• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

SMK Paku lawat Unimas, adakan perlawanan futsal

on 19 August 2014.

SMK Paku lawat Unimas, adakan perlawanan futsal

smk-paku

smk-paku-group-photo

Pasukan-Futsal-lelaki

pasukan-futsal-perempuan

KOTA SAMARAHAN, 19 Ogos : Seramai 96 pelajar tingkatan enam dan 14 orang guru dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Paku, Bau, telah mengadakan lawatan ke Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) baru-baru ini.

Kehadiran rombongan pelajar dan guru tersebut telah disambut oleh Penolong Pendaftar dari Bahagian Perancangan dan Komunikasi Korporat, Puan Aileen Anne ak Jinggong.

Tujuan lawatan adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai syarat kemasukan dan pilihan kursus yang ada semasa mereka membuat pilihan untuk melanjutkan pengajian ke Institut Pengajian Tinggi Awam kelak.

Selain itu, ia membuka peluang kepada pelajar mengetahui ranjau hidup bergelar pelajar di menara gading.

Dalam sesi lawatan tersebut, Puan Aileen Anne turut menyampaikan taklimat ringkas mengenai penubuhan dan fakulti-fakulti yang terdapat di dalam UNIMAS kepada para ahli rombongan dan rombongan di bawa melawat sekitar Pusat Khidmat Maklumat Akademik (PKMA) dan sekitar kawasan UNIMAS.

Di akhir lawatan, pelajar dari SMK Paku telah mengadakan perlawanan futsal persahabatan lelaki dan wanita dengan staf dari Bahagian Canselori di Stadium Tertutup Unimas.

Artikel oleh: Sarena binti Haidir || Foto oleh : Bujang Mohamad

Archive News

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Last Modified on Thursday 28 January 2016.

Jom Masuk UMinistry of FinanceJPAMalaysian GovernmentMSCMyIDEAS1Malaysiakrstemyhealth
Sitemap
| Disclaimer | Policy | Manual | Portal Guidelines | Feedback |
FAQ
Best Viewed using Mozilla Firefox Version 3+,  Google Chrome or Internet Explorer Version 9+
This website does not support mobile version.
FOR TECHNICAL inquiries / comment AbOUT this website, contact :- webmaster(at)unimas.my

Visitors Counter : 3130418

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

alexa