• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Majlis Sambutan Aidil Fitri “Meriahnya Aidil Fitri di Kampung” UNIMAS

on 13 August 2014.

Majlis Sambutan Aidil Fitri “Meriahnya Aidil Fitri di Kampung” UNIMAS

aidilfitri-1

aidilfitri-2

aidilfitri-3

 aidilfitri-4

aidilfitri-5

aidilfitri-6

Kota Samarahan: Tema “Meriahnya Aidil Fitri di Kampung” pada tahun ini merupakan pilihan bagi sambutan Aidilfitri Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) yang diadakan pada 13 Ogos 2014 (Rabu), jam 9.00 pagi bertempat di Lobi DeTAR PUTRA, UNIMAS.

Majlis ini disempurnakan oleh YAB Tun Datuk Patinggi Abang Haji Muhammad Salahuddin, Mantan Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sarawak. Bersempena sambutan bulan kemerdekaan Malaysia yang ke 57, majlis diserikan lagi dengan upacara penyerahan bendera oleh YAB Tun Datuk Patinggi Abang Haji Muhammad Salahuddin kepada YBhg Datu Dr Hatta Solhi, Pengerusi Lembaga Pengarah UNIMAS.

Turut hadir memeriahkan majlis tersebut ialah YBhg Prof Dato’ Dr Mohamad Kadim Haji Suaidi, Naib Canselor UNIMAS, ahli Lembaga Pengarah, seluruh warga kerja UNIMAS dan para media tempatan.

Majlis Sambutan Aidilfitri “Meriahnya Aidil Fitri di Kampung” UNIMAS merupakan aktiviti rumah terbuka tahunan yang sememangnya dinantikan oleh semua warga UNIMAS.

Tahun ini bakal menyaksikan 16 buah kampung, gabungan Fakulti, Institut, Pusat dan Bahagian di UNIMAS yang akan mewakili kampung-kampung di Malaysia akan bertanding menghias rumah terbuka masing-masing berdasarkan tema, dekorasi, budaya dan menu pilihan.

Ia bersesuaian dengan tema majlis, untuk mewujudkan suasana Aidilfitri seperti lazimnya di kampung yang masih mengutamakan menu tradisional seperti Nasi Kerabu, Nasi Ambeng, Nasi Dagang dan macam-macam lagi.

Acara tahunan ini diadakan bertujuan untuk merapatkan lagi silaturrahim dan semangat keakraban sesama warga UNIMAS di samping memeriahkan sambutan Aidilfitri dengan harapan seluruh warga universiti akan sentiasa bersatu padu, bekerjasama seterusnya mengukuhkan ikatan perpaduan warganya tanpa mengira agama dan bangsa.

Artikel oleh : Bahagian Perancangan & Komunikasi Korporat || Foto oleh : Azlandy Mohammid Ali Tuah || gambar lain di fb@unimas

Archive News

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Last Modified on Thursday 28 January 2016.

Jom Masuk UMinistry of FinanceJPAMalaysian GovernmentMSCMyIDEAS1Malaysiakrstemyhealth
Sitemap
| Disclaimer | Policy | Manual | Portal Guidelines | Feedback |
FAQ
Best Viewed using Mozilla Firefox Version 3+,  Google Chrome or Internet Explorer Version 9+
This website does not support mobile version.
FOR TECHNICAL inquiries / comment AbOUT this website, contact :- webmaster(at)unimas.my

Visitors Counter : 3134869

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

alexa