 Ogos : Suasana sambutan Aidilfitri di Unimas semakin dirasai oleh warga universiti ini dengan kesibukan membuat persiapan dibuat dengan hebat sekali.

Tahun ini, sambutan tersebut berkonsepkan suasana ala-kampung dengan tema “Meriahnya Aidil Fitri di Kampung.”

Sebanyak 16 buah kampung didirikan menerusi gabungan Fakulti, Institut, Pusat dan Bahagian di lobi Arena Gemilang di DeTAR PUTRA Unimas, tempat dimana berlangsungnya sambutan berkenaan.

Warga Unimas yang ditemui hari ini rata-ratanya meluahkan rasa tidak sabar untuk menyambut rumah terbuka Unimas esok hari.

Menurut Ruhayah Mohmud, sambutan ini memeriahkan lagi bulan Syawal untuk semua warga Unimas.

“Ini juga merupakan peluang buat kami untuk mengenali satu sama lain dan mengeratkan silaturahim di kalangan warga Unimas berbilang kaum dan bangsa,” katanya.

Puan Zurina Haslin bt Hamzah pula beranggapan rumah terbuka Unimas dapat mewujudkan integrasi kaum dan mengeratkan hubungan persahabatan dikalangan warga Unimas.

“ Ia seperti satu usaha untuk memupuk perpaduan dikalangan warga Unimas dan tanpa mengira kaum dan anutan agama, kita sama-sama mengambil peluang tersebut untuk menyambutnya menerusi acara rumah terbuka.”
Manakala Justin Moris pula berkata sambutan Aidilfitri Unimas seakan-akan satu kemestian untuk memeriah dan menggembirakan warga Unimas.

“Apa yang menarik dan unik tentang budaya di Unimas ini adalah kesungguhan warganya dari pelbagai kaum bekerjasama dalam apa juga aktiviti,” katanya.

Lam Vui Hua pula gembira kerana terlibat dalam acara sambutan ini dan menganggap sambutan itu seperti perjumpaan keluarga besar-besaran.

“Saya suka dengan masakan tempatan, suka dengan pergaulan sesama kita dan berbangga menjadi warga universiti ini yang sentiasa menekankan persefahaman dan kerjasama,” katanya.

Sementara itu, sambutan Aidilfitri 2014 Unimas akan dirasmikan oleh Mantan Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Datuk Patinggi Abang Haji Muhammad Salahuddin Abang Barieng.

Artikel oleh : Sarena binti Haidir
Foto oleh : Azlandy Mohammid Ali Tuah

Archive News

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Last Modified on Thursday 28 January 2016.

Jom Masuk UMinistry of FinanceJPAMalaysian GovernmentMSCMyIDEAS1Malaysiakrstemyhealth
Sitemap
| Disclaimer | Policy | Manual | Portal Guidelines | Feedback |
FAQ
Best Viewed using Mozilla Firefox Version 3+,  Google Chrome or Internet Explorer Version 9+
This website does not support mobile version.
FOR TECHNICAL inquiries / comment AbOUT this website, contact :- webmaster(at)unimas.my

Visitors Counter : 3137661

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

alexa