• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

IBBC 2014 Unimas tarik peserta dalam dan luar negara

on 20 August 2014.

IBBC 2014 Unimas tarik peserta dalam dan luar negara

Conference-72

 

KOTA SAMARAHAN, 20 Ogos : Lebih 200 himpunan sumbangan kertas kerja penyelidikan daripada pelbagai disiplin ekonomi dan perniagaan menjadi tarikan di dalam Persidangan Perniagaan Borneo Antarabangsa (IBBC 2014) yang berlangsung dua hari bermula hari ini.

Persidangan kali ke-enam ini juga menyediakan tiga puluh empat sesi yang berjalan serentak di bawah tema ‘Transformasi Ekonomi dan Perniagaan Global " dalam disiplin berkaitan seperti Perakaunan, Perbankan dan Kewangan, Gelagat Pengguna, Ekonomi Pembangunan, Ekonomi Alam Sekitar dan sebagainya.

Majlis perasmian persidangan ini telah dilakukan oleh Menteri Perumahan dan Menteri Pelancongan Sarawak, Datuk Amar Abang Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg pagi tadi.

Dalam ucapan, Datuk Amar Abang Abdul Rahman Zohari mengucapkan tahniah kepada Unimas kerana menganjurkan persidangan tersebut yang dilihatnya sebagai memberi sokongan kepada Program Transformasi Ekonomi Malaysia seperti yang dirasmikan oleh Perdana Menteri sejak tahun 2010 lagi.

Beliau berkata, dengan penyertaan pengamal industri, pembuat dasar,para akademik, pelajar universiti dan lain-lain, persidangan ini dilihat boleh menjadi landasan kepada penggalakan perkongsian idea dan pengetahuan berkaitan ekonomi dan penyelidikan perniagaan.

“Persidangan ini juga boleh menjadi aspirasi kepada kesinambungan dalam menyediakan forum untuk perbincangan yang lebih dinamik, pemindahan teknologi dan pengetahuan, pemikiran kreatif dan inovatif dan sebagainya,” katanya.
Manakala Naib Canselor Unimas, Profesor Dato’ Dr Mohamad Kadim Suaidi dalam ucapan ringkas berkata Unimas terlibat di dalam aktiviti inovasi dan penyelidikan serta bertindak sebagai konsultan projek di dalam Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui Sarawak (SCORE).

“Seperti yang kita sedia maklum, SCORE merupakan antara lima koridor ekonomi di Malaysia dan sehubungan itu, selain dari bekerjasama dengan institusi lain di dalam bidang inovasi dan penyelidikan, Unimas juga aktif menyumbang kepada negeri dan rakyat dengan mewujudkan Pusat Penyelidikan di kawasan SCORE untuk memudahkan hal-hal penyelidikan di dalam koridor ini,” katanya lagi.

Naib Canselor turut berharap peserta akan memperolehi manfaat di dalam penyertaan mereka di dalam persidangan ini.

Sementara itu, Unimas menerusi pengelolaan Fakulti Ekonomi dan Perniagaan telah dipilih sebagai tuan rumah untuk Persidangan Perniagaan Borneo Antarabangsa tahun ini.

Persidangan ini dipengerusikan oleh Dr Rossazana Ab Rahim manakala Naib Canselor Unimas, Profesor Dato' Dr Mohamad Kadim Suaidi bertindak selaku patron persidangan dan Dekan fakulti, Dr Mohammad Affendy Arip berperanan sebagai penasihat.

Persidangan ini telah menarik minat delegasi dari pelbagai latar belakang penyelidikan dan negara luar seperti Indonesia, India, Pakistan, Korea Selatan, Taiwan, China, dan Malaysia.

Anugerah kertas kerja sembilan terbaik juga akan diumumkan dan pemenang kertas kerja terbaik akan dijemput untuk mengemukakan manuskrip mereka bagi tujuan penerbitan dalam International Journal of Business and Society (SCOPUS), Asian Academy Management Journal of Accounting and Finance (SCOPUS), Jurnal Kinabalu, BIMP-EAGA Journal for Sustainable Tourism Development dan Journal of BIMP-EAGA Regional Development.

Artikel oleh: Sarena Haidir || Foto oleh : Azlandy Mohammid Ali Tuah

 

Archive News

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Last Modified on Thursday 28 January 2016.

Jom Masuk UMinistry of FinanceJPAMalaysian GovernmentMSCMyIDEAS1Malaysiakrstemyhealth
Sitemap
| Disclaimer | Policy | Manual | Portal Guidelines | Feedback |
FAQ
Best Viewed using Mozilla Firefox Version 3+,  Google Chrome or Internet Explorer Version 9+
This website does not support mobile version.
FOR TECHNICAL inquiries / comment AbOUT this website, contact :- webmaster(at)unimas.my

Visitors Counter : 3135175

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

alexa